Setelah 4 tahun berlalu,aku mengikuti Pak Sayusi memulakan perjalanan pulang ke negara Tanah Perang.Dengan menaiki kereta terbangnya,kami pun terbang meninggalkan tanah Debumi.Terlalu banyak kenangan pahit manis yang berlaku di Debumi.
Sepanjang perjalanan kami,aku hanya termenung.Melihat pemandangan daripada tingkap lutsinar,fikiranku menerawang.Leka aku termenung,kelopak mataku menjadi berat.Berat hingga terasa ingin menutup jendela mataku.Dan kini duniaku gelap.
Seketika.Mimpi tak selalunya indah.Tetapi apa yang ku mimpikan tadi hanya gelap.Suasana gelap sekitar mungkin juga kerana aku menutup mata.Hahaha.Monolog dalaman kadang-kadang boleh buat aku ketawa.Memanglah gelap kalau aku sudah tutup mata.Lega rasa hati apabila diselangi dengan perkara lucu tadi.Pak Sayusi masih meneruskan pemanduannya.
"Lama lagikah pakcik kita mahu sampai?"
Mula bersuara sebab aku dah bosan.
Ya bosan.Sudah lebih dua jam perjalanan tanpa berbuat apa-apa.Jadi,untuk pecahkan sunyi,aku berniat untuk bersembang dengan Pakcik Sayusi."Almost there sonny.Are you bored?".Pak Sayusi menggunakan bahasa ibundanya.
"Bored like a picture in a history book and boleh tak kita berbahasa rasmi?"
"Hahaha.You should practice it from now.Bahasa juga merupakan ilmu juga kamu tahu."
"Hahaha just syiket-syiket saja saja pandai speaking",aku bercakap dengan loghat putih.
"Teruk benar bunyinya.Hahaha tak apalah kalau begitu.Biar pakcik saja yang berbahasa rasmi.Selepas ini,kita berhenti sekejap di stesen jana."
Aku hanya mengangguk faham saja.Aku melihat sisi kanan ku beg galas ku tersandar di sebelahku.Aku memgambilnya dan membuka zipnya.Aku mengeluarkan sesuatu.Aku mengelurkan sekeping gambar.Gambar itu aku pandang dengan pandangan yang penuh kesayuan sehingga mata aku berair.Sebelum sempat menitis,aku mengesatnya agar kering mataku.Aksi aku tadi diperhati oleh Pak Sayusi melalui cermin pandang belakangnya.
"Jangan bersedih.Dalam sehari,kita sampailah di sana.Di sana,jangan lupa meminta maaf pada mereka.Sudah lama kamu menghilang,mereka pasti merindui kamu."
Aku amati gambar itu buat kali kedua.Gambar itu mengundang memori indah di masa lepas.
********* ***************** *******************
"Ishaq,mana kamera tu?"
"Kejap abah."
"Cepat sikit.Mak kamu sudah menunggu lama ni."Air mataku menitis akhirnya setelah melihat dan mengingat keluargaku. :')
YOU ARE READING
Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban"
RandomKisah fantasi tentang kehidupan seorang askar dalam misi untuk mempertahankan negara daripada kuasa asing.