Tak Single? Tak Taken?

132 3 1
                                    

Bab 3

"Bodoh punya jantan!" Syiha melepaskan geramnya pada tab mandi bilik air itu. Dia hanya menunggu bajunya kering sahaja. Kalau tidak, tak adanya dia menunggu disitu lagi.
"Wei pompuan! Kau keluar lah..makan dulu! Perut tu kosong satu masalah pulak aku nak kena lap muntah kau nanti!" teriak Zehrul dari luar.

"Hishh! Dia ni menyibuk lah! Ingat aku ada masa pulak nak makan?" ujar Syiha.

"Oiii,"
Setelah tiada respon dari Syiha, tekanya perempuan itu masih marah pasal tadi. Kerana gurauannya itu telah menyebabkan seorang perempuan ingat dirinya sudah tidak suci lagi.

Putri keluar dari bilik air, terus mendapatkan pakaiannya di tempat tidurnya.
"Aduhhh!! Baju mana yang sesuai ni? Hah!.." Putri mencapai baju yang sudah tersusun satu-satu disitu. Sehelai baju dibambik. Blaus Merah singkat sampai atas lutut. Dia memakai baju itu. Berdiri dihadapan cermin sambil menayangkan baju yang dipakai.
"Jap baju ni aku dah pakai bulan lepas..tak nak lah lapok!"
Next!!
Kali ini dia mengenakan t-shirt kuning sebelah belengan sebelah tidak belengan.
Lalu dipasangkan dengan skirt kembang coklat paras lutut. Rambutnya yang lurus di biar lepas. Selesai make up dia terus keluar sambil tangan mencapai beg keciknya di meja sebelah pintu biliknya.
"Hai Mami!"
"Hmm hai Putri!"
"Mami! Hari ini Putri nak keluar dengan Hadhirah!"
"Ok! Tapi bagitahu daddy dulu nanti kene marah" nasihat Tun Puan Zahara. Sambil mihun goreng disuap ke mulut.
"Nanti keluar dengan Kamil sekali!" kata Tun Zawawi. Ada sahaja Tun Zawawi ni dimana-mana, ikut suka dia nak muncul.
Baru sahaja anak-beranak ini menyebut tentangnya. Panjang lah umur si Tun Zawawi ni.
"Tak nak!" tegas Putri memeluk tubuhnya dan menhempaskan punggungnya di kerusi sebelah Maminya.
Tun Zawawi mendapatkan tempat duduknya. Tun Puan Zahara pula memanggil pembantu rumahnya. Menyuruh menyiapkan sarapan Tun Zawawi.
Walhal semua makanan dan minuman sudah tersedia di atas meja cuma perlu diambil sahaja.
"Kalau tak nak, tak payah keluar!"
"Hishh Mami!!...."
"Biar lah bang! Bukan dia nak pergi jauh mana pun, dia nak keluar dengan Hadhirah je!"
"Awak nampak ke kalau dia dah keluar.. Dia keluar dengan siapa?"
Terus terdiam Tun Puan Zahara meratapi makanan sebentar sebelum meneruskan makannya.
"Mi!!.."
"Stop! Putri..lisent! Naik atas kalau tak nak keluar dengan Kamil!"
"Ishh!!" Putri berlalu mula menaiki anak tangga namun langkahnya terhenti apabila lengannya ditarik.
"Daddy! Sebenarnya Kamil memang nak keluar dengan Putri hari ni..cuma Putri terlupa..asyik nak keluar dengan Hadhirah je!"
Tun Zawawi berpaling lalu mengangguk mengiyakan kata Kamil tadi. Sekali gus mengizinkan mereka keluar.
"But jangan balik lambat!" ujarnya lagi sebelum sempat Kamil membuka pintu.
"Baik Daddy!"
Putri menjeling Kamil yang duduk ditempat duduk pemandu.
"Cakap je lah!"
Kamil sudah perasan yang Putri dua tiga kali memandangnya.
"Apasal kau tolong aku? But thank.."
"Hish! Itu je?"
"Habis kau nak apa?" tiba-tiba Kamil memandang tajam ke anak mata Putri, matanya turun naik sahaja, tersenyum sinis membuatkan Putri berfikir lain.
"Hah!! Eeeeee...!!"
"Apa dia?"
"Kau nak! Ee no way!"
"Aku ada cakap apa-apa ke?"
"Kau tak cakap pun, cara kau tengok tu aku dah boleh baca lah"
"Kotor betul lah otak perempuan generasi Y ni"
"What?"
"Aku cuma nak kau ubah cara berpakaian kau tu..macam tak relevent je"
"Kau tu yang tak relevant! Pakai macam ala-ala ustaz..kita nak pergi shopping mall bukan gotong-royong berjemaah bersihkan surau.."
"Amboi!!.. Mulut tu jaga sikit boleh tak? Aku pakai macam ni bukan nak nampakan aku ni ala-ala ustaz. Aku just pakai baju belah tepi tapi tak bersongkot kan?" nyata Kamil.
"Alamak poyo arhh!!" ujar Putri membuang pandangan ke depan semula.
Kamil tertawa sedikit, tanpa Putri sedar. Kalau tidak, kereta ni sudah terbabas disebabkan jeritan Putri kerana Kamil metertawakannya.

Tidak ramai yang menunggu diluar bilik Megat. Walaupun cuma ada beberapa orang sahaja, sudah membuatkan Megat rasa tidak senang. Mahu sahaja dia menolak mereka keluar dari biliknya. "Megat! Macam mana you boleh!" Belum pun habis Selina berkata Megat memotong.
"Shut up! Sel you tak reti nak diam ke? Asyik memekak je .."

"Megat you..hishh!"
"Sel, Sel keluar dulu biarkan Megat tenangkan dirinya dulu" pinta Tun Puan Suriani.
Selina menurut dan berlalu keluar dari bilik Megat.
"Megat, kenapa dengan Megat ni?"

Tak Taken? Tak Single?Where stories live. Discover now