Bab 4

648 34 0
                                    


KNOCK KNOCK ! Ji Hyo bangun dalam keadaan yang agak mamai . Dia segera membasuh mukanya dan terus membuka pintu . "Ya saya ?" Tanya Ji Hyo sambil menutup mukanya dengan tuala muka . Hanya membuka kecil tuala untuk dia melihat .

"Awak ni comel lah Hyo ." Gary tersenyum melihat Ji Hyo . Ji Hyo tergelak kecil .

"Sorry saya baru bangun . Kenapa ya Gary ?"

"Kita jalan jalan dekat pantai jom ?"

"Okay je ."

"Saya tunggu awak ."

"Eh jangan lah . Saya mungkin lagi 10 minit nak bersiap ."

"Tak apa . Saya okay je ." Gary tetap berdegil .

"Kalau macam tu . Tunggu sekejap tau ." Cepat cepat Ji Hyo masuk ke bilik untuk bersiap .

Gary dan Ji Hyo berjalan beriringan di gigi air pantai . "So , Gary akan terbang balik ke London ?" Tanya Ji Hyo untuk membuka perbualan .

"Tak , Gary akan kerja dengan syarikat Appa . Hyo kerja sebagai penulis novel lagi ke ?"

Ji Hyo tergelak kecil dan menggeleng . "Hyo dah up sikit . Jadi penulis skrip untuk drama atau movie ." Gary memandang Ji Hyo teruja .

"Wah ! Hebat Hyo sekarang !" Ji Hyo hanya tersenyum . "Mesti best kan skrip nya ?"

"Ikut kualiti cerita . Kalau lawak , lawak . Sedih , sedih lah skrip ."

Gary mengangguk angguk mendengar cerita Ji Hyo . "Hyo dah ada boyfriend ?"

"Err . Belum ."

Gary diam . Dia tersenyum kecil . "Malam ni kita makan sama sama ? Malam tadi tu .."

"Oh sorry sebab malam tadi . Okay kita makan sama sama ."

"Ommaa ~! Huwaaa ~! Ommaaa ~!" Seorang kanak kanak perempuan menangis berlagu . Ji Hyo yang terdengar dan mencari kanak kanak itu , segera berlari ke arah kanak kanak itu apabila melihat kelibat anak kecil itu .

"Kenapa ni dik ?" Tanya Jong Kook sambil berlutut dihadapan budak perempuan itu . Ji Hyo berlari perlahan apabila Jong Kook telah menegur kanak kanak itu .

"Dia okay ke ?" Tanya Ji Hyo pada Jong Kook . Gary turut menuju bersama mereka .

"Tak tahu . Kenapa dik ?" Tanya Jong Kook lagi .

"Omma tak ada .." Ujar budak perempuan itu teresak esak .

"Nama apa ?" Tanya Ji Hyo pula .

"Lucy ." Gary yang berdiri di situ hanya diam . Dia tidak pasti apa patut dia lakukan .

"Ambil ni ." Jong Kook menghulurkan lolipop kecil pada Lucy . "Jom oppa bawa Lucy cari omma ." Jong Kook terus mendukung Lucy .

"Awak nak saya teman ?" Tanya Ji Hyo prihatin .

"Tu kawan awak . Siapa nak teman ?"

"Tak apa . Jom kita cari omma Lucy ." Gary mempelawa Ji Hyo untuk turut serta . Mereka bertiga membawa Lucy ke kaunter pertanyaan .

"Ada apa saya boleh bantu ?" Tanya pekerja yang sedang bertugas .

"Lucy ni nak jumpa omma dia . Ada nampak tak omma dia ?" Tanya Jong Kook dengan ayat lebih elok , dia tidak mahu Lucy cemas apabila dia menyatakan bahawa Lucy kehilangan ibunya .

"Oh baiklah . Saya faham ." Pekerja kaunter tersenyum dan mengusap lembut rambut kanak kanak itu .

"Hyo , saya pergi dulu . Malam ni kita jumpa ." Ji Hyo mengangguk apabila Gary meminta izin untuk pergi .

"Lucy nak lolipop lagi ?" Tanya Ji Hyo sambil mencubit perlahan pipi Lucy .

Jong Kook tersenyum dengan sifat Ji Hyo terhadap Lucy . "Tak nak . Nak omma .."

"Kepada ibu bapa yang anak nya tidak bersama . Di kaunter kami ada seorang kanak kanak perempuan comel bernama Lucy , berbaju skrit merah jambu , berskaf merah dan berambut perang . Sila cepat sebab Lucy merindui ommanya ." Pekerja itu berkata dengan nada mesra. Lucy hanya tersenyum .

Beberapa minit kemudian, seorang wanita datang ke arah mereka . "Anak omma ! Lucy !" ujar wanita itu kegembiraan .

Ji Hyo dan Jong Kook tersenyum apabila wanita itu memeluk Lucy dengan penuh kasih sayang . Riak risau jelas tepancar pada wajah wanita itu . "Terima kasih ya ."

"Sama sama . Nasib baik kami nampak Lucy tadi ." Ujar Jong Kook gembira .

"Saya sangat sangat berterima kasih . Kalau awak berdua tak jumpa Lucy . Saya tak tahu nak buat apa ."

"Nasib baik Lucy tahu nama dia . Kalau tak kami pun tak tahu nak buat apa ." Ji Hyo tersenyum dan memandang Jong Kook , Jong Kook mengangguk mengiyakan kata Ji Hyo .

"Thank you . Unnie tak tahu nak balas jasa kamu berdua macam mana . Tapi unnie doakan kamu berdua bahagia dan dikurniakan anak ."

"Eh unnie ."

"Terima kasih noona . Bye Lucy . Kalau ada jodoh , kita jumpa lagi ya ." Jong Kook mencubit perlahan pipi Lucy .

"Hmm betul tu Lucy ." Ji Hyo tersenyum agak kekok .

"Unnie pergi dulu ya . Terima kasih ." Ji Hyo dan Jong Kook mengangguk dan mereka pun berlalu ke arah bertentangan .

"Eh awak !" Tegur Ji Hyo .

"Kenapa ?" Tanya Jong Kook pula .

"Kenapa awak iyakan apa unnie tu kata tadi ?"

"Saya tak nak noona tu minta maaf lagi . Tak perlu kita kusutkan lagi fikiran noona tu . Yang penting Lucy dah jumpa ommanya ."

Ji Hyo diam .

"Kenapa ? Awak nak ke kita bahagia macam noona tu cakapkan ?"

"Yah ! Mana ada !"

"So chill . Baik awak pergi cari kawan awak tu dari ikut saya ."

Ji Hyo memandang Jong Kook geram . "Saya tak ingin pun ikut awak ."

"Habis tu semalam sampai ke bilik saya ?"

"Itu sebab saya nak tebus kesilapan saya ."

"Saya dah maafkan dan jangan ikut saya lagi ."

"Yah ! Perasan !"

Jong Kook menuju ke biliknya namun ada seseorang yang menanti kedatangannya . Dia membuka pintu bilik tanpa menghiraukan Gary . "Kau dengan Hyo ada apa apa ke ?"

Jong Kook agak keliru . "Hyo ?"

"Perempuan yang tadi dengan aku dan kau tadi ."

"Ohh ! Dia ! Kenapa ya ?"

Gary menggeleng kecil . "Dia milik aku . Aku harap kau sedar ."

Jong Kook tergelak , niatnya untuk masuk bilik terbantut . "Sorry bro tapi aku rasa kau dengan dia pun tak ada apa apa kan ? Kalau tak kenapa nak sound aku ?"

"Memang tak tapi akan ."

"Akan bukan pasti ."

"Apa masalah kau ?"

"Kau yang kacau aku dulu . Macam ni lah . Kalau betul Hyo tu suka kau . Mesti dia takkan tinggalkan kau kan ? So jangan risau ."

Gary menahan geramnya . "Aku tahu kau nak Ji Hyo juga kan ?"

'Oh Ji Hyo namanya .' Ujar Jong Kook diam . "Nak ke , tak ke , kalau dah jodoh nak buat macam mana . Dah aku malas nak layan kau ." Jong Kook terus membuka pintu biliknya dan masuk . Gary menendang dinding dan berlalu pergi . Tak sangka apa yang dia rasakan benar . Lelaki itu menyukai gadis sama yang dia cintai .

GentlemanWhere stories live. Discover now