Bab 6 - FOODINATOR

335 19 6
                                    



"Nah air. Pegi rehat kejap dalam kereta I," Indah menghulurkan sebotol air mineral kepada lelaki itu.

Lelaki itu terasapenat setelah berjaya menolak kereta indah hingga ke stesen minyak yang jauh berada di hujung perhentian.

"Tobat aku tak nak lagi tolong orang tolak kete jauh-jauh," ngomel lelaki itu sendirian.

Sepanjang dia menolak kereta Indah, Indah lebih tenang dan tidak bercakap apa-apa. Apabila lelaki itu bertanya Indah hanya memjawab dengan isyarat tangan sahaja.

Mereka berdua berehat sebentar setelah kereta Indah di isi minyak sehingga penuh tangki.

" you nak pergi mana lepas ni?" tanya lelaki itu.

"Makan," jawab Indah sepatah lalu terus meneguk air.

"I pun memang nak makan dari tadi. Jom la kite makan together. I belanja," ajak lelaki itu dan terus bangun dari tempat duduk.

"Uh, no need la and I tak nak. Anyway Thanks a lot tolong I. I hantar you sampai simpang masuk parking. Boleh you jalan kaki pergi dekat kereta you," Indah cepat-capat cakap tentang perkara lain. Amat berat mulutnya untuk ucapkan terima kasih.

Setelah sampai di tempat yang dituju. Lelaki itu seperti ingin mengatakan sesuatu. Tetapi Indah lebih cepat bercakap dahulu," Again Th... Th..... thanks so much tolong. Bye,"Indah melampaikan tangan. Cukup susuh untuk dia menutur perkataan thanks.

Sebelum turun, lelaki itu berkata," you're welcome. I tak tahu pun nama you. At least bagi la tau nama ke... phone number ke..."

Mata Indah menjeling tajam dan suaranya mendatar, "tadi cakap tolong ikhlas."

" Erk yea memang I ikhlas. Ni I nak tahu. Tak salahkan?" serba salah lelaki itu.

" you, thank you, kereta you da tunggu," Indah hanya memandang ke hadapan menahan geram.

Lelaki itu faham 'hint' dari Indah dan keluar dari kerata. Setelah pintu ditutup Indah terus memandu pergi.

"Bongkak sombong punya perempuan. Kau nak makan kan, kejap lagi jumpa jugak kau. Cabaran baru ni nak tundukkan perempuan sorang ni," bicaranya sendiri tika berjalan kaki menuju ke keretanya.

"Aku penat aku nak makan.Plus nak cari minah tu," enjin dimulakan.

Ring..... ring....

"Ape ni bro tolak kereta awek? Dapat penumbuk free lagi tu," tanya lelaki di dalam talian.

"Awek baek punya. Sial ko kan perati je. Bukan nak tolong. Kejap lagi aku jumpa balik punya awek tu. Tau la aku nak buat ape. Letak phone, aku nak drive cari makan," telefon diletak dan lelaki itu terus memandu pergi.

---------------------------------------------------------

"Dik, dinner plate take away. Ayam semua tigh, bagi spicy," Indah membuat pesanan di kaunter KFC.

"Air akak nak ape?" tanya pelayan kaunter.

"mountain dew. Jangan letak ais," jawab Indah sambil mengeluarkan kad Visa.

Selesai membuat pembelian Indah keluar dari permis KFC dan berjalan ke gerai lain. Mata Indah cukup tertarik dengan durian crepe yang berada di ruang pameran di salah satu café. Sungguh Indah tidak tahan melihat pula cheese cake disebelah durian crepe. Tanpa membuang masa dan tidak mengira harga Indah terus membeli kedua-dua dessertyang paling digemari.

"Ape lagi aku nak beli?" matanya melilau melihat semua makanan yang ada.

"Hue hue hue nasi arab kambing hihihihi," Indah mula tergelak seperti penjahat drama tv.

Rentak KarmaWhere stories live. Discover now