Tempoh sebulan rasanya bagaikan setahun berjauhan dari insan tersayang. Cikgu daniel asyik mengira hari saat itu sehinggakan sahabatnya mendekati meja pun dia boleh tidak sedar.
Cikgu shima sekadar mengelengkan kepala melihat
keadaan sahabatnya ketika itu apa nak jadi la sahabatnya."Niel..jauh termenung..rindu ke?kalau ye pun..jom kita lepak kat kantin kan waktu rehat ni..marilah.."pelawa cikgu shima.
Setibanya di kantin dan beberapa minit kemudian mereka selesai menjamu selera cikgu shima memulakan perbualan.Agak lama mereka jarang bersua al maklumla teman2x nya kini semua sudah berpunya kecuali dia dan mona.
Yeee agak lama tidak bertanya khabar sahabatnya seorang itu selepas merajuk bila dirinya tidak memiliki daniel."Kau tengah fikirkan apa shima?tadi beria2x ajak aku lepak kat sini tapi aku tengok ko lebih banyak berkhayal dari berbual.."soal cikgu daniel sambil menghirup baki orange juice.
"Opsss..sorry ye..niel..aku ter...sekejab..yelah bila terkenangkan situasi aku yang masih belum dimiliki ini bak lagu shima..teringin...jugak nak merasakan hidup berkeluarga seperti kawan2x yang lain"sayu benar nada yang diluahkan oleh cikgu shima ketika itu mengundang gelak ketawa cikgu daniel.
Isk dia ni aku luahkan perasaan punyalah...sedih dia boleh gelakkan..sampai hati rajuk cikgu shima di dalam hati.
"Maafla shima...aku tak berniat pun nak gelakkan kau..tapi..ayat kau tu buatkan aku tak boleh nak tahan...poyo la kau ni..dah ada yang berminat kau boleh buat tak layan..kau ni pemilih sangat..."jelas cikgu daniel risau jika sahabatnya terasa hati.
"Fuhhh agak2x la niel...kau itu pun memilih..jika tidak kenapa kau tolak mona..yang kita dah lama kenal..dan kau boleh pulak tangkap cintan kat anak murid sendiri..eleh mengata aku pulak..bak kata nabil lu fikirla sendiri..😝"perli cikgu shima tanpa teragak2x.
"Mendalam ayat kau ni shima...aduh...nasib tak sampai berdarah.."usik cikgu daniel kembali.
"Ayahnya...sya ni balik ke tidak cuti semester?..rindu la pulak kat dia.."luah ibu natasya selepas selesai mereka makan malam.
"Ehmm..saya tahu awak tu bukannya rindu apa..rindu nak bergaduh la tu...ibunya..."usik ayah natasya membuatkan ibu
natasya buat muka."Kesian kan kat menantu kita tu..baru je kahwin dah kena berjauhan.."luah ibu natasya lagi
bila terlihat khalayak menantunya ke dapur mungkin nak ambil minuman.Sudah menjadi kebiasaan menantunya agak lewat tidur.
"Itulah dugaan setiap hambanya yang mendirikan rumah tangga ibunya. Dari situlah kita menguji tahap kesabaran dan kesetiaan setiap yang bergelar suami mahupun isteri..insyaallah kita doakan yang baik 2x sahaja untuk anak menantu kita mudah2xan di dalam lindunganNya dan diberkati setiap pengorbanan mereka ketika ini.
Tidak salah berjauhan demi menuntut ilmu..asalkan niat kita itu bersih..jalannya lurus..."panjang lebar ulasan ayah natasya membuatkan isterinya turut mengaminkan doa2x itu..amin..moga ditetapkan hati anak manjanya itu agar tidak tersasar jauh dari landasan kalau la dia buat hal pandaila aku nak ajar..ujar ibu natasya di dalam hati.
Di kamar ..cikgu daniel menghabiskan masanya dengan merenung wajah si isteri di dalam laptop..rindunya dia saat itu hanya Dia lebih mengetahui. Tidak sabar rasanya ingin melawat si isteri minggu depan sebab jadual dia free saat itu.

KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Monyet ( Complete 😀😍😘)
RandomErhmm...pagi yang cerah untuk memulakan rutin harian.Aiiieee...kenapa kasut sekolah aku boleh tak ada sebelah lagi nie...pelik bin ajaib bukan ke semalam aku letak baikk punyer kt depan pintu ni ke...sya bermonolog sendiri.Tengah sya elok je mencari...