Bab 7

549 23 0
                                    

Pagi mula menjelma . KNOCK KNOCK ! Pintu bilik Ji Hyo diketuk . "Hyo ? Awak okay tak ? Ni saya Jong Kook ."

Ji Hyo membuka pintu . "Saya okay ."
"Nampak sangat tak . Jom saya bawa awak ke suatu tempat ."

"Ke mana ?"

"Rahsia . Baik awak cepat siap . Pakaian kasual ya . Sebab kita akan buat aktiviti ."

Ji Hyo mengangguk kecil , dia memakai t shirt dan seluar yang sesuai untuk sukan . Sebagai pelindung tambahan , dia memakai topi sukan yang disediakan hotel .

"Kita nak buat apa ?" Tanya Ji Hyo malas . Dia masih tidak dapat menerima kenyataan semalam .

"Kita akan naik motor bot !"

Ji Hyo terlopong . "Siapa bawa ?"

"Saya lah ."

"Awak pandai ke ?"

Jong Kook hanya mengangguk dan menarik tangan Ji Hyo untuk bersamanya ke pantai .

"Hyung !" Panggil Jong Kook apabila tiba di kabin motor boat . Seorang lelaki yang gagah tersenyum ke arah mereka .

"Jong Kook nak naik lagi ke motor boat ?" Tanya Choo Sung Hoon selaku penjaga kabin .

"Mestilah hyung . Ni kenalkan kawan saya Song Ji Hyo ." Ji Hyo dan Sung Hoon hanya senyum tanda perkenalan .

Sung Hoon mengambil sesuatu dari rak . "Nah pakai jaket keselamatan ." Ji Hyo mula teragak agak untuk mengambil jaket . "Jangan risau . Jong Kook memang pakar memandu motor bot ." Ji Hyo hanya tersenyum dan mengambil jaket . Jong Kook ingin tergelak namun cuba ditahan . Nampak sangat Ji Hyo takut untuk menaiki motor bot bersamanya .

"Dah ready ?" Tanya Jong Kook pada Ji Hyo yang sudah duduk dibelakangnya .

"Nak kena pegang apa ni ?" Tanya Ji Hyo gementar .

"Peluk saya lah ." Muka Ji Hyo mula merah apabila Jong Kook menyuruh dia memeluk lelaki itu .

"Kena ke ?"

"Kena .." VROOMM ! Jong Kook terus memecut motor bot , serentak itu Ji Hyo memeluknya dan menjerit ketakutan . Jong Kook membawa motor bot bagaikan motosikal di jalan . Ke kiri kanan dia membelok . Ji Hyo hanya mampu menjerit dan berdoa agar umurnya panjang .

"Ready untuk critical move !" Ji Hyo mula risau .

"Critical move ??"

"Critical move !" Motor bot dipandu dalam bentuk bulatan . Beberapa bulatan dilakukan dan Ji Hyo mula pening . Jong Kook ingin memandu motor bot ke darat namun . VROMM...VR..VROO.. Enjin seperti rosak .

"Yah awak ! Jangan lah main !" Ji Hyo mula takut apabila kini mereka berada di tengah tengah pantai . Jong Kook menghidupkan enjin namun tidak boleh .

"Tak boleh lah awak ." Kata Jong Kook dengan cemas .

"Tolong !!"

VROMMMM ! Jong Kook terus memandu motor bot ke darat dengan gelak tawa . Seronok dapat mengenakan gadis itu .

"EE KEJAM !" Jerit Ji Hyo sehingga nenbingitkan telinga Jong Kook .

Ji Hyo terus melompat turun dari motor bot . Dia menggeleng pantas kepalanya untuk mengurangkan kepeningan . "Jeritan awak tu boleh buat saya pekak tau ." Jong Kook merungut apabila dia selesai turun .

"Siapa suruh bawa macam orang gila ?" Sung Hoon hanya tergelak mendengar pergaduhan antara dua insan itu .

"Eh mana ada macam orang gila . Macam pro lah ."

Ji Hyo membuka jaketnya kasar . "Dah ! Saya tak nak ikut awak dah . Tak pasal pasal saya mati dulu ."

"Sure tak nak ?"

"Sure !" Ji Hyo terus berlalu pergi .
Jong Kook menyerahkan jaket pada Sung Hoon dan mengucapkan terima kasih lalu mengejar Ji Hyo . "Kita makan aiskrim nak ?"

"No thanks ."

"Okay ." Jong Kook membiarkan Ji Hyo pergi . Dia tidak mahu Ji Hyo fikirkan Gary lagi . Biarlah dia sakit hati dengan dirinya dan bukan dengan Gary .

Bilik Ji Hyo diketuk perlahan . Dua detik kemudian , pintu bilik Ji Hyo dibuka . Ji Hyo kelihatan kurang sihat . "Eh awak okay tak ?" Tanya Jong Kook cemas .

"Sebab awak lah saya sakit kepala !" Ujar Ji Hyo marah . Jong Kook tergelak kecil .

"Saya dah agak . Nah .." Jong Kook menghulurkan sepapan ubat . "Ni ubat untuk mabuk laut . Elok untuk awak ."

"Terima kasih . Bye !" Ji Hyo mengambil ubat dan terus menutup pintu . Dia sememangnya pening untuk melayan sesiapa . Jong Kook hanya tersenyum .

'Balas dendam nampak .'

GentlemanWhere stories live. Discover now