Bab 11

590 28 3
                                    

Jong Kook berdiri dihadapan pintu utama Future Creative Film Production . Dia menanti kedatangan seseorang , awal dia tiba sehinggakan beberapa orang pekerja di situ memandang aneh Jong Kook . Ji Hyo menuju ke pejabat sambil membetulkan beberapa fail ditangannya . Namun langkahnya terhenti apabila ada seseorang yang menghalang laluannya . Dia memandang gerangan siapakah orang itu . "What tha ? Apa awak nak ?" Tanya Ji Hyo tegas . Jong Kook terus mengambil fail dari tangan Ji Hyo .

"Letak ni di meja cik Song Ji Hyo ." Arah Jong Kook pada seorang pengawal . Pengawal itu menurut kata Jong Kook .

"Apa masalah awak ni ?!"

"Kita kena berbincang . Saya dah minta cuti untuk awak hari ni . Jom ." Jong Kook terus menarik Ji Hyo , terkedu gadis itu seketika . Mereka masuk ke kereta Jong Kook .

"Apa posisi awak dalam syarikat saya sampai awak berhak aturkan hidup saya ?" Tanya Ji Hyo tegas apabila Jong Kook mula menghidupkan enjin .

"Saya adalah penulis skrip untuk Star Filming Production . Dan saya diarahkan untuk berbincang dengan awak perihal movie baru . Movie yang membuat syarikat kita bekerjasama ." Ji Hyo diam , dia memandang Jong Kook . Sungguh dia tidak percaya lelaki dihadapannya itu adalah seorang penulis skrip sepertinya .

Ji Hyo dan Jong Kook mengambil tempat yang agak berjauhan dari orang di restoran itu . "So yang Filem Six tu . Saya dan awak bekerjasama untuk skrip ?" Jong Kook mengangguk dengan tekaan Ji Hyo . Makanan telah dipesan . Mereka hanya perlu menunggu untuk makanan tiba .

"Saya belanja ni untuk buktikan saya bukan culik awak tapi saya akan bekerja dengan awak dibawah satu filem ." Ji Hyo tergelak kecil dan mengangguk faham .

"Saya tak tahu pun awak penulis skrip .."

Jong Kook tersenyum . Sudah agak itu yang akan ditanya oleh gadis itu . "Awak tak tanya . Buat apa saya nak bagitahu . Tapi sekarang yang penting kita kena hasilkan skrip yang bagus untuk filem ni ."

Ji Hyo mengangguk yakin . "Betul !" Kedua dua penulis skrip itu tersenyum manis . Ah ! Bagaikan sepasang kekasih . Yang bercinta pun iri hati melihat kemesraan dalam diam mereka .

Jong Kook masuk ke pejabatnya . Satu masalah selesai . Kerja yang Encik Jae Suk bagi memang memberinya peluang untuk lebih mengenali Ji Hyo . Sedang dia berangan di dalam pejabatnya . "Kook !" Haha menegur secara tiba tiba .

"Apa dia Haha ?" Tanya Jong Kook aneh . Haha tergelak kecil dan terus duduk berhadapan Jong Kook .

"Kau tahu tak yang kita akan adakan majlis tari menari dengan Future Creative Filming Production ." Haha menerangkan aktiviti syarikat mereka . Jong Kook terkejut kecil .

"Tari menari ? Kau biar betul ?"

Haha mengangguk . "Betul ! And setiap pekerja kena bawa pasangan ." Jong Kook tergelak kecil .

"Aku nak bawa siapa hah ?"

"Entah yang penting aku ajak Byul ." Jong Kook menjeling kecil Haha .

"Untung ada pasangan . Nanti pandai pandai aku lah cari ." Jong Kook berkata selamba . "Kau nak cakap pasal ni je ke ?"

"Ya lah . Aku nak kau cari pasangan cepat cepat untuk majlis tu ." Haha terus bangun dan mentertawakan Jong Kook . Panas hati Jong Kook apabila kawannya memerli sebegitu .

"Aku nak ajak siapa ?" Ji Hyo mengajukan soalan pada Lizzy .

Lizzy tersenyum sinis . "Ajak lah lelaki yang culik kau tadi ."

"What ? Kau tahu ?"

Lizzy tergelak . "Mana taknya . Ada yang nampak kau keluar dengan lelaki . Kecoh satu office tadi . Tapi kitaorang tahu sebab apa . Filem Six tu kan ?" Ji Hyo mengangguk lega . Kalau boleh dia tidak mahu membawa apa apa kontraversi . "Tapi kau boleh ajak dia ."

"Kitaorang bukannya kenal pun , tiba tiba nak ajak ."

"Kalau kau tak ada pasangan , kau tak boleh datang majlis tu nanti ."

Jong Kook duduk di dalam biliknya . Dia mula merancang sesuatu , boleh dikatakan agak kejam dan nakal . Sehelai kertas merangka semua perancangannya . Rancangan untuk majlis tari menari minggu hadapan . Telefon diambil dan menaip beberapa patah perkataan . Buat beberapa minit balasan pesanan diterima , Jong Kook tersenyum dan segera bersiap .

"Anyeong .." Ujar Jong Kook pada Ji Hyo yang menantinya di meja makan .

Ji Hyo hanya tersenyum . "Hm, ada apa nak jumpa hari ni ? Belanja dinner pula tu ." Tanya Ji Hyo kerana seharusnya esok mereka akan bertemu memandangkan semalam Ji Hyo memberitahu bahawa jadual petangnya pada hari ini agak sibuk .

"Saya cuma nak makan dengan awak je ." Seorang pemain violin datang memetik lagu untuk mereka. Ji Hyo diam namun mindanya memutarkan banyak kemungkinan . Mereka menikmati makanan yang terhidang . Jong Kook tersenyum . Dia meletakkan garfu dan pisaunya tanda dia selesai makan . "Ji Hyo .."

"Ya ?" Ji Hyo terus memandang Jong Kook.

"Awak tahu kan syarikat kita ada adakan majlis tari menari ?" Jong Kook bertanya , Ji Hyo hanya mengangguk kecil . "Dah ada pasangan ?"

Ji Hyo tergelak kecil . "Siapa je saya ada . Kenapa ? awak nak jadi pasangan saya ?"

Ji Hyo sengaja bergurau namun Jong Kook mengangguk dengan yakin . Ji Hyo terkedu dengan jawapan Jong Kook . "Kita jadi pasangan untuk majlis tu boleh ?" Tanya Jong Kook .

Entah mengapa hati Ji Hyo mula berbunga. Dia mengangguk bersetuju, tidak tahu gembira kerana apa . Sama ada kerana sudah ada pasangan atau kerana pasangannya adalah Kim Jong Kook . "Thank you ." Jong Kook memegang tangan Ji Hyo perlahan . Langkah pertama selesai . Ujar Jong Kook dalam diam.

Haha pelik melihat kelakuan Jong Kook pada pagi itu , awal awal lagi Jong Kook masuk ke bilik majikannya , Yoo Jae Suk . Beberapa minit kemudian , Jong Kook pun keluar dari bilik itu . "Kau buat apa bro ?" Tanya Haha sebaik sahaja Jong Kook keluar .

"Aku bincang pasal Filem Six tu ." Haha hanya mengangguk , Filem Six memang merupakan sebuah lagi filem yang mungkin akan mencapai kutipan tertinggi kerana inti sari filem itu adalah terbaik . "Oh aku dah ada pasangan ." Jong Kook memberitahu Haha .

"Siapa ? Partner skrip kau ke ?" Tanya Haha , Jong Kook mengangguk . "Bagus bagus . Dapat juga lah kau datang ."

Jong kook memandang Haha tajam . "Apa kau ingat aku tak boleh datang ?"

"Kau rasa ?" Jong Kook menumbuk Haha kuat sebelum meninggalkan Haha yang kuat mengusiknya .

Ji Hyo pulang ke rumah keluarganya . Bosan apabila terlalu lama duduk di rumah miliknya . "Hah Ji Hyo , appa nak bagitahu sesuatu ni ." Jae Suk menyertai Ji Hyo yang duduk di ruang tamu .

"Apa ya appa ?" Ji Hyo memandang Jae Suk serious , tidak dapat menduga apa yang perlu dibincang .
"Kan ada 4 bulan lagi kan sebelum Ji Hyo dapat waris syarikat .."

"Hah ya .."

"Appa akan kurangkan lagi sebulan tempoh kalau Ji Hyo setuju nak kahwin dengan jejaka pilihan appa ." Ji Hyo tergelak dengan kata kata appanya .
"Appa .. daripada Ji Hyo kahwin lebih baik tunggu 4 bulan ." Sesekali dia menggeleng , baginya itu adalah lawak . Jae Suk hanya tersenyum dengan tawa anaknya .

"Appa bagi peluang je ."

"Tak apa lah appa ." Ji Hyo tersengih sengih menahan tawa .

Ji Hyo mengenakan baju blouse hijau untuk berjumpa Jong Kook pada petang itu . Ringkas dan cantik. "Appa , Hyo pergi dulu ." Ji Hyo mencium Jae Suk dan terus berlalu pergi .

GentlemanWhere stories live. Discover now