Bunuh Diri (6)

64 0 0
                                    

Anita meramas buah dadanyanya. dia rasa macam dah takda. ini alam apa ni?

dia cuma bosan dengan kehidupan borjuahnya. itu sahaja. itulah yang mendorongnya menyertai satu perkumpulan rahsia, di sebuah kawasan elite, yang penceramahnya bercakap tentang masalah orang susah, betapa ironinya. dia mengabaikan sahaja semua ironi itu. apa benda yang tak ironi di dunia ini? kawan-kawan sekerjanya yang OKU juga dibawa bersama, tetapi mereka futur di tengah jalan. mereka tak mampu untuk konsisten sepertinya. 

tok guru, atau ustaz, atau penceramah tua kurus kering, berserban, berjanggut panjang itu lebih menggemarinya. banyak juga perempuan genit yang bertudung Fareedah menyertai mereka. tak banyak lelaki, kerana lelaki fitrahnya banyak membangkang, keras dalam menentang ujar tok guru tersebut sambil bermain-main dengan janggutnya.

bosnya cuba mengetahui banyak tentangnya, tetapi dia cuba merahsiakan, walaupun Anita tahu, dia bekerja dengan siapa, untuk dia merahsiakan aktivitinya. tetapi setakat ini, bosnya belum memanggilnya ke pejabat untuk berbincang tentang aktiviti mingguannya. 

pada setiap malam jam 10.10 minit, dia akan berada di perkarangan elite ini, bersama berbelas perempuan muda yang lain. asalnya ada beberapa lelaki, tetapi telah disuruh balik kerana degil, keras kepala dan tak mampu mendengar kata. perempuan lebih patuh, penurut dan boleh melakukan apa sahaja. dia tak banyak melawan, walaupun semakin lama, semakin dia meragui ketokguruan yang digelar tok guru di hadapannya.

dia mencari dalam internet, tentang kelas spiritual ini. tentang bagaimana menyucikan hati dalam babad kemodenan yang penuh dengan fitnah, dan kekejian bermaharajalela. setiap hari dia balik dari kerja, dia tak mampu nak mengikut tabiat marga kota yang sentiasa melambung diri mereka dalam kerosakan dunia, begitulah yang dia rasakan. dia orang kampung, yang terbiasa dari kecil dididik dengan adat ketimuran, atau dalam ranah agama. setiap bulan memasukkan duit ke dalam akaun ibunya yang masih ada, berkat doa ibunya mungkin, yang menjaga dia selama ini selain pesan jangan tinggal sembahyang yang masih menjadi tangkal azimat menyelamatnya.

Ir. Iskandar seorang yang teliti dalam mengambil pekerja-pekerjanya. bukan sebarang orang yang boleh diambil bekerja dengan dia. hanya dia sendiri faham apa yang benar-benar dalam kepala otaknya. dia seorang yang cerewet, tak ramai orang yang tahu, mengalahkan perempuan. pendengus, panas baran dan segala sifat normal lelaki yang jarang ditayangkan. 

'saya fikir awak orang agama, sekurang-kurangnya latar belakang awak, ada Tuhan, sekolah agama, pernah bekerja dengan pelbagai instituisi agama, maksud saya berkhidmat di beberapa sekolah agama, ya, yang saya yakin mereka tak boleh bayar awak gaji mahal-mahal, atas sebab itu saya fikir awak sesuai untuk bekerja di sini, saya lebih percaya pada ikhlas, walaupun pada hari ini, benda tu susah nak jumpa..,'

dia tak cakap apa-apa melainkan berterima kasih kepada bos barunya, dan bersyukur kepada Tuhannya yang memberikan dia peluang lagi untuk masih bekerja di ibu kota dalam keadaan tekanan ekonomi yang makin menggila ini. berapa banyak sekolah agama sudah berhenti beroperasi kerana tak mampu membayar tenaga pengajar? 

tetapi dia masih terperangkap di sini. dalam rumah mewah. lebih tepat dalam mimpi yang kelam setiap malam. setiap malam menjelang, selepas habis kerja, dia akan datang ke tempat ini, seperti dipukau, dia tahu bosnya takkan percaya, walaupun dia percaya bosnya lain dari lain.

Bunuh (Diri)Where stories live. Discover now