*Radio*
"Bahagian selatan Tanah Perang kini diserang oleh jentera terbang tentera Debumi .Rakyat-rakyat yang tinggal di kawasan berdekatan diarahkan oleh pihak kerajaan untuk berpindah ke kubu sementara yang disediakan pihak tentera Tanah Perang.Dan kini,pemimpin Tanah Perang ,Tuan Zaratul Mubin ingin membuat pengumuman."
"Negara kita kini diceroboh oleh pihak musuh.Saya ingin mengisytiharkan darurat.Mereka yang tinggal bahagian selatan negara ini diminta segera berpindah demi keselamatan juga setiap rakyat dilarang keluar daripada rumah serta tempat perlindungan apabila waktu malam menjelma.Sesiapa yang ingkar akan ditembak dan dianggap sebagai pengkhianat negara.Unit pertahanan diminta mengawal setiap sempadan negara dengan ketat.Kita jangan biarkan mereka mencerobohi Tanah Perang kita yang tercinta.Biarlah perang terjadi sekalipun,kita harus mempertahankan negara daripada dijajah Debumi."
"Berakhir sudah pengumuman daripada Tuan Zaratul Mubin.Sekian daripada kami Radio Gempar ."
Pengumuman daripada Tuan sememangnya mengejutkan seluruh rakyat Tanah Perang.Tindakan tentera Debumi menjatuhkan peluru berpandu di bahagian selatan dan hampir memusnahkan setengah kawasan selatan negara.Tindakan mereka sememangnya melampaui batas.Tindakan mereka yang tidak berfikir terlebih dahulu menunjukkan mereka tidak berperikemanusiaan dan menganggap nyawa seorang manusia tidak bernilai.Aku bersama skuadku diarahkan bergerak ke bahagian utara.
YOU ARE READING
Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban"
De TodoKisah fantasi tentang kehidupan seorang askar dalam misi untuk mempertahankan negara daripada kuasa asing.