'Fakhrullah'
TERASA penat dan sangat letih, aku mengambil keputusan untuk duduk sekejap sebelum naik ke bilik. Tanpa menghiraukan orang sekeliling yang memerhati, aku duduk di salah sebuah kerusi yang masih kosong walaupun sedar ada seseorang yang sedang duduk di situ.
Sekejap ja. Lagipun tempat lain dah penuh. Aku menyandarkan badan dengan selesa lalu memejamkan mata untuk beberapa minit.
Dah dua hari aku dekat sini, masih juga tak rasa tenang macam yang Fathullah gambarkan.Bersiar-siar tepi pantai pun, hanya memburukkan lagi keadaan. Buat aku teringatkan pemandangan laut dari rumah di Malibu.
Haih...
Seketika kemudian, aku terdengar keluhan kecil. Terlupa pula yang aku dah duduk di meja seseorang. Perlahan-lahan mata dibuka dan apa yang menyambut penglihatan mataku adalah sesuatu yang agak sukar ditafsirkan.
Pelik.
Aku tak boleh berhenti merenung. Dan aku tak mahu berhenti.
Okey, makin pelik pula fikiran aku sekarang. Teruja semacam asal?
Bukannya aku tinggal di dalam gua, tak pernah melihat perempuan secantik ini.
Tapi, tak dinafikan bahawa wajah cengkung itu kelihatan tenang sekali. Orangnya berkulit putih kemerahan. Rambutnya berwarna merah keperangan. Warna yang sering disebut 'redhead'. Walaupun sekadar berpakaian secara kasual, dia masih kelihatan menarik.
Rasanya perempuan ini bukan orang Malaysia. Tengok rambut pun dah boleh agak. Warna asli merah, bukan diwarna dengan pewarna rambut.Macam... Snow White. Snow White berambut merah.
Eh, dah macam anime!
Dia sedang asyik bercakap dengan seseorang di telefon bimbit. Sekejap wajahnya mencebik, sekejap wajahnya tersenyum, sekejap pula wajahnya berkerut-kerut. Apalah yang dibualkan?
Lawak.
Um, comel?
Baru sahaja aku nak kembali pejamkan mata, suaranya menyapa gegendang telinga. "Okey... ya, janji. Jumpa nanti. Assalamualaikum."
Emmm... Pandai cakap Bahasa Melayu. Islam?
Saat kepalanya menoleh ke arahku, secepatnya mata kembali dipejamkan. Nanti perasan pulak aku stalk dia. Tak pasal-pasal kena tuduh skodeng anak dara orang.
Tak lama, kedengaran pula dia sedang merungut tentang sesuatu. Suaranya walaupun agak perlahan, menarik perhatianku untuk terus mendengar.
Lebih tepat lagi, curi-curi dengar
"Baik lunch terus macamni..."
Mendengarkan itu, tiba-tiba ingatanku bagai di'tembak' dan aku terus teringatkan sesuatu. Jam tangan ditatap.
Lambat dah...
Segera aku menelefon pemandu hotel supaya menyediakan kereta dengan secepat mungkin. Nak minta tolong Aiman, waktu dah tak mengizinkan walaupun mamat tu beria-ia nak bawa aku pergi berjalan-jalan hari ni.
Lantas aku segera bangun menuju ke lif tanpa mempedulikan orang di sekeliling walaupun aku rasa ada sedikit kekecohan di lobi. Mungkin ada selebriti terkenal.
Aduh, tapi macam mana aku boleh terlupa lunch appointment dengan Dato' Fendi?!
Bukan orang lain tapi Dato' Fendi Havilliard.
Tak masuk akal betul!
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku tergesa-gesa masuk dan akibatnya, aku terlanggar bahu seseorang. Dari hujung mata, aku rasa macam kenal tetapi disebabkan nak cepat, aku sekadar mengucapkan maaf.
YOU ARE READING
FLAW/LESS
Random"Hidup ni bukanlah suatu jalan yang rata dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga... darah." "Even if... I've killed someone, I can't remember it. Hang rasa tu adil ka untuk semua orang?! Because I'm sure don't see anything...