Perempuan

56 4 4
                                    

Memang aku bukan jenis pemalu
Tapi aku bukan jenis tak tahu malu
Malu aku bertempat
Bukan tak kena tempat

Jangan pandang aku umpama perempuan murah
Sedangkan aku punya maruah
Kau mungkin kenal aku
Tapi bukan sejarah hidup aku

Nampak aku tabah bila dihentak
Dalaman aku penuh kaca retak
Senyumku bukan tanda ku gembira
Tapi bukti aku melawan sengsara

Kau apa tahu
Selalu bikin malu
Yang baik kau buat seteru
Yang jahat kau buat tetamu
Kau apa tahu
Tunggu aku naik hantu

Ya -- ini si perempuan
Banyak yang masih tersimpan
Bukan mahu berlagak sopan
Hanya tak mahu jadi tatapan
Bimbang hanyut dengan hasutan syaitan

Aku perempuan berhati batu
Jangan kau buat seteru

Lautan AksaraWhere stories live. Discover now