Toyota Vios laju menyusur Lebuhraya Utara Selatan. Indah memandu tidak laju dan tidak perlahan di lorong paling kiri. Sesuatu berbunyi dengan agak kuat dari dalam kereta.
Kriuk.. krukkkk..
"Perut, jangan nak buat konsert okay. Hentian Tapah dah nak dekat. Tak jauh 10km jer. Sabau tau sabau," bicara Indah seolah perutnya mampu bercakap.
Lorong tengah terus dimasuki dan Indah memandu lebih laju untuk sampai ke Hentian Tapah mengisi perutnya.
Hentian Tapah : 5 KM
Okay tahan sikit perut tak jauh dah.Hentian Tapah : 1 KM
Nak mee goreng ke mee kari? Nasi arab pun sedap. KFC ade tak? A&W mesti ade. Keropok ikan cap pinggan harus beli. Boleh buat kudap- time drive. 1 paket. Wait no, 3 paket, baru ngam. Air barli 2 bungkus ikat tepi. Piknik dalam kete. Hidop maknan!Hentian Tapah : 500 meter
Kenape ni? Angel, no! bad car! Asal makin slow? Angel!!! Lorong masuk hentian dekat sangat da ni.... Please jangan buat hal...Dek kerana geram padel minyak ditekan sehingga mencecah lantai tetapi makin perlahan keretanya meluncur. Cepat-cepat stereng diputar ke kiri untuk masuk lorong kecemasan. Indah bernasib baik kerana lorong kiri kosong tiada kereta lain ketika itu.
Lampu berwarna kuning bernyala berkelip-kelip di dashboard kereta. Lampu yang menunjukkan tanki minyak telah kering itu menyebabkan Indah hilang sabar segala sumpah seranah dihamburkan.
"okay chillax.. Chillax.. Mane sneakers aku?" Indah cuba mencari kasut sukan yang berada di lantai keretanya yang berselerak penuh dengan bermacam jenis sepatu.
Tas tangan dicapai cuba mencari telefon bimbit dan earphone. Indah merancang untuk menolak keretanya sendirian. Blazer kelabu yang dipakai ditanggalkan dan kasut sukan Nike berwarna hijau dan hitam terus disarung di kaki.
Tayat kereta di betulkan sehingga tayarnya lurus. Indah yang berbaju blouse putih lengan panjang dan skort (seluar short + skirt) hitam keluar dari kereta dan mula untuk menolak. Tiba dibelakang kereta Indah memasang earphone di telephone bimbitnya dan membuka playlist yang selalu dipasang ketika dia bersenam.
Keringat mula menitik walaupun baru sekejap Indah menolak keretanya. Walaupun Indah kelihatan seperti seorang wanita yang lemah-lembut tetapi fizikalnya sangat kuat. Indah mengamalkan Muay Thai sejak dari usia muda.
Blouse putihnya mula dibasahi peluh nak menampakkan susuk badan Indah. Indah berhenti sebentar untuk membetulkan bajunya supaya tidak melekap dibadannya. Lagi-lagi bediri di bawah tiang lampu lebih menampakkan bra dipakai setelah baju yang dibasahi peluh boleh dilihat telus.
Setelah puas hati dengan keadaan bajunya indah meneruskan tolakkan. Lagu di telefon bimbitnya terus berputar.
Work, work, work, work, work, work
He said me haffi
Work, work, work, work, work, work
He see me do mi
Dirt, dirt, dirt, dirt, dirt. Dirt!
So me put in
Work, work, work, work, work, work
When you ah gon'
learn, learn, learn, learn, learn
Meh nuh care if him
Hurt, hurt, hurt, hurt, hurting" kau mengangjing aku ke lagu? Kau mengangjing aku?! Aku tengah work la ni tolak Angel aku! Siot betul ah!" ngomel Indah sendirian terasa diri diperli oleh lagu kesukaannya dinyanyikan oleh Rihanna.
"Hehe, kelakarlah girl ni," Ujar satu suara dari belakang Indah.
Indah yang bersusah payah menolak keretanya dan earphone masih di telinga tidak perasan langsung kehadiran sesiapa disitu.
YOU ARE READING
Rentak Karma
Mystery / ThrillerLahir di Sungai Golok, Rantau Panjang.Indah Sumaiyah membesar menjadi antara arkitek muda yang berjaya. Mempunyai rumah yang besar hasil rekaan sendiri, kerjaya yang memberangsangkan, sentiasa dikejar romeo-romeo Malaya. Matlamat Indah hanya satu...