Sayang Yang Tersembunyi

17 2 1
                                    

Dia --
Punya jiwa yang perlu dijaga
Punya hati yang perlu disayangi
Punya amanah yang perlu dipikul
Punya nyawa yang perlu dilindungi

Dia --
Marahnya bukan tak sayang
Diamnya bukan tak peduli
Tegasnya bertempat
Agar tidak dipijak tanpa belas

Dia --
Penat lelahnya
Jerit perihnya
Tidak terasa
Pabila melihat telatah si anak

Walau sering dianggap tanpa rasa
Hanya Allah yang tahu rasa cintanya
Kerana dia -- Ayah
Nakhoda yang mengemudi kapal
Mengurus anak - anak kapal
Tika lautan bergelora hebat







notakaki:

Puisi ni lebah buat untuk kawan lebah. Dia request (mcm ambik order je padahal puisi je pun hahah) dekat lebah buat puisi khas untuk ayah. So, ta-da!

notakakilagi:

Maaf ya dah lama tak update. Wattpad hilang dari radar hahaha.

Lautan AksaraWhere stories live. Discover now