Chapter 12

1K 69 1
                                    

"Wonwoo-ah aku dalam masalah sekarang ni ?"

Wonwoo menghampiri Jun yang sedang mundar-mandir di ruang tamu rumahnya "masalah apa pula?"

"Dahyun dia nampak aku berpelukan dengan Sana"

"Wow , what ? Biar betul ? And bila pulak Sana balik Korea? Macam mana pula Dahyun ada dekat situ? " Macam peluru Michigan dia bertanya.

Jun duduk di atas sofa sebelum menjawab soalan Wonwoo. Jun menarik nafas.

"Aku pun tak tahu bila Sana balik, yang aku tahu bila aku sampai office pagi tadi dia ada dalam bilik aku. And Dahyun pula dia datang office mengejut mungkin sebab nak hantar documents aku yang tertinggal kot" terjawab juga soalan Wonwoo.

"And kau" Wonwoo menuding jari ke arah Jun. "Kenapa kau berpelukan dengan Sana?"

"Aku...aku rindu dia. Kau tahu la dia kan memang kekasih aku. Dengan Dahyun pon aku kena kahwin paksa" Jun tertunduk. Kedua belah tangan diletakkan dikepalanya.

Wonwoo mengambil tempat di sebelah Jun "Sekarang ni , Dahyun mana ?"

Jun menggelengkan kepala menandakan dia tidak tahu. "Dah banyak kali aku call , dia tak jawab. Aku text dia tak reply"

"So macam mana sekarang. Kau nak terus terang dengan Sana dulu atau nak cari Dahyun dulu?"

Kepala Jun semakin kusut. Memang sukar dia hendak membuat pilihan. Dua-dua dia sayang. "Macam mana aku nak terus terang dekat Sana dan dekat mana aku nak cari dia?"

"Rumah Omma or halmeoni ?" Teka Wonwoo.

"Dia takde dekat situ" kini Jun bersandar pada sofa. Kepala sibuk memikirkan masalah antara Dahyun dan Sana.

Di Jeju

"Dahyun , nanti kita menginap dekat Jeju Ollero" kata Nayeon.

Kami sama-sama menaiki teksi dan menuju ke destinasi.

"Nayeon-ah , terima kasih" aku meletakkan kepala di atas bahu Nayeon.

"Tak apelah. Aku kan kawan kau" Nayeon mengusap lembut kepala aku.

10 minit kemudian ,

Destinasi kami tidak lah jauh dari airport, hanya mengambil masa 10 minit sahaja.

"Dahyun , kalau kau nak tahu. Inilah apartment pak cik aku. Dia kasi kita tidur free sini" Nayeon tersenyum hingga menampakkan gigi arnabnya.

"Waa cantik" aku mengangkat kedua ibu jari aku.

"Jom"

Aku dan Nayeon menarik bag masuk ke lobby. Dan Nayeon terserempak dengan Pak Ciknya.

"Papa !!" Nayeon memeluk Pak Ciknya. Nampak macam rapat sehingga memanggil 'papa' .

"Sampai pun kamu. Kenapa tak call papa masa dekat airport tadi?" Soal Pak Ciknya.

"Tak ape la. Bukan jauh pun.10 minit je" balas Nayeon. "Oh ya, papa. Ni kawan Nayeon. Nama dia Dahyun"

Aku menunduk 90°. Tanda hormat. "Annyeong ahjusshi".

"Jangan panggil Ahjusshi, panggil je Papa" kata Pak Cik Nayeon.

Aku tersenyum kelat "ah , ne... Papa".

"Nayeon, ini kunci bilik kamu. Bilik macam biasa yang selalu kamu nak" Papa menghulurkan kunci kepada Nayeon.

"Thank you Papa" Nayeon menghadiahkan ciuman di pipi kanan Papa.

Aku tersenyum melihat perangai manja Nayeon yang tak pernah berubah.

"Dahyun , Jom kita naik tingkat 4"

Aku mengikut langkah Nayeon sehingga kami tiba di bilik.

Aku melangkah masuk ke dalam apartment ini. Lima langkah ke hadapan kami temui bilik mandi. Kemudian , ada lorong menuju ke dapur sekaligus ruang tamu. Dapur tidaklah besar, sekadar sinki,rak pinggan mangkuk dan dapur masak. Dihadapan kabinet sinki itu ruang tamu. TV LCD diletakkan pada dinding dan sepasang sofa bertentangannya. Dan yang paling best dinding kaca dan tingkat empat segi pada kiri dan kanannya . kami dapat melihat pemandangan laut serta terdapat kolam renang di bawah. Kemudian , terdapat bilik kecil yang hanya dapat memuatkan katil queen size dan juga almari.

"Nayeon-ah, tempat ni tenang sangat"

"Aku tahu kau mesti akan suka" kata Nayeon lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Tiba-tiba telefon Dahyun berbunyi. Ini baru kali pertama berbunyi semenjak dia tiba di Jeju. Kalau tak masa dekat Seoul tadi , memang tak berhenti berbunyi. Aku mengeluarkan telefon dari dalam poket kot berbulu aku. Nama 'abang' tertera di skrin. Aku kembali menyimpan di dalam poket.

"Dahyun sampai bila kau nak biar telefon kau tu berbunyi je. Aku rase dah nak masuk 100 kali dia call"

Aku berpusing menghadap Nayeon "Sampai aku rase aku nak maafkan dia. Tapi rasanya tak kut. Okaylah aku nak mandi" aku terus berlalu masuk ke dalam bilik untuk mengambil barang² mencuci muka.

Nayeon sekadar memerhatikan aku sahaja.

"Nayeon, lepas ni kau ada apa-apa nak buatkah?" Aku menyangkutkan kot berbulu di dalam almari dan melangkah keluar bilik.

"Hmmm.... ha , makan malam dengan Papa"

"Eh , jap. Dari tadi aku tetanya kenapa kau panggil Pak cik kau dengan gelaran 'papa' ?" Soalku hairan.

"Memang dari kecil aku panggil dia Papa, sebab kami rapat. Aku pun dah anggap dia macam Papa kandung aku sendiri.
Lagi pun dia tak ada anak perempuan. Dia cuma ada 3 orang anak lelaki. Eh tak, ada 4. Anak dia sorang lagi keluarga angkat dia yang jaga" terang Nayeon panjang lebar.

"Eh kejap, keluarga angkat?" Aku melabuhkan punggung di atas kerusi kayu yang terletak di kabinet sinki.

"Yup. Yang aku tahu, mase umur 6 tahun Papa hantar dia dekat rumah keluarga angkat tu. Tapi Papa tak pernah jumpa dia sejak hari itu , sampai sekarang" jawab Nayoen dengan penuh semangat.

"Ahh~ kesian dia" aku merenung keluar melihat laut yang terbentang luas.

"Aku rasa sekarang dia berumur 25 tahun. Dia anak ke 3, abang sulung 30 , kedua 26 dan yang bongsu 19" kata Nayeon lagi.

"25? Sebaye Jun"

Tiba-tiba sahaja nama Jun terkeluar dari mulut aku. Tanpa melihat Nayeon , aku terus pergi menuju ke bilik mandi.

Nayeon tersenyum melihat aku yang sedikit kelam-kabut selepas menyebut nama Jun sebentar tadi.

Nayeon bergegas bangun dan berlari ke dalam bilik. Dia menyeluk poket kot Dahyun dan mengambil iPhone milik Dahyun. Tangannya pantas mencari nombor Jun dan save pada iPhone miliknya. Nayeon simpan kembali di dalam poket kot Dahyun.

Nayeon berjalan ke ruang tamu, dan mula menghantar text kepada Jun .

'Hi, Jun. Aku Nayeon kawan kepada Dahyun. Please call me ASAP if you miss her'

Sent !

-bersambung

Ha.. kalau korang tak dapat bayang apartment yang Dahyun and Nayeon tinggal. Korang boleh search google. Search je name tempat tu. Actually, aku pun tak pandai nak imagine tempat tu xD

L.O.V.E ?Where stories live. Discover now