Bunuh Diri (5)

66 1 0
                                    

Ir. Iskandar bukan tak tahu siapa empunya kepala dan siapa yang terlibat dalam rompakan baru-baru ini. dia sangat mengambil berat terhadap hal-hal macam ni. cuma dia mahu kelihatan seperti tak tahu menahu. dia tak mahu benda rumit ini menganggu prestasi kerjanya. dia ada cita-cita lebih besar dari sekadar membasmi jenayah ini.

"..Apapun alasan dan caranya membunuh diri hukumnya adalah syirik. Sedangkan pelaku syirik tidak akan diampuni dosanya oleh Allah, bahkan kekal disiksa dalam api neraka. Bunuh diri dengan cara meminum racun, gantung diri, terjun bebas, melukai diri, atau dengan bom dan seterusnya adalah sama saja hukumnya. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, Maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya," (QS. an-Nisa: 116).

Islam tidak mengenal dan mengajarkan bunuh diri. Ajaran bunuh diri hanya dikenal dalam ajaran shinto dari Jepun yang dilakukan para samurai yang gagal melaksanakan misinya (harakiri), juga oleh tentara nippon melawan musuhnya dengan jibaku (melanggar pesawat tempur ke kapal musuh). Dalam agama shinto diajarkan bahwa pelaku bunuh diri demi membela keyakinan akan masuk nirwana (syurga)..,"

dia sedang mendengar radio. adakah jibaku itu adalah term lain bagi kamikaze? dia tengah menyelidik seorang diri tentang bunuh diri ini. vol air conditioner biliknya dinaikkan lagi. dia mahu lelap dengan lebih nyenyak. terlalu banyak benda yang mengusutmasaikan fikirannya beberapa waktu ini.

dalam mimpinya dia lena lebih lama dari biasa. pil-pil tidur yang ditelannya selama ini tak banyak membantu. kali ini dia benar-benar keletihan. 

dalam mimpinya dia terjaga, dia melihat setiausaha sulitnya, Anita baru sahaja membunuh diri di hadapannya. sementara tangannya pula sedang mencekik lehernya sendiri. apa benda semua ini?

seorang lelaki menusuk dirinya berkali-kali dengan keris. dia mati, hidup balik. menjerit, mengerang dan menusuk dirinya berkali-kali. seorang yang lain meneguk racuk tak berhenti. dia mati dan hidup kembali. minum racun tak berhenti. mati. dan mengulang lagi. 

dia terperangkap dalam situasi ini begitu lama sebenarnya. dan bukan baru hari ini. sudah lama dia terperangkap dalam mimpi tak berkesudahan begini. 

tekanan ekonomi, menurut penyelidikannya sendiri yang mengakibatkan begitu ramai orang bunuh diri hari ini. bagi mereka, itu antara jalan mengelakkan diri dari eksploitasi. dia mahu mencegah operasi state dari terlalu tirani, tetapi obsesi state melampaui dirinya sendiri. cukai, harga makanan, harga yuran persekolahan, yuran universiti, semuanya semakin mahal, siapa yang boleh tahan dengan tekanan ekonomi macam ini?

dia berkeliaran di situ sementara tangannya masih tak melepaskan tengkuknya. dia berkeliaran tanpa arah dalam mimpi yang tak berkesudahan. dia tahu, dia akan terjaga setiap pagi dalam keadaan yang tak terarah dan tak cukup tidur, dia hanya berpura-pura di hadapan orang bawahannya bahawa dia sentiasa ok, sentiasa get ready untuk apa-apa sahaja operasi.

kerajaan semakin lama semakin tidak popular hari ini. kerajaan perlukan politikus muda sepertinya, dia adalah aset, bukan liabiliti. tetapi tekanan ekonomi hari ini tidak membantu program-program politiknya. pembangkang pula terlalu lemah dan terlalu mencari siapa yang lebih purist

'fak. Tariq, kenapa kau berada dekat sini?'

dia terkejut bila nampak Tariq dikurung dan diikat dalam sangkar oleh orang-orang yang dikenalinya. dia kenal mamat-mamat yang terlibat ni.

Bunuh (Diri)Where stories live. Discover now