'Fakhrullah'
"HARRIES, she's gone."
Tak!!!
Tak, tak. Tak mungkin. Tak!
Bayangan yang sangat tidak menyenangkan. Tergapai-gapai aku di permukaan, kembali menghirup udara. Sebelah tangan mengaut dinding kolam dengan erat. Oksigen terus disedut ke dalam badan.
Kenapa imej itu selalu aku bayangkan? Aku tak nak dia pergi.
Telefon di atas lantai yang tidak jauh dari kolam renang berdering beberapa kali. Setelah penafasan semakin teratur, aku terus memanjat keluar dari kolam lalu mencapai telefon bimbit.
Sambil mengelap wajah yang basah, telefon dikepitkan ke bahu.
"Then... I will return to London immediately," ujarku sebaik saja pemanggil selesai berbicara.
"Take your time Mr. Harries. Family comes first, I believe." Suara dalam Sir Leo bergema di telinga.
"Aye, sir."
"Everything is going well over there?" Penuh prihatin lelaki warga Belanda itu bertanya. Untuk orang bawahan seperti aku, layanan sebegini amat jarang berlaku.
Sir Leo, ketua pengarah British Airways, bertanyakan keadaan salah seorang juru terbang yang paling bermasalah. Bukan sesuatu yang mengejutkan.
Sejujurnya, aku tak tahu apa yang sedang berjalan dengan baik sekarang ni.
Insyirah...
Selesai saja kerja papa di Itali, aku pula sudah mula bekerja setelah sebulan bercuti. Sekejap saja sudah 7 Disember. Dan dah seminggu gadis itu terlantar di hospital.
Insyirah... apa sebenarnya dah jadi?
"Yes. Thank you for your concern, sir." Tak lepas mata dari memandang bintang- bintang di langit. Pemandangan yang agak berbeza daripada balkoni rumah di LA. Saiz bintang-bintang di Malaysia, tampak sedikit kecil.
Oh ya... telescope!
Sambil berbaring, aku cuba melelapkan mata sekejap. 15 minit pun jadilah, janji aku boleh berehat. Memang hasrat hati untuk terus menerpa ke hospital, tapi papa bertegas supaya aku tenangkan fikiran dulu sebelum ke sana. Rasa penat, terus-terusan menyerang segenap anggota badan saat ini.
Tadi berenang sakan, tak kenal erti penat pun.
'Kita tak kahwin lagi, jadi sila keluar...'
Tak dapat aku menahan senyum apabila terkenangkan momen itu. Kebelakangan ini, sukar sekali untuk aku lelapkan mata tanpa imej Insyirah terbayang di minda.
Aku terjaga apabila suara papa memanggil.
"Papa nak pergi dah?" Soalku dengan nada yang lemah.
"Waiting for you to wake up. Lena tidur?"
Aku mengangguk dan terus bangun dan bersiap.Rasa berdebar kian menakluki mental dan fizikal. Berdasarkan khabar berita daripada Rafael, sejak dikejarkan ke hospital seminggu yang lalu, Insyirah... masih tidak sedarkan diri.
"Berapa jam Fakhruallah tertidur?" Aku menyoal sebaik saja keluar dari bangunan hotel menuju ke kereta.
"All day long, son."
Tu dia... sepanjang hari aku tidur. Tak pernah-pernah.
Perjalanan dari hotel ke hospital tidak mengambil masa yang lama. Setelah menurunkan papa terlebih dahulu, aku memakirkan kereta bersama susunan kenderaan yang lain.
YOU ARE READING
FLAW/LESS
Random"Hidup ni bukanlah suatu jalan yang rata dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga... darah." "Even if... I've killed someone, I can't remember it. Hang rasa tu adil ka untuk semua orang?! Because I'm sure don't see anything...