Bab 2

791 39 1
                                    

"Lambat lambat !" Ji Hyo tergopoh gopoh membawa kereta untuk mencari tempat meletakkan kenderaan , hampir penuh kesemuanya sehingga dia tidak dapat mencari tempat yang kosong . "Oh itu !"

"Ting ! Dah dapat akhirnya !" Jong Kook terus memandu masuk keretanya ke tempat meletakkan kenderaan yang kosong .

PINN PINN ! Hon yang kedengaran seperti hon kecemasan dibunyikan bertalu talu . Hampir terkejut Ji Hyo apabila sebuah kereta masuk tiba tiba di kawasan yang ingin dia ambil . Jong Kook keluar terburu buru , takut ada sesuatu yang berlaku .

"Tak nampak ke ada kereta nak masuk ?!" Ji Hyo bersuara tinggi . Mana tidaknya , kalau bukan kerana kecekapan memandunya pasti akan ada kemalangan berlaku .

Jong Kook mendekati kereta yang membunyikan hon padanya untuk menebus kesilapannya . "Maaf tapi saya dah lambat . Saya tak perasan awak .." Jong Kook terkejut saat matanya dan Ji Hyo bertembung .

"Awak lagi ?!"

Ji Hyo mendengus kasar . "Kenapa awak selalu bawa masalah untuk saya ? Awak fikir awak seorang je ke yang lambat ? Saya pun sama lah !"

Jong Kook menggeleng . "Siapa dapat dulu , dia lah dapat . Lebih baik awak cari tempat lain ." Ujar Jong Kook dan ingin berlalu pergi , Ji Hyo mencebik masam . Jong Kook perasan ada satu kereta yang baru keluar .

"Tak gentleman betul mamat ni !"

Jong Kook menuju semula ke kereta Ji Hyo . "Tu , sana ada kosong . Lebih baik ambil tempat tu sekarang . Bye !" Jong Kook terus berlalu pergi apabila memberitahu Ji Hyo kawasan yang boleh dia letakkan kenderaan .

Ji Hyo memandang kelibat Jong Kook yang berlalu pergi . Dia tersenyum sinis dan menuju ke kawasan kosong yang ditunjukkan oleh Jong Kook tadi .

"Apahal lambat ?" Yoona sengaja memarahi Ji Hyo .

Ji Hyo memeluk Yoona . "Sorry lah . Aku bangun lewat sikit tadi ." Yoona tergelak kecil .

"Kau memang . Dah jom kita sarapan ." Ji Hyo mengangguk bersetuju .

Begitu lah selalunya kehidupan sehariannya . Setiap pagi dia akan bersarapan di Café House dan menuju ke tempat kerja yang agak jauh dari café tersebut untuk bekerja . Dia dan Yoona tidak sama tempat kerja jadi di situ lah mereka meluang masa bersama .

"Eh Hyo . Encik Suk Jin nak jumpa kau sekarang ." Lizzy memberitahu saat Ji Hyo melewatinya .

"Ada skrip baru ke ?"

"Tak sure ." Ujar Lizzy . Kerana dia sendiri tidak pasti mengapa Suk Jin memanggil Ji Hyo .

KNOCK KNOCK ! Pintu diketuk perlahan . "Ya masuk ." Ji Hyo masuk ke dalam pejabat apabila diizinkan .

"Kenapa tuan nak jumpa saya ?" Tanya Ji Hyo dengan aneh . Suk Jin tersenyum .

"Awak dapat cuti seminggu . Tempat penginapan dan makan minum selama seminggu telah disediakan ."

Ji Hyo kaku seketika . "Tapi untuk apa ?"

"Bonus awak sebagai pekerja yang rajin dan berdedikasi ."

"Saya tak mimpi ke tuan ?"
Suk Jin tergelak kecil . "Tak Hyo . Awak boleh balik sekarang , saya tahu mesti awak penat sangat sejak kebelakangan ni kan ?"

"Hehe terima kasih tuan . terima kasih banyak banyak !" Suk Jin mengangguk kecil , terburu buru gadis itu keluar .

"YAYYY !" Ji Hyo bersorak gembira . "Aku dapat cuti ! Bye semua !"

Hotel Sunshine menjadi hotel penginapan buat Ji Hyo . Dengan udara segar dari Pantai Flows , dia merasakan ketenangan yang begitu menyenangkan . "First day ." Dia tersenyum dan masuk ke Hotel Sunshine menuju ke kaunter .

"Hai ! Selamat datang . Boleh saya bantu ?" Ujar penjaga kaunter dengan mesra .

"Saya Song Ji Hyo . Future Creative Filming Production ada buat tempahan bilik untuk saya ."

"Sebentar ya ." Wanita yang menjaga kaunter meneliti sesuatu di skrin komputernya . "Bilik cik dah sediakan ." Kunci yang berada di belakang wanita itu diambil . Kunci bilik 204 menjadi kepunyaan Ji Hyo . "Semoga bergembira . Beg cik pekerja kami akan bawakan ."

"Excuse me ?"

Penjaga kaunter beralih ke arah pelanggan yang seterusnya . "Hai ! Selamat datang. Boleh saya bantu ?"

Ji Hyo terus menuju ke lif . Seorang pekerja datang ke kaunter dan mengambil beg untuk dibawa ke bilik Ji Hyo .

"Terima kasih ." Ujar Ji Hyo pada pekerja yang membantunya membawa beg . Pekerja itu mengangguk kecil dan berlalu pergi .

Beg yang bercorak kulit harimau bintang dibawa masuk ke biliknya . Ditarik dengan sepenuh tenaga dan diletakkan di atas katil .

Zip dibuka perlahan . Satu per satu baju dibelek . "Aik ? Sejak bila aku bawa baju ni ?" Ji Hyo menggaru kepalanya yang tidak gatal . Beg diteliti lagi . "Huish . Dengan gel rambut lagi . Sah lah aku tak pakai !" Ji Hyo terkejut .

"O emm gee ! Entah entah beg aku dah tertukar ! Tapi dengan siapa ? Dah lah ada barang aku ! Oh no !" Ji Hyo tergesa gesa keluar dari biliknya sambil menarik beg yang tidak pasti miliknya .

"Hai cik ! Kenapa ya ?" Tanya wanita yang menjaga kaunter .

"Saya rasa beg saya dah tertukar lah ." Ujar Ji Hyo gelisah .

"Tertukar ??"

Seorang lelaki menarik beg yang bercorak kulit harimau bintang dan muncul dari arah bertentangan Ji Hyo muncul . "Cik , saya rasa beg saya dah tertukar lah ." Ujar lelaki itu sebaik sahaja tiba di hadapan si penjaga kaunter .

"Saya rasa tu beg saya lah .." Ji Hyo bersuara . Lelaki itu berpaling pada Ji Hyo .

"Yah ! Awak lagi ?!" Ji Hyo berkata dengan nada terkejut . Jong Kook juga agak terkejut apabila sekali lagi bertemu dengan Ji Hyo .

"Kenapa kalau saya ?" Tanya Jong Kook

"Sebab awak bawa masalah ! Ish , asal masalah je dengan awak !" Ji Hyo memandang Jong Kook dengan pandangan geram .

"Dah ! Bagi beg saya tu . Nasib baik saya nampak dress awak je ." Jong Kook menghulurkan beg Ji Hyo dan menyambar begnya kasar dari Ji Hyo . "And thank you pulangkan beg saya ." Jong Kook terus berlalu pergi . Sekali lagi Ji Hyo mendengus kasar apabila terserempak dengan Jong Kook . Beg ditarik dengan kasar dan dia terus menuju masuk ke lif untuk ke biliknya .

GentlemanWhere stories live. Discover now