Bunuh Diri (2)

129 3 1
                                    


dia agak kaget dengan seorang tua ini yang bermain catur seorang diri di tengah-tengah malam, yang cahayanya entah muncul dari mana. dia melilau-lilaukan mata mencari sumber cahaya di tengah-tengah seorang tua ini yang menjatuhkan kuda barisan putih.

dia hanya diam memerhatikan orang tua itu meneruskan gerak langkahnya. berjam-jam lamanya dia dari berdiri sampai terduduk mencangkung. dia perasan orang tua ini sedari tadi kekal memimpin barisan hitam melawan barisan putih.

Detektif Tariq datang balik keesokannya selepas mendapat rawatan dan melaporkan perkembangan siasatannya kepada bosnya, Ir Iskandar.

polis-polis Pusat dijaga dengan rapi oleh Pusat. mereka mendapat perkhidmatan dan rawatan peribadi oleh hospital swasta tanggungan kerajaan. ini semua idea Ir Iskandar dalam mengukuhkan kedudukannya dalam struktur politik. Ir Iskandar mahu polis-polis Pusat bersetia dengan reformasi yang dibuatnya dalam masa yang sama, dia mahu dianggap sebagai aset oleh Pusat.

'jaga diri kau baik-baik Tariq. kau orang penting aku, memang aku nak kau bawa balik berita-berita penting tentang pembunuhan diri yang berleluasa sekarang ni. aku kena jadi orang yang first untuk tahu sebelum media-media becok semua ni tahu. tapi aku taknak kau mati dulu. so jaga diri kau tu.'

'baik bos,' dia sememangnya sudah termakan budi Ir Iskandar. Ir Iskandar yang membawanya ke dalam arena perpolisan ini. mereka satu sekolah agama masa sekolah rendah. kawan baik. cuma selepas Dato' Rajawali dan isteri menjadi duta di sebuah kerajaan Arab, maka Iskandar (ketika itu) dibawa bersama. mereka baru berjumpa balik dalam setahun yang lepas, ketika dia menjaga demonstrasi menentang Israel, Ir. Iskandar berucap ketika itu mewakili kerajaan.

sekarang dia baru sedar dia sedang berdiri di hadapan orang tua berjanggut panjang dan serabai kusut masai tak terurus itu. baunya sangat hapak sama sekali. sudah berapa lama barua ni tak mandi?

dia mahu nak membuka mulut nak bertanya (sambil menekup hidung), mata orang tua itu memeranjatkan dirinya. tak ada warna hitam langsung. hanya warna putih tanpa biji hitam. kepala lututnya sedikit bergegar. bandar terpencil ini terlalu senyap sunyi. tidak ada apa-apa bunyi hiruk pikuk. keretanya jauh dari situ. dia tahu ada yang sedang memerhatikannya. mengintainya. mengendapnya. 

baru dia perasan, kaki dan tangannya terasa begitu berat sekali untuk diangkat. dia seperti kebas. seperti tak terasa apa-apa. seperti rohnya berkurung dalam badan dan dia hanya menyaksikan.

'tunggu dimandikan?' kata orang tua itu. dia baru sahaja membunuh raja. ada bunyi siul-siulan. bukan dari orang tua itu. dia tak boleh menggerakkan kepalanya ke belakang langsung. Detektif Tariq sedar, peluh makin merenik laju di dahinya turun melintasi remoih rambutnya yang terjulur ke bawah. 

'kenapa kau masih datang ke sini budak? tak cukup ke semalam dibelasah? kau rasa kau cukup kuat ke berdepan dengan apa yang kau sedang berdepan sekarang?'

Detektif Tariq bukan tak mahu membidas. tetapi mulutnya seperti digam. tak dapat dibuka. terasa begitu ketat. seperti digam uhu. dia terasa seperti nak terkoyak bibirnya jika dia terus memaksakan.

lencun badannya dengan t-shirt tanpa kolar dirasakan begitu basah. dia mahu terjatuh atau tersungkur. dia begitu letih sekali, tetapi tak dapat.

dia terhutang budi kepada Ir Iskandar sebenarnya. ayahnya berhutang ah long. ayahnya menjadi penjamin kepada kawan-kawan pekerja kilang. ayah yang terlalu baik hati ni tak dapat dimarahinya. ayahnya adalah suami sekaligus bapa yang baik. ibunya seorang OKU. ayah menjadi mangsa hutang kerana ingin menjadi seorang manusia yang berpekerti mulia. ayahnya mati kerana lewat membayar bunga bulan itu. ditikam berkali-kali oleh orang yang tak dikenali. dan dia menembak mati ah long, menghabiskan segala kerusuhan yang merusuhnya selama ini.

dan Ir. Iskandar  menggelapkan kes itu sekaligus menyelamatkannya.







Bunuh (Diri)Where stories live. Discover now