Tak Single? Tak Taken?

246 10 0
                                    

Syiha Adyana mulanya berasa tidak mahu mengaku apabila dia dituduh merampas suami orang. Dia akhirnya memutuskan hubungannya dengan lelaki yang sudah beristeri tiga itu. Hai tak kan aku nak kahwin dengan dengan orang yang dah ada tiga kota ingat aku ni apa? Tak ingin aku nak jadi nombor empat anak pulak dah dekat 15 orang mampus aku dikerjanya. Desis hati Syiha.
Dia buat muka selamba sahaja melihat pertengkaran suami yang dimarahi oleh isteri-isterinya.
  "Hello akak, akak, akak, sekalian buat pengetahuan akak,akak,akak, saya dengan suami akak ni memang ada hubungan pun dan sekarang dia dah pun melamar saya tengok ni!" Syiha segaja menunjukan cincin yang diberi lelaki dihadapannya ini.
  "Apa! Eee Darling!" Wanita yang agak gayanya macam isteri muda itu mencubit perut suaminya.
"Sayang awak ni.... dah kenapa? Tak cukup ada si Tina ni ke, awak nak tambah lagi yang muda" marah bininya yang dibelakangnya sambil menarik kedua-dua telinga suaminya.
"Abang! Abang cakap betul-betul.. Betul ke abang lamar dia?" soal Wanita yang dalam lingkungan 50-an memegang lengan suaminya.
  Syiha tersenyum sinis gembira apabila mangsa seterusnya dapat dia putuskan.
"Kita putus! Nah ambik cincin ni!" Dia melemparkan di atas meja.
Semua yang berada di cafe itu memandang kearah mereka sahaja.
Syiha dengan gahnya berlalu keluar dari situ. Sebelum itu dia sempat meminta sehelai kertas dan pen dari kaunter.
  "Ni nanti bagi dekat lelaki itu ye!" pesan Syiha.
  Tidak lama selepas pesanan itu diberikan kepada pelayan. Akhirnya pelayan itu pergi kepada mereka.
  "Hah encik Azhar!"
"Ya?"
   "Ni siapa pulak, hei pompuan kau tak nampak ke kami tengah ajar suami kami ni?"
  "Maaf ada pesanan dari seseorang!"
Isterinya yang disebelah kanannya mengambil kertas ditangan pelayan itu, membulat matanya apabila membaca pesanan itu. Pelayan itu terus berlalu pergi.

   Maaf Sayang Az I tak dapat datang kerana I punya kereta rosak. Jumpa malam ye di apartment bayu.
                                 Dari Sayang Intan

"ABANG!"
"SAYANG!"
"DARLING!"

  Kereta Red Sport milik Syiha dipandu keluar dari parking cafe itu. Dengan hati gembira. Tidak sampai beberapa saat kereta itu hilang dari pandangan pengunjung cafe yang meminati kereta itu.
  "Hello! Diya, tempah kan tiket flight ke Bali, minggu depan i ada shorting di sana!" ujar Syiha. "Mangsa sudah aku tumpaskan, sekarang menunggu mangsa seterusnya!" dia membuka rambut palsu yang pendek dan berperang itu. Dia membelek bibirnya di cermin apabila keretanya berhenti di traffic light.
   "Nasib tak kena tampar..Tidak jadi kes nanti!"
  Meletakan cermin bedak paowedernya di tempat duduk sebelah pemandu. Kereta dipandu dengan tenang menuju ke destinasinya.

Sesampai sahaja Syiha di rumahnya dia terus memandu kereta memasuki garaj. Keluar sahaja dia sudah ditunggu oleh beberapa pembantu rumah dan pembantu peribadinya.
"Selamat pulang Cik Muda Syiha!" ucap semua pembantu di situ.
   "Hah ada apa-apa infor Daniel?"
"Masih tiada!"
  "Mana dia pergi?" melepaskan keluhan berat benar bunyinya. Syiha menyuruh Daniel membawakan beg kerjanya bersama rambut palsu.
  "Hah baru balik Syiha?" tanya seorang lelaki yang umurnya sudah setengah abad itu. Pertanyaan itu menyebabkan langkanya terhenti di hadapan tangga. Nada suaranya amat tegas sampai pembantu rumahnya semua yang ada disitu tertunduk memandang ke lantai.
  "Daddy tak perlu sibuk hal Syiha! Selama ni Daddy bukan ambik tahu hal Syiha pun..Jadi Daddy hal Daddy, Syiha hal Syiha..noktah! easy right?" Syiha berpaling dan terus naik ke atas.
  "Anak kurang ajar!" dia membaling surat khabarnya ke dinding. Pembantu rumahnya mengutip lalu dibawa ke dapur setelah diarahkan Daniel.
  "Sabar Tun Khalid,"
"Daniel awak pembantu peribadi Syiha jadi awak tahu apa dia buat selama hari ini bukan?" soal Tun Khalid Ismadi.
  "Ye! Tapi tidak semua yang saya tahu kerana urusan saya adalah terima arahan dan memberi maklumat tentang kerjanya sahaja selain dari itu tidak ada lagi yang saya tahu!"
Supers! desis hati Syiha. Berguna dapat pembantu peribadi yang pandai simpan rahsia. Dalam masa yang sama Syiha mendengar perbualan antara Tun Khalid dengan Daniel.
Dan dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Masuk ke bilik beg dilemparkan ke sofa. Skaf leher dibuka lalu disangkutkan diatas birai katil. Melabuhkan punggung terlebih dahulu sebelum tubuh sepenuhnya didodoi dengan lena dan mimpi.
Ketukan dipintu membuatkan matanya terbuka serta-merta. Mengerling jam dimeja lampu sebelah kanan katilnya.
"Baru beberapa saat aku lelap! Haish!" Syiha membuka pintu biliknya.
"Maaf Cik Syiha ini beg kerja Cik Syiha!" ujar Daniel menghulurkan kepada Syiha. Dia menyambut, beg sudah pun bertukar tangan.
  Syiha memandang kanan menjenguk sedikit dan mememerhati.
  "Ada infor dari Rezad?"
"Rezad belum infom apa-apa lagi nanti kalau ada saya akan beritahu Cik Syiha"
  "Bagus!"

"Haish kau ni Yol aku dah katakan yang aku nak belanja kau..So simpan je duit kau tu" ujar Rezad. Lelaki yang tegap dan bergaya.
  "Hah ye lah! Thank Zad!"
"Apa thank thank ni kita kan kawan"
  "Iye lah Zad!..Eh tu bukan dia ke..?" Soalnya kepada Rezad yang sedang menungu belin bayarannya.
  "Mana?" Soal Rezad kembali.
"Tu!" dia memandang ke arah seseorang yang memakai switer hitam sedang berdiri seperti menunggu teksi.
  "Eh, jom kejar!!" kata Rezad dia diikuti Amirul dari belakang.
Belum sempat mereka sampai disitu teksi sudah membawa dia pergi.
  Rezad mengeluarkan phone dari kocek seluar jeans birunya. Dengan segera mendail seseoarang.
   "Aduh tak angkat lah"
"Kau mesej je lah" cadang Amirul kepenatan.
"Ok, dah.. Huhh susah betul dapat line kat sini.. dah jom!"
   "Aduhh!!"
"Asal Zad?"
"Kreadit aku habis"
  "Alamak masalah lah kau ni! Nah!" Amirul memberikan phonenya.
  "Ha asal kau buat muka Zad?"
Rezad menekan pembesar suara, dan menunjukan kepada Amirul.
Hah ambik si perempuan operator yang menjawab. Harap maaf, kreadit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan seterusnya. Sila tambah nilai kreadit anda.
Quwang! Quwang! Quwang!...
"Hehe semalam aku OTP dengan Firza!"
"Erk!!"

    Sejak pagi tadi Zehrul tidak melihat Ayahdanya iaitu Tun Arif. Bahkan Bondonya juga entah hilang kemana selepas mengejutkannya tadi. Alih-alih jam tak berbunyi pulak hari ni. Dia mencebik sedikit apabila dia diberitahu oleh pembantu Zetty yang Tun Arif dan Tun Puan Harisyah telah keluar.
"Tok Ayah dengan Tok Mak mana?" Soalnya lagi.
  "Mereka ada di halaman depan sedang minum pagi!"
  Zehrul menmanjangkan lehernya mengintai dari tepi cermin tingkat.
   "Kalau macam tu saya sarapan di halaman jugak lah, awak bawakkan roti bakar dengan jus dan coffe!"
  "Baik Tuan Muda!"

Zehrul melabuhkan punggung dikerusi sebelah tempat Tun Puan Syorah duduk, kelihatan Tun Irman Harris sedang bersenam. Surat khabar atas meja diambil Zehrul.
"Kamu tak kerja ke hari ni Zehrul?"
  "Tak Tok Mak, cuti lah rasa malas pulak nak pergi"
  "Macam mana tak rasa malas kalau badan tu letih! Hah lain kali balik lah awal pagi lagi ye!" ujar Tun Irman Harris sambil menarik nafas. Dah macam tai chi pun ada.
  "Hish! Tok Ayah ni Zehrul keluar dengan Megat je"
  "Tok Ayah tak tanya pun kamu keluar dengan siapa!" Tun Irman Harris duduk disebelah kanan Tun Syorah.
  "Zehrul tahu kemana arah tuju soalan tu!"
"Hish Abang ni biar lah dia berseronok sekali sekala bukannya selalu..Sebulan sekali je saya dapat sarapan dengan cucu Tok Mak ni!" Sampuk Tun Puan Syorah.
   "Hmm memang lah sekali setiap bulan! Sebab yang 29 hari lagi tu dia merayap dengan betina tak senonoh kat luar sana tu!" pedas sekali dia kena das. Bagaikan berapi sahaja hati Zehrul.
  "Tuan Muda Zehrul ada panggilan dari Tengku Putri!" kata Pembantu Zetty.
   "Hah tu nak keluar lah tu! Dah panggil dunia setannya dah panggil" sengaja Tun Irman Harris menguatkan sedikit Setannya itu.
  Zehrul mengetap bibir, dia terus berjalan masuk kerumah.
"Abang ni kenapa? Kesian Zehrul tau!"
"Awak ni sikit-sikit kesian, sikit-sikit kesian, habis tu apa yang banyaknya?"
"Kesitu pulak! Sabar lah abang!"

  Tersentuh hatinya apabila melihat keindahan di pantai Bali ini, entah kenapa air mata mengalir membasahi pipinya.
"Ehem!"
Syiha berpaling melihat wajah yang bersuara itu.
  "Kenapa you tengok pantai sahaja?"
"Who are you?" soal Syiha. Segaja jual mahal sememangnya itu tektik menarik perhatian.
Mangsa baru! Silap besar kau tegur aku dulu.

Tak Taken? Tak Single?Where stories live. Discover now