Keheningan mentari mula memancar-mancar tepat pukul 1 petang dan kesemua skuad wira,satria dikehendaki bersedia untuk menerima kunjungan Hang Tua.
Sidang perjumpaan kesemua unit ketenteraan dimulakan.Hang Tua mula memberikan ucapannya.
"Selamat semuanya kepada kesemua tentera yang berada di hadapan saya yang sentiasa tekad dan kental menghadapi cabaran.Sebagai seorang yang sudah lama berkecimpung dalam unit ketenteraan,saya sudah mengalami pelbagai pahit getir kehidupan sebagai seorang askar.Di sini saya ingin menyampaikan satu khabar yang buruk,risikan daripada mata-mata(unit pengintip) negara Debumi mula meluaskan jajahannya.Beberapa jajahan takluk negara Bara Sukma mula ditakluki oleh tentera negara Debumi."
Hang Tua terdiam sebentar.
"Selepas ini mungkin negara kita akan menghadapi peperangan."
Mendengar ayat yang dikeluarkan ucapan oleh Hang Tua membuatkan kami gelisah dan risau serta menyebabkan aku tertelan air liur kegusaran.
"Sedia maklum bahawa negara kita Tanah Perang sememangnya negara yang memiliki pertahanan yang kebal dan kental serta unit ketenteraan yang banyak dan kuat.Tetapi ini tidak membuatkan kita untuk memandang rendah terhadap pihak lawan kita.Pihak lawan akan menggunakan pelbagai taktik peperangan untuk mengecapi kemenangan.Oleh itu,skuad Wira,skuad Satria,Laksamana dan barisan ketua tertinggi haruslah sentiasa menguatkan benteng pertahanan dan sentiasa peka.Agi Idup Agi Ngelaban.Bermatianlah dalam mempertahankan negara Tanah Perang."
Mendengar ucapan Hang Tua yang begitu bersemangat membuatkan perasaan kami membuak-buak lalu seluruh skuad melaungkan sorakan"AGI IDUP AGI NGELABAN" dengan penuh semangat dan tiada rasa gentar dalam diri kami.
Melihat keadaan yang gamat itu Hang Tua lalu menitiskan air mata dan bersuara
"Dengan ini saya sebagai Hang Tua meletakkan jawatan saya sebagai tentera berpangkat Hang.Sekian terima kasih"Keadaan yang begitu gamat bertukar sunyi dan terdengar beberapa tangisan daripada beberapa orang askar.Sememangnya sebagai seorang askar yang hebat dan jasanya yang begitu banyak terhadap negara Tanah Perang pemberhentianya sebagai salah seorang ketua kami akan diratapi dan pasti tidak dapat diterima oleh sebahagian pihak.
YOU ARE READING
Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban"
RandomKisah fantasi tentang kehidupan seorang askar dalam misi untuk mempertahankan negara daripada kuasa asing.