Bab 11 - LADIES AND A CHEF

280 10 8
                                    



Huaarrgghh...

Indah terjaga dari tidur dengan rambut serabai dan air liur basi meleleh di tepi pipi. Tidak terus kelihatan cantik seperti pelakon di TV bila bangun tidur.

Dengan muka yang mamai Indah mengelap saki baki air liur basi mengunakan tangan dan tangan yang sama dilap ke bajunya. Pengotor? Bukan. Itu hakikat sebenar bila perempuan bangun dari tidur. Lelaki juga begitu. Writer bukan seksis.

Sambil menguis semua tahi mata, jam ditepi meja dicapai. Membuntang mata Indah melihat waktu.

"Shit da pukul 3 lebih!" berlari Indah turun dari katil mencapai tuala dan terus masuk ke kamar mandi.

Agak cepat masa di ambil ketika mandi, sekitar 10 minit kerana dia sudah merancang untuk bawa Aunty Joyce ke satu tempat.

Setelah siap mandi, sport bra dan tank top hitam corak tengkorak dicapai. Siap dipakai panty lance dan ripped skinny jeans pula dicapai dan disarungkan. Almari digeledah untuk mencari military style jacket berwarna hijau tua. Setelah jumpa terus disarung ke badan dan terus duduk di meja solek.

Rambutnya yang licin senang sahaja untuk digaya dengan style yang sangat simple, French braid. Wajahnya tidak disolek. Indah lebih selesa dengan wajah yang lebih natural. Tanpa sebarang solekan wajahnya sudah tampak cantik dengan kulit yang putih licin, bibir merah jambu, kening yang semulajadi terbentuk, tulang pipi yang tinggi dan hidung yang mancung sememangnya sungguh rupawan.

Setelah puas hati dengan penampilannya, Indah terus keluar dari bilik mencari Aunty Joyce. Dia pasti yang waktu-waktu begini Aunty Joyce sedang duduk di taman sambil menikmati secawan teh. Tekaannya tepat dan terus menarik kerusi disebelah dan terus duduk.

"A.J .... Jom," Indah mula buka bicara.

Teh didalam cawan dihabiskan dan diletak didalam piring," Leng Lui mau pergi mana?"

Sambil menuah teh kedalam cawan kedua, Indah berkata," Semalam kan A.J ade cakap tak pandai masak nasi arab. So.... Dekat town ade kelas komuniti. Ade group makcik-makcik ni panggil cikgu datang dewan ajar. This week kebetulan nasi arab week. Maybe kalau A.J ngam dengan makcik-makcik tu every weekend boleh A.J join diorang. So, amacam?"

"I don't want la semua makcik-makcik old like me," Aunty Joyce berkata sambil mengerutkan dahi.

"Instructor dia young chef dekat resort mewah tu. Badan sado," Indah mengangkat cawan dan mngenyit matanya.

"You better finish up that tea quickly and take me there after I finish siap-siap," tanpa berlengah Aunty Joyce bangun masuk ke dalam hendak bersiap.

Dalam hanya masa 15 minit Aunty Joyce siap berbaju kebaya nyonya warna merah hitam, rambut disanggul tepi , muka berbedak dam gincu merah terang. Bunga orkid yang ditanam terus dipetik sekuntum dan diletak di sanggul rambutnya.

"Fuyyo ratu kebaya 1970 dah muncul. tengok curve badan tu fuuhhh hour glass shape tuh," Indah bertepuk tangan melihat gaya lenggang lenggok Aunty Joyce berjalan.

"Alex mana Alex? Mesti dia suka tengok ni," sambung Indah sambil cuba mencari Alex disekeliling.

" Ni nak belajar masak ke nak flirt dengan cikgu masak ni? Very the pretty la my Aunty Joyce" pipi Aunty Joyce dicium Indah.

"Mana ada pretty, biasa-biasa saja," Aunty Joyce tersipu-sipu malu di puji sebegitu. Tangannya sibuk mengibas-ngibas kain.

"Cepat betul siap tak sampai 20 minit dan jadi cantik. Tak seksa ke pakai corset cepat-cepat?" jari Indah cuba mencucuck tepi pinggang Aunty Joyce.

Rentak KarmaWhere stories live. Discover now