Syiha membuka begnya, mencari iphone5 nya sejak tadi berbunyi.
"He..hlooo...!" jawab Syiha tak terdaya.
"Hey! Syiha kau..kau dekat mana ni? Kau Mabuk erkk?"
"Hah??" Syiha membuka matanya seluas yang boleh melihat jam di iphone5nya.
"Ada apa Diey..?"
"Oii kau dekat mana ni..esok ada.."
Tut tut. Panggilan itu dimatikan Syiha. Entah sedar ke tidak.
"Eh, eh, dia ni aku tak habis cakap lagi!"Teksi yang membawa Syiha berhenti di hadapan homestay. Selepas memberikan tambang teksi tanpa mengambil bilin dia terus keluar dari teksi.
"Miss! Miss!"
Syiha terus berlalu biar pun dia di panggil berkali-kali oleh pemandu teksi itu.
Berjalan terhuyung hayang, disebabkan mabuknya. Sesampai sahaja dihadapan pintu biliknya dia mengeluarkan kunci bilik dari begnya.
Berkali-kali dia memasukan kunci bilik tetapi pintu biliknya tidak terbuka lansung. Sebaliknya pintu biliknya yang terbuka sendiri.
Bukan tidak berkunci ke apa, cuma ada orang dari dalam yang membuka kan pintu itu.
"Ehh,ehhh,ehhh..miss..miss!! Aduhh..!" Zehrul memapah Syiha hingga ke tempat tidurnya. Sepantas mungkin dia menutup pintu bilik itu kembali.
"Mujur..saja"
Zehrul pun berlalu duduk di birai katil. Sambil melihat Asusnya.
"Eehh..Biy.." Syiha memeluk Zehrul dari belakang.
Zehrul menepis tangan Syiha dan menolaknya ke tepi, lantas dia bangun dari duduknya.
Mengibas-gibas tangannya di lengan bajunya.
"Pantang betul aku, disentuh-sentuh macam ni..eee.." dia terlihat ada sedikit tompokan kecil di lengan bajunya. Mendekatkan hidungnya sedikit.
"Eee..wekk! Muntah!" sepantas kilat dia menanggalkan bajunya. Dicampak ketepi, membuka almari tetapi tidak ada apa kosong!
"I see..ni bilik kedua aku..aduhh mana ada baju.. Hishh kalau tak sebab minah ni aku tak payah kesejukan malam ni!" melepaskan keluhnya.
YOU ARE READING
Tak Taken? Tak Single?
RandomKisah dua hati yang tidak pernah sesekali mahu mengenali Cinta antara lelaki dan wanita. Setelah hati disakiti orang yang disayangi dan seorang lagi telah dipaksa melupakan oleh kekasihnya sendiri. Takdir menemukan mereka. Dua jiwa mencuba memamaink...