'Insyirah'
MASA yang diluangkan bersama Irfan dan Isfan sangat membantu untuk aku bergelak ketawa dan lupakan sekejap masalah.
Sekurang-kurangnya, masih ada mereka berdua yang ambil berat tentang perasaan aku. Walaupun kami jarang berjumpa, hubungan kakak dan adik boleh dikatakan masih rapat. Perangai keanak-anakan Irfan dan Isfan yang nakal, manja, demanding... tak ubah seperti si kecil Damien.Bunyi pintu bilik dibuka membantutkan niat aku untuk melayan mimpi. Aku bangun daripada katil dan kelihatan Lin dengan troli kecilnya.
Oh, nak kemas bilik rasanya.
"Hey!" Ucapku.
Lin yang sibuk mengambil barang dari troli melatah terkejut. Aku tertawa kecil lalu menolong mengutip bekas-bekas kecil yang jatuh.
"Eh, cik. Saya tak perasan yang cik ada dalam bilik. Ingatkan keluar sebab saya nampak pengawal..."
"Awak okey?" Celahku.
"Haa?' Soalnya kebingungan.
"Tak... tadi masa kat lobi saya tengok awak pucat. Sakit ke?" Soalku lagi sambil menyerahkan kembali botol syampu dan losyen ke tangan Lin.
"Sihat, sihat. Saya cuma sakit perut ja tadi pagi. Tak ada apalah," balasnya kalut.
Aku mengangguk.
"Awak nak kemas kan? Nak saya keluar atau stay?"
Lin menguntum senyuman manis. "Kalau ada teman berbual masa tengah kemas pun boleh juga."
Aku tersenyum sama.
Sambil Lin mengemas, kami berbual. Dari topik makanan, fesyen, kereta dan entah apa-apa lagi topik, kami bualkan.
Bercakap tentang dirinya, Lin baru saja berkerja di sini. Aku malas nak ambil tahu tapi dia sendiri yang cerita, jadi aku dengar dengan setia.
"Apa kata saya tolong awak?" spontan aku berkata sambil berbaring di atas katil yang baru saja Lin rapikan.
Dia memandang aku dengan dahi berkerut.
"Janganlah main-main cik. Kerja ni untuk orang macam saya ni-"
"Orang macam awak? Kenapa? Awak orang apa?"
"Maksud saya, kalau pihak atasan tahu, takpun, Dato' Sri tahu... habislah saya. Cik tu orang berada. Saya cuma saya. Apa tu orang kata? Jaga imej?" tuturnya lembut.
Jaga imej apanya kalau aku bukan sesiapa dalam membuat keputusan untuk diri sendiri?
"Saya serius la. Sebagai tanda terima kasih sebab awak layan saya dengan baik 2 hari ni, bagilah saya tolong. Tolong teman pun tak apa."
Sekali lagi Lin memandang aku dengan wajah menyerah kalah.
Wuuu, 1-0!
"Lepastu bodyguard cik kat depan pintu tu..."
"He won't be here for the next 2 hours."
Tiba-tiba Lin tersenyum meleret.
"Rasa macam tengah buat plan jahat pulak kita ni." Dia tertawa kecil.
** ** ** ** **
TEPAT jam 3 petang, kami berdua keluar dari bilik dan berjalan di sepanjang koridor, mencari bilik yang tergantung sekeping kad di luar pintu, menyatakan yang ianya memerlukan perkhidmatan pembersihan.
Tak banyak, jadi selesai di tingkat 26, kami naik ke tingkat 27. Tingkat yang menempatkan tetamu VVIP atau tetamu istimewa yang datang menginap. Seperti dua tempat berbeza kalau nak dibandingkan bilik-bilik biasa dengan bilik-bilik di sini. Sesuai menggambarkan yang bukan calang-calang orang boleh menempah bilik di tingkat 27.
YOU ARE READING
FLAW/LESS
Casuale"Hidup ni bukanlah suatu jalan yang rata dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga... darah." "Even if... I've killed someone, I can't remember it. Hang rasa tu adil ka untuk semua orang?! Because I'm sure don't see anything...