Aku menulis
Untuk melahir rasa
Aku menulis
Untuk berkongsi cerita
Aku menulis
Untuk melaung suara
Kerana bibirku sering dikunci rapat
Kerana lidahku sering diikat ketat
Kerana tekakku sering dikepit sendat
Langsung tidak memberi ruang
Disepit kata kata nista
Membunuh sang hati suci
Dengarlah ceritaku
Yang penuh luka
Ditoreh si durjana
Manusia gila
ANDA SEDANG MEMBACA
Lautan Aksara
PuisiKoleksi puisi pendek dan juga panjang yang ditulis di twitter dan dipindahkan ke wattpad. Juga terselit puisi yang bukan dari twitter. Segala yang ditulis adalah hak cipta penulis. Sebarang plagiat adalah dilarang sama sekali. Well, kalau ada yang...
