Bahagian 12-Ibu

87 4 0
                                    

Aku mengikut ibuku keluar daripada bilik itu.Apabila pintu bilik dikuak, kaki aku pun melangkah keluar dari bilik itu buat pertama kalinya.Aku dapat melihat perabot antik tersusun rapi dan rak yang sangat besar sarat dengan buku-buku pengetahuan.Tetapi pandangan aku terhenti apabila memandang satu bingkai gambar yang mega saiznya tergantung di dinding.
Gambar sebuah keluarga yang ahlinya terdiri daripada 4 orang.

"Adakah itu......?",aku mengajukan soalan kepada Madam Isabell tetapi

"Ikut saya dahulu sebentar lagi saya jelaskan",dia terus memotong pertanyaanku dan meneruskan berjalan.
Aku pun mengikutinya dari belakang.
Sambil berjalan mataku melilau melihat koleksi barangan antik milik Madam Isabell.Ada yang berbentuk arca,artifak, dan pelbagai lagi.Kemungkinan Madam Isabell seorang yang berharta kerana memiliki pelbagai barangan yang sukar dimiliki dan rumahnya yang besar lagikan mewah.

Madam Isabell membawaku ke taman bunga milik peribadinya yang berada di hadapan halaman rumahnya.Kagum betul aku melihat variasi bunga-bungaan yang dimiliki taman bunga Madam Isabell.Terdapat bunga-bunga yang aku dapat kecam seperti ros,orkid, dan bunga raya.Apabila aku mengalihkan pandangan dan terlihat satu bunga tiba-tiba aku dapat merasakan denyutan yang menekan kepalaku.Bunganya besar tetapi bukanlah sangat besar dan dihiasi dengan kelopak berwarna kuning kelilingnya.Bunga Matahari itu seakan berkait rapat tentang sesuatu mengenai diriku tetapi aku tidak mengingatinya.

"Kamu suka dengan bunga Matahari ibu?",Madam Isabell memandangku seketika.

"Mari kita duduk di bangku yang telah ibu sediakan",sambungnya.

Aku pun bergerak ke bangku dipimpin oleh Madam Isabell.Tiba saja disitu,Madam Isabell menjemputku duduk di sebelahnya.Aku pun melabuhkan punggung ke atas bangku dan menyandarkan tongkatku di sebelahku.

Maka perbualan kami pun bermula.

"Mesti kamu terkejut apabila melihat gambar tadi?",Madam Isabell memandang sayu tepat pada mataku sambil mengenggam erat tanganku seakan-akan tidak mahu melepaskannya.

"Dahulunya kita merupakan sebuah keluarga yang bahagia.Tiap hari diisi dengan kebahagiaan dan nikmat kasih sayang.Tapi,semenjak awak menghilang keluarga ini tidak seceria dulu.Bapamu telah mati tahun lepas akibat keuzuran.Adikmu pula telah keluar daripada kota dengan tujuan untuk merantau.Ibu tinggal berseorangan di sini sambil menunggu kepulangan kamu berdua.Apabila mendapat tahu berita kemalangan kamu,ibu bergegas pergi ke setiap hospital semata-mata mencari kamu."

"Jadi saya cedera akibat kemalangan?"soalku.

"Lebih kurang begitulah hendaknya.Ibu tidak mengetahui lebih mendalam tentang berita kemalangan kamu tapi semua itu tidak penting lagi.Yang kini penting,kamu di sisi ibu.Ibu sangat sayangkan kamu."ibu menjawab soalanku dengan nada yang terserak-serak dan matanya kelihatan berkaca-kaca.

"Walaupun saya masih tidak dapat mengingati apa-apa tetapi terima kasih kerana menjaga saya selama ini ibu",senyumku.

"Kamu anakku.Jadi kamu dikira sebagai amanah yang harus aku jaga sebaik mungkin."ibu membalas senyumanku.

"Emmm  ibu",ada soalan yang bermain di mindaku.

"Ya",ibu menjawab.

"Adakah ibu tahu pekerjaan yang saya lakukan?",soalanku mengenai siapakah aku.

"Kamu seorang ahli politik",pantas ibu menjawab.

"Ahli politik???".

Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban"Where stories live. Discover now