Chapter 20

1.6K 92 24
                                    

7 bulan kemudian,

"Sayang nak apa² tak?" Soal Jun.

"Hmmm tak naklah, kalau abang lapar abang makanlah" mata aku masih lagi tertumpu pada kaca tv. Menonton drama yang legend 'Winter Sonata'.

"Abang pun tak lapar, abang nak masak kalau sayang lapar" Jun duduk disebelah aku.

Mata aku masih lagi tidak beralih dari kaca tv.

Tangan Jun menyentuh perutku yang sudah membesar ini , hanya tunggu masa saja nak keluar

"Baby, bilalah baby nak keluar. Papa dah tak sabar ni" bisik Jun di perutku. "Mama , tak nak layan Papa. Asyik dengan tv je"

"Ish abang ni, ape cakap macam tu" aku memuncungkan mulut.

Jun kembali bersandar "betulkan apa yang saya cakap" matanya dipejamkan.

"Ngade² lah" aku berpeluk tubuh. Perut aku terasa sakit , "aduh, abang perut Sayang sakit ni"

"Pergilah toilet" matanya masih lagi terpejam.

Perut aku usapkan, "ni bukan sakit perut tu, ni sakit lain"

Jun membuka matanya "Nak bersalin ke?"

Jun segera mencapai kunci kereta lalu menggendong aku. Kami menuju ke hospital yang berdekatan.

2 jam kemudian,

"Tahniah Encik dapat anak perempuan"

"Terima kasih doktor" ucap Jun lalu masuk bilik Dahyun.

"Abang" aku tersenyum apabila melihat Jun melangkah masuk ke dalam.

Jun menghampiri aku dan satu kucupan hinggap di dahi aku. Jun mengambil baby dari aku dan menggendongnya.

"Abang kita letak nama dia Kim Dabin ya?" Pinta aku.

Jun menganggukkan kepalanya "sedap nama tu" Jun mencium berkali-kali anak kami.

2 tahun kemudian, di Hangang Park

Tangisan seorang kanak² kedengaran, "Mama"

Aku segera berlari ke arah Dabin "kenapa ni?"

Aku lihat lututnya sudah berdarah, aku mengdukungnya ke arah bangku berdekatan.

"Macam mana boleh jatuh ni?" Soal aku , lalu aku keluarkan tisu basah dari dalam bag untuk mengelap darahnya.

Dabin masih lagi menangis, soalan aku diendahkan.

"Shh, dah jangan nangis. Nanti belanja ais krim , ok?" Setelah selesai mencuci luka aku menampal plaster pada lukanya.

Dabin mengesat air matanya, "Dabin nak aiskrim"

"Iya sayang. Jom pergi" aku berdiri dan menghulurkan tangan aku ke arah Dabin.

Dabin memegang tangan aku dan kami berjalan beriringan menuju ke kedai penjual ais krim.

"Dahyun!!"

Siapa pula panggil aku ni. Aku tercari-cari suara yang memanggil nama aku.

"Dahyun comelnye anak kau"

Hah? Aku tunduk ke bawah melihat Dabin. Lihat seorang perempuan sedang bermain dengan Dabin.

"Kau sape"

Perempuan itu mendongakkan wajah dan tersenyum hingga menampakkan gigi arnabnya.

Buntang aku melihat perempuan itu "Nayeon !!!!"

Nayeon berdiri dari tinggungnya "Yelah, Nayeonlah ni. Sampai hati tak cam suara aku ya"

"Sorry. Dah lama kan kita tak jumpa" aku dan Nayeon berpelukan. Dapat aku rasa tangan Dabin menggenggam kemas baju aku.

"Aku rindu kau!!" Nayeon melepaskan pelukan. "Comellah anak kau ni, banyak ikut muka Jun"

Aku sekadar tersenyum. Aku pun rindu sangat² dengan kawan baik aku sorang ni. Selepas dia bertukar University di tempat lain, memang kami tak pernah berjumpa.

"Wonwoo mana?" Soal aku. Pelik pula lihat dia seorang diri ni.

"Oh dia pergi toilet kejap" sempat lagi tangannya memcubit pipi Dabin. Tahulah pipi dia macam 'pau'. "Kau tanya suami aku, mana Jun?"

"Jun pergi beli makanan. Rasanya dah lama betul dia pergi ni" aku melihat jam di tangan.

"Wait, Dahyun kau...." Nayeon memegang perut aku. "Pregnant?"

Aku menanggukkan kepala "haah, dah masuk 5 bulan"

"Ah, kau nak masuk 2 dah. Aku belom lagi" Nayeon memuncungkan bibirnya.

"Ish kau ni, sabarlah. Tahun ni kan tahun akhir kau"

"Mama, Dabin nak ais krim" Dabin menarik² baju aku.

"Sorry,Mama lupa. Jom kita pergi"

Kami bertiga pergi ke kedai menjual aiskrim berdekatan. Setelah selesai membeli ais krim kami duduk di bangku yang berdekatan untuk menunggu Jun dan Wonwoo.

Selang beberapa saat kemudian, Jun dan Wonwoo muncul.

"Sayang, maaf abang lambat"

Jun menghulurkan waffle kepada aku untuk memberi Dabin makan. Kesian dia menunggu makanan ni datang lambat sangat.

"Tak ape, dia dapat ais krim ni terus diam"

"Hmmm, apa kata kita pergi makan nak? Boleh sembang² " cadang Wonwoo.

"Okay jugak tu,aku banyak benda nak share dengan kau ni" Jun menyiku lengan Wonwoo.

"Sayang jom" Wonwoo menghulurkan tangannya kepada Nayeon. Nayeon menyambut huluran tangan Wonwoo dan mereka jalan beriringan bersama.

"Dabin sayang jom pergi" Jun mendukung Dabin. Kalau hendak Dabin berjalan memang lambat, kerana langkahnya yang kecil.

Aku berjalan disebelah Jun sambil mengelap mulut Dabin yang comot terkena aiskrim.

"Sayang, I love you" Ciuman hangat singgah di dahi aku.

"Love you too"

Terima kasih Jun sebab sentiasa menyayangi saya. Terima kasih kerana ajar saya apa itu L.O.V.E.

- Tamat-

To all readers tq sudi bace fanfic saya dari mula hinggalah akhir. Saya happy sebab ada yang sudi baca fanfic ni walaupun mengarut xD tq atas sokongan korang. Tanpa korang saya tak akan dapat buat. (Ceh macam ape je xD) apa² pun thank you so much. 💋 . Next time saya akan buat fanfic lagi.

L.O.V.E ?Where stories live. Discover now