chapter 10

85 9 0
                                    

"Suga,nampaknya sekali lagi aku hilang peluang nak boleh boyfriend..."Nami buat muka sedih sambil makan ais krim.
"Cari lain lahhh..."Suga buat muka tak peduli dan hanya fokus pada ais krimnya.
"Senang kau cakap...ingat diaorang ade jual kat shopping mall ke???"Nami tak puas hati dengan Suga.
"Alaaa,kalau takde lelaki dalam dunia ni yang sanggup jaga kau,aku kan ade....aku boleh jaga kau nye...setakat badan sekeping macam ni..boleh je aku bagi kau makan 6 kali sehari.."Suga mengutuk Nami tanpa perasaan.
"Sape nak hidup dengan kau...lebih baik aku hidup sorang macam ni..keje asyik tidur je...dahlah,aku nak tidur...penat melayan kau ni..."Nami bangun dan berjalan masuk ke rumahnya.
"Wei...patutnya aku yang cakap begitu...ayat aku tuuuuu" Suga melaung kepada Nami yang sudah masuk ke dalam rumah.
Tiba-tiba telefon Suga berdering dan Suga menjawap segera. Wajahnya bertukar serius. Sebelum balik ke rumahnya,Suga memandang tingkap bilik Nami dengan wajah yang sayu.
DI SEKOLAH
"Hyung..."Suga memanggil Kai untuk bertemu tanpa pengetahuan Nami.
"Kenapa hyung nampak kamu ni macam ade masalah je???"Kai hairan dengan Suga yang mendiamkan diri dari tadi.
"Hyung,macam mana kita nak tahu kalau seseorang tu ade perasaan jugak kat kite??"Suga bertanya seperti budak kecil.
"Haiihhhsssss..ni mesti kes Nami lagi kan..."Kai cuba menduga Suga.
"Macam mana...."muka Suga bertukar merah.
"Mana ada lelaki yang sanggup tahan dengan perangai gila Nami tu...kecualilah kamu suka kat dia kan..."kai tersenyum.
"Entahlah hyung..dah macam-macam hint saya bagi kat Nami..tapi dia buat tak tau je...tak tahulah samaada dia betul-betul bengap ataupun dia takde perasaan yang sama terhadap saya.." Suga merenung ke langit.
"Anyway,hyung...tolong tengokkan Nami ye..saya kena balik ke England esok..ade hal kecemasan..maybe dua tiga hari..saya tak bagitau Nami sebab tak nak dia risau..jadi minta tolong hyung ye.."Suga memandang Kai dengan wajah risaunye.
Kai hanya tersenyum. Nampaknya dah sampai masanya aku balas jasa mereka....Kai berkata dalam hati.

You Not My Mr.RightWhere stories live. Discover now