4 am
BrichangPintu rumah Alex digegar dengan kuat. Ketukan bertalu-talu membuat Alex terjaga dari tidur. Kayu hoki dibawah katil terus dicapai. Alex menyangka pencuri yang membuat bunyi bising di luar. Dengan perlahan Alex berjalan tanpa sebarang bunyi. Kayu hoki dipegang kemas.
Dada terasa sangat berdebar bila makin menghampiri pintu. Makin dekat dengan pintu makin jantungnya rasa seperti hendak keluar. Peluh memercik dari dahi akibat ketakutan.
Dengan perlahan tangan mencapai tombol pintu dan di buka dengan deras.
"Zhou! Zhou! Ni bu yao jing chu wo de jia! Zhou! ( pergi! Pergi Kau jangan masuk rumah aku!) " mata Alex dipejam erat sambil melibas kayu hoki kekiri dan kekanan.
Alex hanya mecantas angin sambil terus menjerit ayat yang sama. Kerana ketakutan yang amat sangat tangan menggeletar dengan teruk. Walaupun ketakutan Alex masih gagah mencantas. Alex berhenti sesaat dua apabila terasa libasannya terkena sesuatu.
"AAuucchh!!" satu jeritan wanita yang nyaring muncul.
"Guiii!!!! (hantuuu!!!!)" Alex pula yang menjerit kerana menyangka terdengar suara hantu. Alex terus menghayun dengan lebih liar.
Indah menahan sakit setelah bahunya dapat dipukul Alex walaupun sudah sedaya upaya mengelak. Melihat Alex makin meliar Indah menjauh dari Alex dan hanya memerhati dari jauh. " Parah dah alex ni," ngumam Indah didalam hati.
Indah mula melangkah hendak menuju kearah Alex tetapi berhenti setelah seorang wanita yang pertengahan umur datang terkocoh-kocoh sambil memakai cermin mata. Indah cepat-cepat mendapat wanita itu.
"leng lui, why Alex like that ah?" Aunty Joyce bertanya kepada Indah. Aunty joyce ialah penjaga Alex dari Alex kecil. Setelah ibu bapanya meninggal Aunty Joyce masih terus menjaga Alex. Aunty Joyce menjaga mereka berdua apabila Indah berpindah masuk kerumah Alex.
Indah memeluk bahu Aunty Joyce dari belakang, " I don't know la A.J. See Alex hit me here. Very sakit." Indah merengek mengadu kepada Aunty Joyce atau panggilan mesranya A.J. Sepanjang Indah tinggal dirumah Alex dengan Aunty Joyce tempat Indah menumpang kasih.
" Hayya you poor girl. Go Inside la Aunty massage you. Itu Alex bia dia crazy-crazy like that," sambil mengusap-ngusap bahu Indah, Aunty Joyce mahu memimpin Indah masuk kedalam.
Indah menghentikan Aunty joyce," See A.J, Alex non-stop dancing dengan kayu hoki tu. Alex tengah takut tu. Indah tolong alex dulu ok?"
Aunty Joyce mengangguk.
Indah berhati-hati dengan jaraknya antara Alex supaya dia tidak terkena dipukul kali kedua. Setelah kedudukan alex mula goyah,Indah terus menerpa dari belakang dan bergelut untuk merampas kayu hoki itu. Setelah kayu hoki Berjaya dirampas terus Indah mencampakkannya ketepi jauh dari Alex. Badan Alex dipeluk erat sehingga Alex tidak dapat bergerak. Walaupun tidak dapat bergerak, badannya menggeletar dengan teruk.
Dengan mata yang masih terpejam, Alex mula berkata, " Gui.. Ghost... Hantu... Don't eat me.. I'm too pretty to die this young."
Indah hampir tergelak dengan apa yang didengar nya. Aunty Joyce yang juga mendengar cuba menahan gelak dari terhambur keluar dan mengeluarkan telefonnya untuk merakam. Indah sudah berniat hendak mempermain Alex.
Indah berdehem perlahan dan mula bersuara nyaring, " Ini hantu melayu. Tak paham bahasa mat saleh."
"Maaf kakak hantu. Jangan makan saya kakak. Tuhan cipta muka saya baik-baik saya tak mau hilang muka. Saya muda lagi tak mau mati kakak hantu," suara Alex bergetar sepanjang masa dan beberapa titik air mata tumpah.
YOU ARE READING
Rentak Karma
Mystery / ThrillerLahir di Sungai Golok, Rantau Panjang.Indah Sumaiyah membesar menjadi antara arkitek muda yang berjaya. Mempunyai rumah yang besar hasil rekaan sendiri, kerjaya yang memberangsangkan, sentiasa dikejar romeo-romeo Malaya. Matlamat Indah hanya satu...