Tak Single? Tak Taken?

362 11 0
                                    

Bab 1
Lewat malam sebegini mana lagi lah si Zehrul ni kalau tidak ke kelab tempat yang dikunjungi sejak umurnya masih dialam remaja lagi.
"Rul! Kenapa awal sangat ni?" soal Megat.

"Kau soal ke perli ni?" tanya Zehrul.

"Kau rasa?"

"Meh sini aku kasi kau rasa" mula lah mengengam penumbuknya. Paling pantang diperli.
Mereka didekati dua orang perempuan yang agak seksi penampilannya. Secara tiba-tiba mahu mencium pipi Zehrul namun gadis itu ditolak kemahuannya. Muka Zehrul tanpak tegang kerana dengan beraninya perempuan disebelahnya ini mahu menciumnya. Bukan ke, semua perempuan di kelab ini sudah mengetahui bagaimana lelaki yang bernama Zehrul ini. Tidur sebilik dengan perempuan pun tak pernah inikan pula bercium di kelab yang penuh sosial kesetanan ini.
"MEGAT!!!" Zehrul mengetap gigi cuba ditahan nada suara agar tidak menyakiti hati perempuan itu.
"Er, Irma dengan Zetty pergi dulu.. Kami tengah berbincang sesuatu ni!" ujar Megat.
Dengan kehampaan mereka pun beredar dari situ tetapi bukan dengan senang mereka mahu pergi hanya dengan satu ciuman baru mereka beredar. Beruntungnya Megat kerana mendapat ciuman dari mereka berdua.
Zehrul hanya memandang dengan pandangan yang tajam dan ditambah dengan jelingan membunuh.
"Alah bro tadi Irma nak kiss kau tak nak sekarang.. masuk angin keluar asap?"

"Ee, kau ni panas je telinga aku ni karang penumbuk ni melekat betul-betul baru kau tahu kena buku dengan luas!"

Alamak dah adegan P.Ramlie lah pulak, bezanya dialog dahulu dengan sekarang. Dan juga situasi. "Haha, aduhai lek arr"

Jam sudah menunjukan pukul 8 pagi, kebanyakan orang sudah bergerak menuju ke tempat kerja namun Zehrul masih berada dikatilnya.
Elok benar lah kalau tidur pukul 5 pagi mahu bangun pukul 7 pagi.
Ketukan dipintu menyebabkan dia terbangun akhirnya. Dengan malas dia pergi membuka pintu. Berdiri di situ seorang lelaki dan dua pembantu rumah. Yang seorang memegang kot hitam dan yang seorang memegang tali leher dan kemeja biru laut. Berdecik dia lalu berlalu ke birai katil dan duduk.
"Ada appointment ke Fazril?" soalnya cuba membuka mata seluasnya memandang pembantu peribadinya.
"Ada dengan Tun Rahim di rawang.."
"Pukul?" belum sempat Fazril menghabiskan ayatnya dia sudah memotong.
"Pukul 10 kejap lagi!" katanya dan mengarahkan kedua pembantu rumah itu meletakan pakaianya di sofa.
Zehrul dengan malas juga menarik tualanya dan memasuki bilik air.

Berdiri dihadapan cermin, mengemaskan tali lehernya yang bewarna hitam berjalur biru. Ketampanannya teserkah apabila dia mengayakan rambutnya. Dan dia memasuki sebuah bilik yang menempatkan pelbagai aksesori miliknya dan juga pelbagai item.
Membuka laci kaca di sebelah almari kaca yang juga menempatkan aksesori topi. Laci kaca yang menempatkan jam itu dilihatnya dengan teliti. Matanya tertumpu kepada seutas jam tangan yang berwarna emas.
Belum habis lagi, dia kembali menatap dirinya dicermin di belakangnya.
"Ok!" selesai sahaja mengemaskan diri dia keluar dari biliknya.

Tak Taken? Tak Single?Where stories live. Discover now