Di satu lorong gelap
Terang bersama cahaya malap
Seorang diri menyelusuri
Mengheret retakan memori
Nun dihujung sana
Sinar putih memberi makna
Masa seakan lama berlalu
Langkahnya semakin laju
Lorong itu seakan tiada penamat
Memerangkapnya dari terus selamat
Dia mula berhenti melangkah
Semangatnya mula goyah
Sinar itu kembali menariknya
Kayuhan langkah menyusun rentaknya
Serpihan memori bertebaran
Ditinggal tanpa berkejaran
Tiba di penghujung lorong
Tanpa amaran dia terdorong
Sisa memori lama masih berbaki
Tanpa belas dibuang tak berdaki
Dia tekad memilih untuk keluar
Setelah sekian lama mengular
Walau bayang hitam sentiasa ada
Tekadnya untuk putih tetap bercahaya
Ini kisahnya
Manusia penuh sampah
Merangkak cuba berubah
Gagah bangkit dari rebah
Kerana yang gelap pasti cerah
Yakinlah pada Pencipta manusia
ANDA SEDANG MEMBACA
Lautan Aksara
PoesíaKoleksi puisi pendek dan juga panjang yang ditulis di twitter dan dipindahkan ke wattpad. Juga terselit puisi yang bukan dari twitter. Segala yang ditulis adalah hak cipta penulis. Sebarang plagiat adalah dilarang sama sekali. Well, kalau ada yang...
