Hujung minggu itu tanpa diduga oleh sesiapa pun...😊
Kedengaran dari tingkat atas suara orang sedang rancak berbual sambil gelak ketawa.Haikal bergegas menuju ke tingkat bawah kerana perasaan ingin tahunya menebal.
😲😲alangkah terkejutnya haikal bila terpandang wajah hamba Allah yang tidak terduga oleh
akal fikirannya akan berada di dalam rumahnya saat itu.Wajah rani terhias dengan senyuman yang baginya cukup indah terlukis..namun bukan pada pandangan haikal.
Tiba2x perasaan geram muncul saat dia terlihat wajah rani...seolah2x dia sudah mengenali keluarganya terlebih lama sedangkan mereka tidak pernah bersua.
"Along jemputla duduk sarapan sekali dengan ummi dan abah..ni rani pun ada ..dia ada masakkan nasi lemak special untuk haikal. "..dengan riak yang malas haikal
menghampiri meja makan untuk tidak bersikap kurang ajar kepada orang tua.Dia mengelak untuk duduk besebelahan rani mahu pun berdepan dengan rani.
Haikal lebih selesa duduk berjauhan..dan tanpa rasa bersalah dia langsung tidak menyentuh nasi lemak yang dibawa oleh rani.
Selesai bersarapan haikal cepat2x keluar untuk mengelak dari terus menjadi mangsa
permainan rani.Isk...apa yang bising sangat kat luar tu...natasya terus
memandang keluar jendela kelihatan ayahnya sedang berbual dengan haikal...amboiiii pagi lagi dah ada depan rumah anak dara orang....melampau.... gerutu natasya dalam hati.Lagi2x ibunya menjemput haikal sarapan bersama..isk...sesejuk hati je ibu nie laa...berminat sangat ni apa kes...pelik betul...sambil mengunyah mee goreng natasya menjeling ke arah haikal yang setahu dia sedang berpura2x tidak menyedari bahawa dia yang sedang geram tahap gaban nie. ..😡😡
Masih dalam keadaan geram natasya membiarkan haikal bercakap seorang diri.
Haikal perasan bahawa dia tidak di pedulikan oleh natasya ..dia cuba menarik perhatian natasya..
"sayang tahu tak rani awal pagi lagi dah ada di dalam rumah saya . Entah apa yang sedang berlaku pun saya tak tahu. .
😨😨"apa...!!!!ni apa hal pulak minah tu ada kat rumah awak pulak..dah hilang akal apa..."adui geram tahap dewa pulak aku mendengarnya.Natasya mengumam...tak faham apa yang sedang dirancang oleh rani sebenarnya.
"entahla saya jadi seram pulak dengan perangai rani ni...kenapa dia boleh berkelakuan seperti itu..sedangkan...
saya rasa tak pernah beri sebarang harapan kepada apa yang dia lakukan pun melainkan untuk aktiviti dan program dianjurkan oleh sekolah sahaja."jelas haikal panjang lebar.Natasya berfikir sejenak...
"weiii ko ada benda yang belum bagi tahu aku lagi kan...
baik ko cerita kat aku perkara yang sebenar...sebab aku rasa rani ni macam tak puas hati je kat aku...macam2x je yang aku tengok dia cuba sakitkan hati aku..."soal natasya sambil merenung tajam ke arah haikal membuatkan haikal serba tidak kena.Perlu ke aku berterus terang saat ini...mungkin jika dia bersikap terus terang akan menjernihkan lagi keadaan.
Haikal mengambil keputusan untuk menceritakan apa yang telah terjadi sebelum standley berpindah.

KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Monyet ( Complete 😀😍😘)
RandomErhmm...pagi yang cerah untuk memulakan rutin harian.Aiiieee...kenapa kasut sekolah aku boleh tak ada sebelah lagi nie...pelik bin ajaib bukan ke semalam aku letak baikk punyer kt depan pintu ni ke...sya bermonolog sendiri.Tengah sya elok je mencari...