Aku memberanikan diriku untuk bertanya soalan yang lama terbuku di lubuk hatiku.
"Hang Tua.Kenapa tuan meletakkan jawatan tuan sebagai seorang Hang?"
Raut wajah Hang Tua mula berubah.Seperti ada sesuatu yang dia ingin menyembunyikan.Tapi,dia mula menjawab.
"Kerana aku sudah tua.Khidmat aku juga tidak diperlukan lagi.Juga terdapat ramai askar yang hebat-hebat bisa menggantikan tempatku.Negara Tanah Perang mestilah mempunyai askar yang gagah perkasa dan muda untuk berperang.Kudrat aku pun tidak dapat melakukan banyak gerakan badan inikan pula mahu berperang.Aku tidak semuda dulu."
Hang Tua mula menceritakan kisah beliau bersama gandingan Hangnya iaitu Hang Salleh dan Hang Bisa ketika di medan perang.
*Penceritaan Hang Tua*
Ketika itu negara Tanah Perang menghadapi serangan daripada tentera negara Debumi.Negara Tanah Perang ketika itu dibawah pimpinan Tuan Janggut.Tembok negara ketika itu dirobohkan oleh tentera Debumi menggunakan jurus Tanah.
Jeneral daripada tentera Debumi iaitu Puteri Intan mula menggunakan jurus tanah lalu mengegarkan bumi tanah perang.Retakan berlaku dan sebilangan askar mula tercedera akibat jurus Puteri Intan.Disebabkan Puteri Intan merupakan pihak lawan yang hebat,kami Hang bertiga dihantar untuk menumpaskannya.
Sememangnya Puteri Intan bukan calang-calang penjurus tanah.Walaupun kami bertiga namun masih belum mampu mengalahkannya.Lalu,Hang Salleh mengurungnya menggunakan segunung pasir dan aku bersama Hang Bisa melancarkan serangan terhadap gunung pasir yang mengurung Puteri Intan.Serangan kami tadi merebahkannya.
Tiba-tiba,pemimpin Maharaja Debumi juga ayahanda kepada Puteri Intan iaitu Maharaja Angkusia datang menyelamatkan puterinya bersama 100 orang tentera.Sekarang kami bertiga harus melawan Maharaja yang berkuasa dan 100 orang tentera.
*Uhuk-uhuk*
Cerita Hang Tua terhenti kerana dia terbatuk dan menggangu penceritaanya.Tiba-tiba,datang seorang lelaki berjubah hitam menutup kepalanya datang menghampiri kami.Hang Tua bangun dari tempat duduknya dan berkata kepadaku"Saya sambung cerita saya bila kita berjumpa lagi."
Dia senyum dan terus beredar bersama lelaki tadi.Aku berasa sedikit hampa kerana tidak mendapat tahu kesudahan cerita Hang Tua tadi.Aku pun kembali menghantar barang kepada Satria Gasi.
YOU ARE READING
Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban"
RandomKisah fantasi tentang kehidupan seorang askar dalam misi untuk mempertahankan negara daripada kuasa asing.