Bunuh Diri (prolog)

361 7 0
                                    


Dia tak faham, apa benda yang Jenar buat. Dia sangat keliru sekali. Detektif-detektif yang menyertainya dalam penyiasatan #opsmahadewa ini semuanya membunuh diri selepas seharian tidak dapat dihubungi. Dia terduduk, melutut merebah ke tanah.

Tak sangka, benar kata Jenar ketika dia memperlecehkannya tempohari bahawa, kau (dia) akan kalah teruk, dia mempersenda-sendakan Jenar dengan gelak kahkahkahnya yang hodoh lagi jelik itu.

Selepas seorang demi seorang ahli keluarganya membunuh diri, dia sudah tak keruan. Detektif Tariq, yang percaya bahawa babad kemodenan bakal menghancurkan segala mistikus-mistikus,

"Argh! Persetan segala mistikus! Persetan segala dewa!" Dia memukul-mukul tanah belakang rumahnya. Sesiapa yang menyaksikannya lewat malam itu pasti menyangka tak lama lagi pasti dia pula yang akan membunuh diri sendiri.

Keadaan makin rawan sekarang. Dia tak faham. Benar-benar tak faham. Asalnya diminta Mesyuarat Kabinet untuk menyiasat kegilaan masyarakat di suatu bandar urban yang membunuh diri. Hampir saban minggu dicatatkan orang membunuh diri. Akibat tekanan, putus cinta, gagal peperiksaan, dsbnya antara alasan biasa. Seperti dia juga menyangka itu adalah gejala biasa. Dia ternyata memandang remeh

Seorang yang aneh muncul di kaca tivi, mendakwa dia sebagai 'Maha Dewa'. Seisi pejabat polis di Dang Anum bergelak sakan akan gelagat orang tua yang aneh itu. Tetapi mereka semua terhenti ketawa bila dia mendakwa, lebih ramai orang akan bunuh diri keesokan hari, dan jumlahnya akan sentiasa meningkat dan meningkat, takkan pernah menurun. Dan 'Maha Dewa' itupun lesap dari kaca tivi.

Ahli-ahli akademik dan orang-orang agama berfatwa dan mengemukakan pendapat masing-masing. Sebenarnya memang ada gerakan bunuh diri, yang berfalsafah 'unconquered'. Tidak akan dikuasai. Mereka yang tidak diperintah. Manifesto mereka mencabar legitimasi Pusat. Detektif Tariq tahu, whatsapp seterusnya dari AJK Mesyuarat Kabinet pasti mendesaknya untuk segera mencari siapa dalangnya. Mereka cuma nak tahu hasil! Bukan nak tahu prosesnya begitu lama!

'Unconquered' nama mereka. Cara protes paling akhir mereka, adalah bunuh diri. Mereka membuatkan kerajaan semakin tidak mendapat perhatian. Mereka membuatkan kerajaan makin terdesak. Penggunaan kereta kebal, peluru, c4 dsbnya takkan menguntungkan kerajaan langsung. "Mereka mencabar dengan nyawa mereka, sedangkan kita tak mempunyai keberanian sedemikian.." keluh politikus muda yang bercita-cita besar itu kepada Detektif Tariq.

Ir (yang dibelinya) Iskandar yang membawa Detektif Tariq untuk berkhidmat di Pusat. mereka adalah polis-polis terlatih yang berkhidmat terus untuk Pusat, slogan mereka, 'Dari Pusat, Untuk Pusat'. Dia tidak menyangka pula bunuh diri ini merupakan masalah yang tidak mampu diatasinya.

Ir Iskandar bercita-cita besar. Dia bukan politikus muda yang sebarang sembang kencang. Dia lulusan luar negara, dan mendapat pendidikan agama semenjak kecil lagi. Dia boleh bercakap menggunakan laras bahasa apa sahaja bersesuaian dengan orang yang bercakap dengannya. Baginya tidak salah mempunyai cita-cita besar, dia tak peduli apa sahaja cara sekalipun, untuk mencapai cita-citanya. Kerana itu unconquered ini cukup mengganggunya. 

Dia tidak tahu bagaimana nak berurusan dengan mereka. Kerana unconquered tidak bercakap menggunakan lenggok bahasanya. Mereka tidak minta duit, mereka tidak minta perempuan, nama, takhta dsbnya. Mereka kata, cuma tak mahu bayar apa-apa cukai. Anarkis?

Berdasarkan jumlah mereka yang tak ramai mana, dan mereka bukan militan agama seperti yang pernah dihancurkannya dulu, dia boleh sahaja mengusulkan dalam sidang tergempar Mesyuarat Kabinet untuk geng unconquered ini mendapat excuse. Mendapat pelepasan cukai. gajinya pun lebih daripada cukup untuk menyelesaikan populasi tidak mahu bayar cukai sekitar tidak sampai 100 orang itu.

Tapi masalahnya bukan itu. 




Bunuh (Diri)Where stories live. Discover now