Tak Single? Tak Taken?

184 6 0
                                    

Bab 2

            "Tuan Muda Zehrul!" Tegur Fazril yang melihat Zehrul setelah memasuki bilik itu terus ke balkonik home stay. Melihat persekitaran itu. Zehrul berpaling.
   "Ye? Ohh maaf.. Fazril saya tidak mahu sebarang panggilan dari sesiapa pun dalam seminggu ni. Dan awak dengan bodyguard yang lain boleh memantau saya tidak jauh dari 100 meter tak lebih tak kurang faham.."
  "Tap.."
"Noktah!"
Bila sudah dengar noktah yang keluar dari bibir Zehrul maka tiada lagi ayat bantahan atau cadangan dari sesiapa.
  Fazril mengganguk dan berlalu keluar dari bilik homestay. Tapi langkahnya terhenti apabila namannya diseru.
"Fazril!" Fazril berpaling memandang Zehrul.
  Kali ini Zehrul melabuhkan punggunya di atas sofa.
  ".. I think you have a lot of ideas for my bodygurd.." Zehrul memandang tepat ke anak mata Fazril.

     Di kala saat genting begini juga orang  yang ditunggu tidak tiba.
Syiha menjeguk sedikit ditepi tingkap bilik homestaynya. Memandang ke luar. Berharap sesuatu berita yang baik datang. Agar dia tidak bersedih lagi.
Dia berlari mendapatkan pintu biliknya yang baru beberapa saat diketuk.
"Infor?"
"Cik Muda Syiha! Kami telah mengetahui dimana dia berada..Dan saya telah menghantar beberapa orang lagi membantu Rezad dan Amirul mengawasi pegerakan dia. Memandangkan beberapa hari ini Rezad dan Amirul sorang tidur sorang jaga. Jadi dua-dua pengikut kesayangan Syiha diharuskan layanan dan di perlakukan dengan baik.
" Bagus! Tapi saya tak mahu mereka terlepas pandang sehinggakan kehilangan jejak dia lagi. Faham!!"
Daniel mengangguk dan berlalu keluar dari bilik Syiha.
Tak lama setelah Daniel keluar. Syiha menangis sendirian di bilik. Mencapai phonenya di  katil. Meratapi gambar demi gambar.
Kalau ash nak tahu, Syiha sentiasa merindui Ash tak kira dimana pun Ash berada.

Jam sudah berbunyi kali yang ke berapa entah. Anak gadis bernama Syiha ini masih betah diatas katil tidak sedar pula jam sudah berkali-kali bunyi.
   Berbunyi sekali lagi, kali ini bukan alarm tetapi panggilan masuk.
Dengar pula ia kali ini, Syiha mencapai iphone5 di meja sebelah katil.
"Hello!.. Hah? Okay aku turun!"
"Turun? Eh biar betul pompuan oii kau nak turun mana? Turun laut?" ujar Ferlina.
  "Hah?" Syiha bangun dari baringnya dia menyelak selimut lalu berdiri. Meregangkan badanya.
   "Kau ni dah bangun ke belum?"
"Dah! dah! Nak apa? Shott kan minggu depan"
  "Ye memang tapi aku nak tanya lah kalau, kalau, kau nak keluar ke mana ke aku boleh bawak kan"
"Tak apa lah aku nak tidur je hari ni..mengantuk gila!"
   "Hah ok lah bye!"
"Bye!" setelah meletak gagang blackberry dia terus menarik tualanya dibirai katil.
Sebelum itu dia mencampakkan black berrynya di katil.

   Selesai mandi perkara pertama yang dia terjah adalah melihat phonenya. Dia melihat ada berpuluh call yang tidak terjawab dia pun menghubungi.
   "Hello! Hai!! Haah..nanti kita jumpa ye..ok bye!"

   Syiha duduk di meja kosong berhampiran dengan cermin tingkap tintert restorant itu. Sambil menunggu dia mengeringkan tekak dengan jus apple.

  "Hai! Fazril saya kan dah kata body gurd, body gurd, ni awak uruskan"
  "Maaf Tuan Muda tetapi arahan dari Tun Puan Syorah telah mereka terima pagi tadi."
  "Maksud awak?"
"Tun Puan Syorah telah menghantar orang lagi bagi mengelakan yang semalam tidak leka dalam bertugas"
  "What? Bila?"
"Malam tadi!"
  Hish, Tok Mak ni.. Rul ni bukan budak kecik yang perlu diawasi.
Dalam ketika itu dia terpandang seseorang. Seorang perempuan yang duduk tidak jauh dari tempat duduknya betul, betul sebaris di hadapannya.

  "Shiela! Malam ni you free tak?"
Shiela memandang tepat ke anak mata Bend. Kerana itu salah satu tarikan kepercayaan lelaki kepada wanita.
   "Malam ni? Humm..ok lah Free for you sayang!" Shiela memegang tangan Bend dahulu kali ini.
  "Anyway i metting now malam kita jumpa ok?" Bend mencium anak rambut Shiela.
  Setelah Bend pergi dia mengelap rambutnya pakai tisu.
  "Ieuyyu"
Shiela meminta pelayan restorant mengemas mejanya dan membawakan dua gelas minuman lagi.
  Tidak lama kemudian datang seorang lelaki menegur Shiela.
  "Hai! Merra" berubah lagi namanya.
  "Hai biy!"

  Zehrul membuka cermin mata hitamnya. Diletakan di atas meja.
Berkerut dahinya seketika. Lalu dengan serta merta tersenyum sinis.
  "Menarik! Spesis Perempuan! Haishh!" Zehrul memakai cermin mata hitamnya kembali. Dia beredar dari situ.
  "Tuan Muda ada apa-apa nak cerita ke?" soal Fazril yang dari tadi perasan Zehrul tersenyum-senyum. Sejak keluar dari restorant ala itali itu.
  "Awak ni macam tahu-tahu sahaja kan! Pandai masuk fikiran orang ye!"
  "Hehh tak ada lah"
"Tadi ada cerita menarik yang saya tengok sebab itu saya tersenyum tak habis ni"
  "Ohh..macam tu rupanya"

Syiha mengenakan blaus pendek paras lutut, dan melepaskan rambut palsu paras bahu. Menyemburkan sedikit minyak wangi. Bermake up sedikit menaikan seri yang kena dengan warna pakaiannya.
  "Cantik!" memuji dirinya dihadapan cermin.
Mencapai hand beg di atas katil. Dan berlalu menuju ke pintu.
Baru sahaja membuka pintu lelaki yang menjemputnya sudah berada dihadapan biliknya.
"Hai Bend!"
"Hello Sweet Heart!" Sekali melihat Syiha secantik ini siapa tidak terpikat bodoh benar lah orang itu.
  "Jom!" Shiela merangkul lengan bend.

   Sesampai sahaja di restorant, Bend meminta pelayan membawa mereka di tempat yang dia sudah tempah. Pelayan itu pun menunjukan di mana meja mereka.
   Bend menarik kerusi untuk Shiela duduk. "Thank.."
 
"No thank dear! Because you my girlfriend" ungkapan girlfriend itu membuatkan Shiela mahu tertawa. Mana mungkin aku terikat dengan seorang lelaki. Lagi-lagi jenis lelaki macam kau ni. Sampah je tahu kedudukan dia. Macam kau ni bangkai. Kat mana di buang dekat situ je lah tempat kau. Aku tahu semua hal kau lah.

PRAPPP!!!
"Mami!!!!" teriak Putri di biliknya. Walaupun pintu biliknya tertutup rapat. Namun dengan suaranya yang cukup kuat sampai luar rumah boleh dengar itu tidak mustahil lah Maminya yang berada di dapur boleh dengar.
  "Apa kena dengan Putri ni?" soal Tun Puan Zahara.
  "Baju koyak! Putri dah gemok!!" ujarnya sambil menunjukan lengannya terkoyak.
  "Mana adalah..memang koyak lah kalau jenama loclast pakai sekali pun boleh koyak sayang!"
"Ye ke? Mi tolong Putri pilih baju..putri ada present malam nanti!"
  "Tak payah pilih, Jom Mami bawak shopping!"
  Tersenyum panjang lah Putri ni kalau dengar part shopping ni.
"Tapi Kene bawak Kamil!" kata Tun Zawawi yang mendengar perbualan dua beranak itu.
"Kenapa kene Kamil? Mi..."
"Haah, tak perlu pun bawak anak pungut awak tu!"
  "Shut up! Kalau tak bawak Kamil you berdua tak payah keluar faham!"
  "Mi!.."
"Ala biar je lah dia ikut but dia tak akan dapat beli apa-apa..dia mana ada duit"
  "Ye tak ye jugak..kan Mi..hahaha"

Tak Taken? Tak Single?Where stories live. Discover now