Bab 3

658 35 0
                                    

"Apahal lah nasib aku , asyik-asyik jumpa mamat tu . Dah lah jumpa , lepas tu ditimpa musibah. Memang malang betul nasib aku ."

"Ish perempuan tu . Asal terserempak je mesti ada yang nak digaduhkan . Perempuan perempuan ."

"Tapi dia nampak adorable ."

"Cantik ."

Jong Kook bangun , malam menjelma . Dia tidak sedar dari pukul berapa dia tertidur . Dia menuju ke balkoni bilik hotelnya . Regangan badan dilakukan . Ji Hyo melakukan senaman ringan di balkoni rumahnya dan matanya ternampak sesuatu . "Masalah" berada di hadapannya .

"Cantik betul pemandangan malam malam macam ni ." Jong Kook menongkat lengannya pada balkoni , ditatap langit penuh minat .

"Apa yang dia suka sangat dengan langit ?" Ji Hyo turut memandang langit . Ribuan bintang yang berkelipan menarik perhatiannya . Cahaya bulan mencerahkan malam yang gelap .

Jong Kook memandang Ji Hyo yang turut memandang langit. Dia tersenyum kecil . "Dia pun suka tengok langit ?" Mata Jong Kook tertumpu semula pada langit . Dan pada detik itu , dua insan yang saling bertikam lidah mula harmoni dengan adanya bintang bintang .

Ji Hyo turun untuk makan malam . "Ji Hyo !" Ji Hyo memandang empunya suara yang memanggilnya .

"Eh Gary ?" Kang Gary tersenyum manis apabila gadis itu mengingatinya .

"Tak sangka Hyo ada dekat sini ."

"Hyo pun tak sangka Gary ada dekat sini . Dah lama ke Gary kat Korea ?"

"Baru je . Jom Gary belanja Hyo makan, dapat kita borak lama lama ."

Ji Hyo tergelak kecil . "Boleh juga tu . Hyo pun lapar ."

Gary dan Ji Hyo tiba di Restoran Sunshine , sebuah restoran yang disediakan di dalam hotel tersebut . Mereka berpisah seketika untuk mengambil pilihan makanan masing masing . Ji Hyo menuju ke bahagian Sup . Dia memesan Sup sayur dan ayam . Sesuai untuk malam yang agak sejuk .
"Emm sedap .." Pujinya semasa membawa makanan . Tiba tiba .. SPLUSHH ! Ji Hyo terlanggar Jong Kook . Jong Kook yang terkejut dengan pelanggaran yang tiba tiba itu telah dengan tidak sengaja menjatuhkan sup sayur dan ayamnya .

Jong Kook hanya mengeluh apabila bajunya basah terkena sup yang masih suam dan hanya memandang kosong supnya . Ji Hyo cepat cepat meletakkan makanannya di atas meja secara rawak .

"Aigoo ! Mianhae !" Ji Hyo keliru ingin membuat apa. Lalu dikeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya dan mengelap sup yang tertumpah di baju Jong Kook .

"Boya ? Okay tak ?" Tanya Gary apabila menghampiri Ji Hyo .

"Tak ada apa apa ." Jong Kook mengambil sapu tangan dari Ji Hyo dan mengelap bajunya agar tidak begitu basah .

"Tapi .."

"Tak apa tak apa ." Jong Kook terus beredar sambil masih mengelap bajunya . Ji Hyo mula serba salah .

Dia mengambil makanannya dan meninggalkan Gary . Gary terdiam , dia faham Ji Hyo pasti ingin menebus kesilapannya .

KNOCK KNOCK ! Ji Hyo mengetuk pintu bilik seseorang . Jong Kook bangun dari katilnya dan mengenakan T Shirt ringkas untuk membuka pintu . "Hai .." Ujar Ji Hyo sebaik sahaja Jong Kook membuka pintu .

Jong Kook menghendap keluar kiri dan kanan . Kemudian dia memandang Ji Hyo pelik . "Macam mana awak tahu bilik saya ?"

"Saya tanya kaunter ."

Jong Kook mengangguk kecil . "Nak apa ? Nak tidur dengan saya ?"

"Eh , awak ni okay tak ?"

Ji Hyo terkejut kecil dengan pertanyaan Jong Kook yang agak merepek baginya . "Habis tu , nak apa ?"

"Saya nak bagi ni .." Ji Hyo menayangkan sebungkus sup sayur dan ayam pada Jong Kook . Jong Kook tergelak kecil .

"Tak patut awak buat semua ni . Saya boleh beli yang lain ." Ujar Jong Kook , kali ini dia yang serba salah .

"Dah jangan banyak cakap . Ambil je lah . Orang dah beli kan ."

"Saya tak suruh awak belikan ."

Ji Hyo menahan geram . "Saya beli atas dasar kemanusiaan . Ambil atau saya tumpahkan lagi ."
Jong Kook memandang Ji Hyo tidak percaya . "Pembazir ."

"Tak !"

"Habis tu kenapa nak tumpahkan ?"

"Ugutan ."

"Sila lah tumpahkan ." Jong Kook seakan memaksa Ji Hyo . Jengkel . Itu yang dirasakan oleh Ji Hyo saat itu .

"Bagi saya mangkuk ."

"Untuk apa ?" Tanya Jong Kook aneh .

"Untuk saya tumpahkan dalam mangkuk . Nanti senang awak makan ." Jong Kook tergelak kecil dengan jawapan Ji Hyo .

"Okay fine ." Jong Kook mengambil bungkusan sup dari Ji Hyo . "Terima kasih cik . Anyeong !" Jong Kook terus menutup pintu .

"Ugh . Tak gentleman sangat sangat sangat mamat ni ." Ji Hyo merungut sebelum berlalu pergi dari kaki lima bilik Jong Kook .

GentlemanWhere stories live. Discover now