Bunuh Diri (7)

80 2 0
                                    

"aku nampak dia bos, dekat sana." kata Detektif Tariq, menarik telinga cawan. sachet kopi yang dibawanya telah dikacau ke dalam cawan. Ir. Iskandar hanya memerhatikan orang lalu lalang di luar pejabatnya. kes bunuh diri yang semakin menjadi-jadi belum dapat diselesaikan.

berhari-hari Anita tak dapat dihubungi, setelah pada malam itu dia terserempak dengan pembantunya dalam malam yang kelam, di mimpi.

"sebenarnya, apa semua ini bos?" tanya Detektif Tariq lagi. dia baru sahaja keluar dari wad. dia masih berpeluh lagi di dahi selepas kejadian tempohari. dia memang telah bernazar dalam doa untuk membantu Ir. Iskandar yang telah menutup kesnya. dia berjanji akan mempergunakan nyawanya untuk menjadi batu loncatan kepada Ir. Iskandar. 

bosnya cuba tersenyum, tetapi dia tahu, itu cuma dibuat-buat. ada terlalu banyak benda yang diselindungkan dari pengetahuannya. 

"takpa Tariq. kau balik rehat dulu. cuti bergaji, seminggu. aku akan uruskan. nanti aku akan call kau balik."

Detektif Tariq macam tak puas hati. tetapi bila dia melihat rona wajah bosnya yang resah, tambahan Anita yang selalu menguruskan kerjanya pun tak ada, dia jadi terpaksa mendengar. Detektif Tariq sebolehnya tak mahu meninggalkan bosnya ketika itu. tapi apa dia boleh buat? 

"aku akan call kau balik, Tariq. jangan risau. kau bertenang dulu di rumah."

dia ingat nak balik terus selepas mencapai gugusan kunci dalam laci mejanya. tetapi dia fikir, ada baiknya dia pergi menyiasat kembali lokasi kejadian dia dibelasah tempohari. lagipun hari masih siang. sekurang-kurangnya masih ada masa untuk dia pergi menyiasat.

dia sampai ke lokasi kejadian itu tengahari selepas bersesak-sesak di ibu kota. dia belum sempat makan tengahari ketika Suria menghubunginya mengajak lunch bersama. untuk pertama kali seumur hidupnya, dia menolak ajakan Suria. kes ini lebih penting untuk diselesaikan fikirnya. dan Ir. Iskandar lebih utama dari Suriani Abdul Samad.

dia parking keretanya di sebuah kawasan yang tersorok. dipenuhi semak samun. bandar ini terlalu senyap-sunyi, walaupun ada tren sentiasa melalui setiap kurang dari satu jam. tetapi tak ada yang turun atau naik di sini. tren berhenti, dan melanjutkan perjalanan. Detektif Tariq memutuskan untuk pergi ke kawasan tren tak jauh dari tempat dia menyorokkan keretanya. 

"tokk, tokk, tokk, tokk!" dia mengetuk bertalu-talu pejabat tren di situ. tak bersahut. pondok pengawal keselamatan juga tak berjaga. tidak ada tanda ada jaga di situ sudah lama. kawasan tren ini seperti tidak berpenghuni. 

dia cuba mengintai tingkap. tak dapat. tingkapnya ditutup rapat. dia cuba menghendap dari celah-celah dinding. hampa. dia ternampak satu papan tanda, "penceroboh akan dihukum!" dia jadi cuak jugak. lain betul bunyi papan tanda ni. ada flyers bersepah-sepah terbang, menjadi puting beliung kecil, sempat mempesonanya beberapa ketika, sebelum sekeping flyers itu melanggar cuping telinganya. dia menyambar sebelum flyers itu terbang jauh.

"kita mesti mengajar pemerintah kita. kehidupan kita telah dijadikan taruhan mereka. mereka mempergunakan kehidupan kita sebagai aset mereka. mereka menjadikan segala-galanya yang Tuhan berikan kita percuma, sebagai berbayar. tidak ada apa-apa lagi di tempat kita ini, melainkan semuanya perlu dibayar. jika kita beramai-ramai membunuh diri kita, mereka tidak akan dapat menguasai diri kita lagi. diri kita adalah kepunyaan diri kita. bukan kepunyaan siapa-siapa. Tuhan telah mengurniakan diri kita kepada kita, daripada dia kita datang, dialah segala-galanya.."

"Hoi penceroboh!!"
Detektif Tariq belum sempat membaca habis flyers tersebut.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 01, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bunuh (Diri)Where stories live. Discover now