Bab 12

582 30 9
                                    

"Hai Jong Kook !" Ji Hyo melambai tangan ke arah Jong Kook . Jong Kook turut melambai ke arah gadis itu di hadapan restoran tempat mereka bertemu . "So kita akan rangka skrip untuk scene 2 kan ?" Tanya Ji Hyo teruja .

"Tak ."

Ji Hyo memandang Jong Kook pelik . "Habis tu ?"

"Kita beli baju untuk majlis minggu depan ." Jong Kook segera masuk ke dalam kereta , Ji Hyo yang terpingga sekadar mengikut .

"Red or Black ?" Jong Kook memegang dua set suit dan menanyakan pendapat Ji Hyo . Ji Hyo memandang baju yang ditunjuk .

"Umm .." Ji Hyo sengaja membuat muka ketika memilih . Jong Kook tersenyum melihat Ji Hyo . "Saya rasa yang hitam ."

"Sebab red is too common . Kan ?" Ji Hyo mengangguk angguk . Jong Kook tersenyum dan meletakkan suit merah di atas kerusi berlalu ke bilik salinan dan mengambil kesempatan dengan menggosok perlahan rambut Ji Hyo .

"Aish ." Ji Hyo sekadar merungut dengan senyuman dan membetulkan rambutnya . Dia mengambil dress hitam dan turut menukar pakaiannya .

"Awak .." Panggil Jong Kook yang berada di sebelahnya .

"Ya awak ." Ujar Ji Hyo pula .

"Siapa keluar lambat , dia kena belanja makan tau ." Jong Kook segera menyarungkan kemejanya .

"Yahh ! Tak adil !" Ji Hyo keluar seketika , untung sahaja dia belum menyalin baju kemudian dia masuk untuk memakai dress .

Jong Kook membetulkan pakaiannya di hadapan cermin . Pintu dipulas namun tidak boleh ditolak . PAKK PAKK ! Pintu diketuk . "Yah ! Kenapa tak boleh buka ni ?"

"Kejap kejap !" Ji Hyo segera membuka pintunya dan membuka kunci pintu Jong Kook dari luar . Pintu dibuka dan Jong Kook terkejut melihat Ji Hyo , cantik dengan dress hitamnya . "Wae ?" Tanya Ji Hyo aneh .

"Cantik ."

"Huh ?"

Jong Kook tersedar . "Handsome tak saya ?" Tanyanya sambil menggayakan pakaiannya dengan segak .

"Boleh lah . But makan awak belanja ." Ji Hyo tergelak kecil . Jong Kook mencebik dengan telatah Ji Hyo .

"Thank you for the dress ." Ji Hyo berterima kasih saat mereka makan petang .

"Benda kecil je . Lagipun awak pasangan saya kan ?" Jong Kook tersenyum , Ji Hyo memandang Jong Kook dengan pelbagai perasaan . Memang dia faham maksud Jong Kook namun ..

Ji Hyo baring di atas katilnya . Dress hitam yang cantik disangkut kemas pada dinding, dengan tekun dia memandang dress tersebut . "Patut ke aku ada perasaan ni sedangkan aku tak kenal lagi KJK yang appa maksudkan ." Ji Hyo mengeluh , dia mengambil bantal dan menekup wajahnya . Keliru itu adalah yang dia rasa .

Jong Kook berdiri di hadapan cermin . "Patut ke aku buat apa yang aku patut buat ?" Tanya Jong Kook sendiri . "Kalau dia terima maknanya dia bersedia untuk terima aku ."

Jong Kook , Suk Jin dan Jae Suk duduk di ruang tamu milik Suk Jin . Mereka berbincang sesuatu yang agak serious . Tangan serta mulut Jong Kook lincah bergerak dan berkata kata . Semua rancangan akan diketahui pada malam Majlis Tari Menari . Jae Suk dan Suk Jin bersetuju dengan rancangan Jong Kook . Beberapa helaian kertas besertakan lakaran ditunjuk pada Jae Suk dan Suk Jin . Riak wajah gembira dan bangga jelas terpancar pada wajah dua lelaki berusia itu . Jong Kook segera meminta izin untuk beredar setelah semua selesai dibincangkan .

Jong Kook masuk ke Restoran Little Magic , restoran yang menjadi tempat dia dan Ji Hyo menyiapkan skrip Filem Six . Ji Hyo sedang leka menaip sesuatu pada komputer ribanya . "Ji Hyo ~" Jong Kook menegur dan mengambil tempat berhadapan gadis itu .

"Oh hi ." Ji Hyo membalas dengan agak tidak mesra . Memang terasa sakit apabila Ji Hyo seakan memulaukan Jong Kook . Namun dia cuba bersahaja .

"Are you okay ?"Tanya Jong Kook untuk memastikan Ji Hyo dalam keadaan yang baik .

"Yes ."

"But awak macam tak . Kenapa ni ?" Jong Kook ingin memegang tangan Ji Hyo namun gadis itu terlebih dahulu melarikan tangannya . "Ji Hyo ..?"

'Aku kena sedar dia bukan untuk aku . Aku kena sedar kami hanya pasangan majlis tari menari bukan pasangan yang benar .' Monolog Ji Hyo sendiri , dia tersenyum dan menunjukkan komputer ribanya pada Jong Kook . "Cuba awak baca skrip saya ? Kalau nak tambah apa apa , silakan ." Jong Kook hanya senyum tawar dan membaca apa yang ditulis
.
"Kalau tambah 'Kenapa mesti 6 kelopak bunga ? Patut ke aku percaya semua ni ?' Okay tak ?" Tanya Jong Kook .
Ji Hyo mengangguk . "Okay juga tu . Nanti bila masuk scene dorang kita buat balik flash back dialog tu ." Ujar Ji Hyo bersemangat dan Jong Kook mengangguk faham .

"Nanti kita dah tak jumpa lepas majlis tu kan ? Saya ambil awak dari rumah ya ?" Tanya Jong Kook lagi .

"Okay . Saya tunggu nanti ." Ji Hyo tergelak kecil . Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya Jong Kook mendengar ketawa Ji Hyo yang menerangkan kegelapan hatinya itu .

GentlemanWhere stories live. Discover now