Chapter 10

1.1K 90 10
                                    

Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepala masih lagi terasa peningnya. Aku melihat sekililing. Di dalam bilik aku.

"Awak dah sedar?" Jun meletakkan dulang air di atas meja solek.

Aku menguatkan diri untuk bersandar pada kepala katil. Belum sempat aku berbuat demikian , Jun membantu aku.

"Awak...tak kerja ke?" Soal aku. Tangan kiri ku memicit kepala.

"Tak" jawab Jun ringkas.

Aneh dia ni. Tak sangka aku, dia ni jenis caring juga ye.

"Awak?"

What? Awak ? Wow ! Selalu bahasa kan diri aku kau je. Pelik ni !

Aku merenung wajahnya "ye?"

Jun duduk di atas kerusi yang diambilnya dari meja solek lalu dia menarik tangan kiri aku yang sedang asyik memicit kepala , tangan kanan aku juga di ambil. Kini , dia menggenggam pula kedua tangan aku.

Degupan jantung menjadi celaru. Terasa seperti hendak berhenti pun ada.

"I'm sorry" Jun menundukkan kepala. Tangan aku menjadi penyendal kepalanya.

"For what?" Soal aku. Pelik.

"For everything. Saya tahu, saya ni suami yang jahat. Langsung tak pedulikan awak" luah Jun.

"Tak apa. Saya faham. Lagi pun saya tahu awak tidak cintaikan saya"

Jun mengangkat kepalanya. Dia merenung tajam ke dalam anak mata aku "No. Itu semua tipu"

Tipu? Apa maksud dia ni.

"Sebenarnya, saya cintakan awak sewaktu makan malam bersama halmeoni. Malam itu juga , halmeoni minta kita berkahwin" Jun akhirnya menceritakan perkara sebenar.

Tanpa aku sedari air mata aku mengalir "Tapi kenapa malam itu awak bantah?"

Tangan Jun beralih pula memegang pipi kanan aku "sebab saya tahu , awak bencikan saya"

Aku menyentuh tangan Jun yang sedang memegang pipi aku "That time memang saya benci, tapi ... sewaktu awak peluk saya dan minta saya bersetuju kahwin ketika di Hangang park , mase tu ada perasaan aneh yang selama ini tak pernah hadir"

Jun berdiri lalu mendekatkan mukanya dengan muka aku "but Now I love you,Dahyun. Really love you"

Jun semakin hampir dengan aku. Aku memejamkan mata, dan dapat aku rasa bibir Jun menyapa lembut bibir aku. Lama.

"I love you , Dahyun"

"I love you too"

Oh , jadi ini lah rasanya perasaan cinta. Aku tersenyum memandang wajah Jun.

"Nak tanya, semalam tu awak kenapa ?" Soal Jun.

Tiba-tiba aku teringat kejadian semalam. Aku menangis teruk dan memeluk Jun "semalam tu...."

"Kenapa?" Jun masih setia menunggu.

"Sebenarnya saya takut gelap dengan kilat" aku tertunduk malu.

"Oh, patut la bila saya datang dekat awak, awak terus peluk saya" Jun tersenyum nakal.

Jun menyentuh dahi aku "panas dah kurang sikit ni". Jun bangun mengambil air dan bubur yang diletakkan di atas meja solek tadi.

Aku memerhatikan sahaja langkah Jun.

"Here, makan bubur ni"

"Awak masak ?"

Jun menganggukkan kepala lalu menyeduk bubur dan menyua pada mulut aku.

Aku membuka mulut serta merta bubur masuk ke dalam mulut aku "hmmm sedap". Aku tersenyum.

"Makan banyak² , biar cepat sihat"

Aku tergelak kecil "terima kasih"

"Oh ya , btw mulai hari ini saya akan panggil awak yeobo dan awak panggil saya ... hmmm abang?" Jun merenung tepat pada anak mata aku.

Jantung aku berdegub kencang,cepat-cepat aku mengalihkan pandangan.

"Malulah tu. Don't worry , take your time yeobo"

Lagilah menggila jantung aku bila dengar perkataan 'sayang' tu. Aku memberi senyuman yang amat bermakna buat Jun. Thank you Jun sebab pilih saya.

-bersambung

# aku tak tahu nak suruh Dahyun panggil Jun ape, so kalau ikut cerita melayu 'abang' la kan. Kalau korea aku x pasti. So aku buatkan Dahyun panggil Jun 'abang' walaupon it's sound weird xD

L.O.V.E ?Where stories live. Discover now