Bunuh Diri (4)

74 1 0
                                    


Detektif Tariq terbaring lemah dalam Hospital Taqwa, tak jauh dari Jalan Pahang. selain sakit gigi, demam denggi antara yang begitu menyakitkannya sama sekali. dan dia dijumpai terbaring tak bermaya keesokan hari di sebuah balai polis berdekatan. Ir. Iskandar dihubungi.

'kau tak apa-apa ke kawan?' itu bahasa yang sering digunakan Ir. Iskandar ketika berbicara empat mata dengannya. dan dia tetap memanggil Ir. Iskandar sebagai bos, tak mahu mengambil kesempatan. dia mahu menganggukkan kepala supaya bosnya tidak risau, tetapi bagaimana dia mahu menipu.

'kes rompakan berturut-turut di Seksyen 28 Shah Jaya, masih belum berjaya diselesaikan, polis masih kebuntuan, belum jumpa apa-apa petunjuk...,' lapor peti tv yang berada di bucu katil. Ir. Iskandar tidak berpaling sedikitpun ke peti tv tersebut. dia lebih bersimpati terhadap nasib kawan, atau pekerjanya yang teruk dikenakan oleh mereka/dia yang tidak dikenali. Detektif Tariq mahu memberikan sedikit perhatian kepada berita yang baru diterimanya, Ir. Iskandar menggelengkan kepalanya, dan mematikan tv.

'kau rehatlah dulu. jangan fikir sangat pasal kerja. nanti bila kau dah ok, kau call lah aku. kita jumpa di mana-mana. kau adalah aset penting aku, Tariq..,'

Detektif Tariq nak membalas, tetapi lidah terasa begitu keras, seluruh urat saraf masih belum bebas dari kebas semalam. dia gagal mengingati apa yang berlaku selepas bertembung dengan orang tua yang tak dikenali itu. tetapi dia sangat pasti, itu adalah orang tua yang muncul beberapa hari lepas di kaca tv.

Ir. Iskandar sudahpun keluar dari perkarangan Hospital Taqwa dengan jip milik Pusat, ketika saluran TV Nasional membuat liputan tentang kejayaan polis-polis Pusat membanteras teroris IS yang bertahun-tahun membuat kacau di rantau ini. Detektif Tariq menekan semula punat remote control tv yang dimatikan Ir. Iskandar.

'Ini adalah suatu kejayaan kita bersama, berkat bantuan Pusat, dalam membendung barah yang begitu lama bernanah, betapa kita memandang serius ancaman militan agama yang membuat kacau dan menjadikan imej agama yang rahmatan lil 'alamin sebagai paling keji di muka bumi. masalah-masalah di Timur Tengah dibawa balik ke rantau kita yang takda kena mengena dengan gelagat dan tabiat terror ini. selama ratusan tahun kita boleh hidup beraman damai dengan pelbagai agama, dari Hindu ke Buddha, ke Islam, cuma masalah berlaku pada Kristian, kerana datang dalam bentuk penjajahan, selain itu kita tidak ada masalah dengan mana-mana agama. ya, saya menegaskan berkali-kali, bahkan di podium ini menjadi saksi bahawa kita tak akan tunduk kepada mana-mana ancaman militan agama, atau tekanan politik pembangkang yang mahukan kita mengundur diri..,'

Detektif Tariq menyaksikan ucapan bos Iskandarnya dengan penuh kekaguman. dia memang seorang politikus muda yang tengah mencanak naik namanya, jarang dijumpai ahli politik yang boleh bercakap dengan pelbagai lidah, Ir. Iskandar antara yang unik, satu dalam sejuta.

di hujung ucapan penuh bersemangat Ir. Iskandar meraikan operasi #OPSMILITAN nya, tayangan slaid tentang kes pengeboman IS bertahun-tahun sebelum ini dihancurkan dalam berbulan-bulan perancangan Ir. Iskandar dan pasukan cawangan khasnya. ditayangkan juga tentang operasi-operasi Pusat dalam menyelesaikan masalah militan di Indonesia termasuk memberi pengajaran kepada ekstremis-ekstremis yang berada di Timur Tengah. Abu Bakar Baghdadi jatuh lumpuh selepas melihat kekuatan mereka untuk menjalar di belahan Asia dilumpuhkan oleh skuad cawangan khas yang tidak dikenali. IS sudah kehilangan tangan dan kaki mereka di Asia.

Bunuh (Diri)Where stories live. Discover now