Sinopsis

752 17 0
                                    

Apa yang berlaku jika tiada sefahaman antara dua pihak? Perbalahan akan berlaku. Jika ia melibatkan negara, peperangan tercetus. Kemenangan dimiliki bagi pihak yang kuat sahaja. Mereka yang  lemah kalah. Tentera memainkan peranan besar dalam peperangan. Mereka yang menentukan nasib sesebuah negara itu jatuh mahupun bangkit. Peperangan banyak impak negatifnya tetapi atas konflik yang berlaku, perang tidak dapat dielak. Ingin meluaskan jajahan, perang. Ingin menunjukkan kekuatan, perang. Tidak puas hati, perang.
Ingn mengaut keuntungan, perang. Marah akan sesuatu, perang. Bagi yang lemah, perang satu benda yang amat ditakuti dan jika boleh dicegah,cegah. Bagi mereka yang kuat, peranglah platform bagi mereka untuk beradu tenaga. Menentukan siapa yang kuat. Ada yang perang untuk kebenaran dan ada yang perang untuk menghapuskan kebenaran.

Nama aku Azrul Zakwan. Sejak kecil, aku dilatih dan diajar dengan ilmu perang. Memanah,menunggang tunggangan perang,memegang senjata,menembak,berlawan,memandu jentera gempur dan kapal perang semuanya diajar.
Dan aku telah berkecimpung dalam bidang ketenteraan ketika usiaku masih remaja. Bakat aku bersinar dan mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh. Pangkatku kini sebagai Wira.
Apa saja bentuk ancaman yang dilemparkan kepada negara Tanah Perang, maka tanggungjawab mempertahankannya digalas oleh kami. Askar negara Tanah Perang.

Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban"Where stories live. Discover now