Hakikat

31 4 0
                                    

Bait - bait kata yang dihembus
Bisanya tajam bak belati terhunus
Badan tidaklah terluka
Jiwa menanggung sengsara
Zahir terlukis senyuman
Batin berlagu tangisan

Dihimpit kiri dan kanan
Sesak dengan kata hinaan
Ditujah dengan ketawa perlian
Hati ini bukan batu batan
Mana pergi kemanusiaan?

Ini wajah - wajah insan
Ditutupi dengan topeng syaitan
Hidup hanya bertuhankan nafsu
Iman sekadar tuntutan guru
Tiada yang dicari selain dunia
Kerana inilah hakikat manusia

Yang kekal ditinggalkan
Yang sementara dikejarkan


notakaki:

29/2! Tahun lompat! Happy birthday buat mereka yang lahir tahun lompat! *lebah excited* hahaha. Btw, maaf lama tak update. Busy dengan uni life lebah cuba update seminggu sekali ya? Tu pun kalau ilham menulis ada #JanganKecamSaya hahahaha. Okbaii!

Lautan AksaraWhere stories live. Discover now