PROLOG i
Oktober 2008, LondonMUZIK bingit menghanyutkan manusia-manusia yang sedang ligat menari di tengah kota London. Keadaan tidak terkawal seperti ini merupakan pemandangan yang biasa untuk dia. Melihat pelbagai ragam spesies yang sama sepertinya. Pelik, bagaimana manusia punya perspektif dan cita rasa yang berbeza, padahal, dunia tetap bulat dan manusia tetap manusia.
Dari tempat dia selalu berdiri dan menanti, di situlah dia sering memperbaharui pendapat tentang dunia. Sehingga Nelson datang dan memaklumkan yang Jo sudah sedia menanti di tingkat atas, dia sekadar bersandar di suatu sudut kelab tersebut. Hud kepala setia menutupi sebahagian wajahnya membuatkan dia digelar 'Unknown Black' oleh segelintir pengunjung setia yang datang ke situ. Lelaki kah? Atau... perempuan kah?
Tiada siapa yang berani untuk ambil tahu.
"He's ready," bisikan Nelson dari arah belakang seperti yang dijangka, membuatkan dia akhirnya melangkah keluar dari tempat persembunyian. Menyusuri kelompok manusia yang sedang ghairah di lantai menari bukan sesuatu yang baharu. Anak tangga untuk naik ke atas didaki satu persatu.
Ada antara mereka yang sedar aura 'Unknown Black' sedikit berlainan pada malam ini. Langkahnya seakan-akan sarat dengan bau darah walaupun, hakikatnya, dia tidak pernah sekali pun mencemarkan cecair itu pada tubuh sendiri.
Renungan dan bisikan hanya membuktikan yang dia digeruni dan untuk itu, 'Unknown Black' berasa sedikit selesa untuk kekal melangkah. Tiba di hadapan Jo, wajah misteri itu akhirnya didedahkan.
Jo tersenyum senang apabila melihat wajah yang dinantinya sudah datang. Kepalanya dipanggung, memandang tepat ke arah 'anak kesayangannya' yang berdiri santai sambil menunggu arahan seterusnya. Sampul berwarna putih diberikan sebelum Jo berdiri dan mengusap lembut kepala anak itu.
'Unknown Black' lantas mengeluarkan isi sampul, kemudian gambar di tangan ditatap lama.
"Malcolm Frazier. One of the HVL's trusted partner," jelas Jo dengan lebih teliti.
"I know him," ujar Unknown Black dingin dan terusan menatap gambar Sir Malcolm yang sering kali datang ke rumah. Malah, orang kepercayaan Tan Sri Hadi yang seorang ini sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Ini bukan yang pertama.
"No security, no bodyguard in sight. Ten minutes and you're done." Pistol yang direka khas untuk kegunaan Unknown Black dikeluarkan dari poket belakang lalu diserahkan kembali kepada pemilik asal senjata tersebut.
"Three minutes. I need to be at home before they're awake." Tanpa teragak-agak, Unknown Black menyelit pistol itu ke dalam poket sweater. Dalam mindanya ligat merangka dari sudut manakah yang dia patut sasarkan supaya urusan ini cepat selesai sebelum Tan Sri Hadi dan keseluruhan isi rumah sedar akan kehilangannya.
Jantung?
Otak?
Kedua-duanya?
Reaksi yang diperolehi, memuaskan hati Jo. Dia tahu, dia tidak akan dihampakan dan tak mungkin akan pernah. Dia, adalah segala-galanya untuk 'Unknown Black'. Sepanjang empat tahun dia 'mengenggam' anak gadis itu, rancangannya tidak pernah gagal.
Bagi Jo, gadis itu adalah anak gadisnya dan bagi gadis itu, Jo adalah keluarga kandungnya.
"Do not fail me."
Gadis itu tersenyum sinis.
"Do I ever fail you?"
Untuk pertama kalinya, pada saat itu, Jo mampu tersenyum lebar dan menghembuskan nafas lega.
YOU ARE READING
FLAW/LESS
Random"Hidup ni bukanlah suatu jalan yang rata dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga... darah." "Even if... I've killed someone, I can't remember it. Hang rasa tu adil ka untuk semua orang?! Because I'm sure don't see anything...