Daripada Gunung Naga aku bersama wira yang lain bergerak menuju Area 19 menaiki helikopter.Dahulu Area 19 ialah bandar yang pesat dengan pembangunan tetapi kini bagaikan padang jarak padang terkukur akibat daripada serangan pihak anti-kerajaan.Sejurus helikopter mendarat,kami mengambil tempat dan membentuk satu formasi pertahanan.Selang beberapa minit,kelibat kumpulan pengganas mula kelihatan.Seorang daripada mereka mula membuka langkah untuk melakukan jurus tanah.Batu-batu besar mula dilemparkan kepada kami.Kami bertahan menggunakan perisai.
Apabila serangan daripada mereka mula perlahan,kumpulan Wira penjurus api mula melancarkan serangan.Sambaran api kami kena pada pihak musuh.Penjurus tanah daripada pihak musuh membuat tembok besar daripada tanah melindungi diri mereka daripada serangan api.Pihak pengganas mula menyerang kami menggunakan senjata.
Seorang daripada pihak musuh menghampiriku dan kami mula berlawan.Aku seorang pemanah melawan pihak musuh yang aku tidak tahu kuasanya.Aku mula menyeru senjataku iaitu Busur Perak.Aku mula memfokuskan target pada pihak lawan dan mula memanah.Tetapi dia menepis anak panahku menggunakan tembok batu.Ohhh,rupanya dia seorang penjurus tanah.Kami pun mula berentap.Panah demi panah aku serangnya tapi satu pun tidak mengena kerana ditepis menggunakan tembok batu.
Sedang kami asyik berlawan,turunnya ketua kami iaitu Satria Adam dengan memegang kapaknya iaitu Gigi Gajah lalu dihentam pada salah seorang pihak musuh.Melihat kehebatan Satria Adam,kesemua pengganas bertempiaran lari meninggalkan kawasan tersebut.Suasana kecoh bertukar normal dan aku kagum dengan kehebatan Satria Adam.
YOU ARE READING
Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban"
RandomKisah fantasi tentang kehidupan seorang askar dalam misi untuk mempertahankan negara daripada kuasa asing.