permata hati

141 1 0
                                    

"Anak ummi ni..encem la..macam abi..hihi..😊😁dah mata sepet putih berseri bak susu..mata yang bulat..dah besar nanti mesti sado macam abi.."acah natasya membuatkan raiqal ketawa tanpa henti seronok nampaknya mendengar kata2x umminya. "Ayahnya.. niel dah sampai..?saya masak banyak sikit untuk makan tengahari bolehla kita makan bersama"jelas ibu natasya. "Panjang umurnya ibu..tu haa dah sampai.."ujar ayah natasya sambil menyambut kedatangan abi raiqal. "Assalammualaikum ayah..ibu...anak abi..😊"sapa cikgu daniel sambil bersalaman dan mengambil raiqal dari pangkuan natasya. Huh..senyum bagai ke aku ni perasan tahap dewa..malasla nak peduli..marah natasya pada dirinya sendiri.
"Raiqal nakal tak?susahkan ummi?anak abi baikkan tentu tak menyusahkan ummi untuk jaga raiqal. Petang ni raiqal nak tak ikut abi jalan2x..kita pergi mall..tempat permainan.."soal cikgu daniel sambil mencuri pandang ke arah natasya yang sibuk mengemaskan pakaian raiqal saat itu jika diikutkan hati hendak saja dia kucup pipi tembam itu. Namun dia sedar mereka tiada hubungan yang mengizinkan menghalalkan keinginan dia saat itu..akhirnya cikgu daniel beristhifar sedar akan kekhilafan diri. Natasyam menemani raiqal dan abinya bersiar2x dan shoping barang raiqal walaupun natasya menolak cikgu daniel tetap bertegas ingin membeli barang keperluan raiqal. Tengah mereka leka mencari barang yang bersesuaian dari jauh gerak geri mereka diperhati oleh seseorang.
Haikal mengacau airnya perlahan dan hanya diperhati oleh rashid. "Hoii...ko ni dah kenapa?ko masih terbayang kemesraan mereka tadi tu..hekelah perkara kecik je tu kal. Macamla ko tak kenal budak sya..dia terpaksa je pun..bukan kerana raiqal jangan harap ko nak tengok dia nak keluar"pujuk rashid cuba untuk mententeramkan perasaan haikal. "Entahla..makin la perasaan aku ni berkobar2x nak kahwin terus jek. Tengokla tadi ko pun fahamkan hati lelaki..dari pandangan cikgu daniel tu tadi dah mengambarkan perasaan dia"jelas haikal penuh kerisauan..risau jika natasya berubah hati. "Lawak la ko ni kal..agak2xla pun..relaks la..takkan lari gunung dikejar..kalau dah jodoh ko dan dia kal..pasti akan bersama jua..insyaallah..sabar je.."pujuk rashid lagi. Saat mereka berdua seronok berbual.."eh..nampak seperti haikal dan rashid kat hujung sana..jom kita pergi menyapa"pelawa cikgu daniel sambil diikuti oleh natasya. Isk..kenapala dia bawak aku pergi jumpa mamat ni..dahla mata dia tu gatal nak merenung jek buat aku tak selesa jek ..😣keluh natasya didalam hati.
"Assalammualaikum...kamu berdua sahaja ke?boleh kami join sekali?"soal cikgu daniel sambil meletakkan raiqal ke dalam kerusinya. "Waalaikumussalam cikgu..boleh saja lagipun hanya kami berdua sahaja. Sya banyak beli barang?"soal rashid dengan penuh nada perli. "Kenapa?tak nampak sangat ye berapa banyak barang yang ada kat depan ni ke..mata ko ni dah.."belum pun selesai kata2x natasya haikal cepat2x berdehem untuk mengelak terkeluarnya perkataan yang kurang sesuai. 😡isk sibuk jek.."sya nak makan apa?nanti saya tolong belikan.."soal cikgu daniel seraya bangun. "Erhm..macam biasalah..masih kenyang lagi"jawab natasya. "Hello...amboi ko kal ambil peluang nampak..dari tadi dah aku tengok rasa nak termuntah..relaks la kal..eee..aku pun naik seram..😒"ujar rashid sambil mengelak dari terus dicubit oleh ketam natasya. "Shid elok ko bawak dia ni balik..aku rasa tak sanggup pulak nak menghadap perangak tak semengah dia ni..eee rimas.."ujar natasya sambil membaling wedges ke arah haikal. "Tak elok tau cakap macam tu kepada bakal suami.."usik haikal lagi.
Natasya tak sanggup nak menunggu lebih lama disitu dan mengajak cikgu daniel segera meninggalkan tempat itu.  "Kiutla...anak ko niel...geramnya..."ujar cikgu shima. "Kalau ko nak anak kiut macam ni apa kata ko terima lamaran niel jadi isterinya..aku gerentila ma..ko dapat anak kiut niee..."usik azmi dan andy sambil gelak terbahak2x. "Niel amacam ko terima tak cadangan aku dan mie ni..kita orang tak ada masalah nak tolong ko aturkan majlis. Boleh jugak raiqal ni dapat ummi baru.."semakin galak mereka mengusik cikgu shima membuatkan cikgu shima meradang sampai hati mereka usik dia macam tu..macamla dia kemaruk sangat nak bersuami sehinggakan nak ambil teman baik sebagai pasangan hidup. "Cukupla usik ma..ling mie..kesian dia. Tapi kalau niel bersetuju kami pun setuju jugak.."sambut linda sambil tergelak manja begitu jua yanti dan aida. Cikgu daniel sekadar tersenyum entahla dia hanya berserah pada yang lebih mengetahui..mungkin saat ini masih belum terbuka pintu hatinya untuk menerima insan lain untuk mengantikan tempat natasya. Kuasa Allah..Dia lebih memgetahui apa yang akan terjadi kemudian..jika itu yang ditakdirkan untuknya dia menerima dengan hati yang terbuka.
Malam itu natasya tidak ditemani raiqal sebab raiqal bersama dengan abinya. Bosannya..standley sibuk dengan family wilma dan rashid pulak tengah otw honeymoon di kota romantik paris..seronok jadi orang berada..segalanya boleh. Namun natasya bersyukur ke atas kurniaanNya..hidupnya sederhana..namun dia tetap bahagia dikurniakan keluarga yang harmoni. Sedang natasya sibuk mencari aktiviti untuk menghilangkan kebosanan telefonnya berdering tanpa melihat siapa yang menghubungi natasya terus menjawab..
"Assalammualaikum...buah hati intan payung kesayangan hamba..tengah buat apa tu?"😲 laaa tetiba jek panggil aku intzn payung..biul ke apa!!!sesuka hati dia jek nak panggil aku macam tu.."wei...sesejuk hati ko jek ...memandai jek. Salah nombor...tak ada yang empunya nama intan payung kat sini..manyak soliii maaa apek.."gerutu natasya. 😠 telefonnya berdering sekali lagi. Eee...hampeh.."apa lagi...!!!"ujar natasya hampir terjerit. "Asthagafirullahalazim...nasib baik jantung kal ni masih sihat walafiat..kenapala kasar sangat wahai permata hati beta..kan molek jika mengungkapkan kata2x penuh kelembutan sejuk hati mendengarnya.."nasihat haikal sambil tersenyum bila mendengar keluhan dari natasya disana menandakan dia sedang marah. "Hekeleh...tak kuasa eden nak cakap lembut. Haaa ni kenapa kacau orang tengah malam nie..tak reti nak tidur ke..?pergila solat tahajud bersihkan jiwa tu.."perli natasya seraya menutup telefon. Haikal disana hanya sekadar tersenyum lucu bila terbayang wajah natasya yang cemburut bila ditegur.
Tiada ribut tiada angin tiba2x ada rombongan mengunjungi rumah natasya. Entaha apa nak jadi..ibu bagitahu keluarga haikal ingin mempercepatkan tarikh untuk berkahwin ee mamat ni..suka hati dia jek..main paksa2x pulak..ibu dan ayah pulak terima sebab kata mereka perkara yang elok tak baik dilambat2xkan. Aaaarghhhh stresss pulak kepala aku. Raiqal minggu depan masuk 4 bulan..aku belum bersedia lagi nak menjadi milik adam sekali lagi..mampukah aku menjadi isteri yang solehah. Pengalaman yang pertama masih menghantui aku..risau jika perkara itu berulang..mohon dijauhkan. Eee mamat ni..kalau ye pun..tak sabar2x..
Saat yang diidamkan haikal kini kunjung tiba..bila termakbulnya ikatan halal disisNya dipermudahkan untuk melafazkan ucapan keramat itu dengan lancar sekali. Alhamdulillah akhirnya..gadis yang dipuja kini menjadi hak mutlak dirinya tiada lagi keraguan dan halangan untuk bersama lagi melainkan ajal maut ditangan Allah. Saat dahinya dikucup lembut oleh haikal untuk membatalkan air sembahyang airmata natasya mengalir perlahan dan membasahi pipinya. Saat itu kelopak matanya turut dikucup lembut agar rasa gundah dan kesedihan itu berlalu pergi dari terus mengunjungi jiwanya yang penuh rasa gelisah sebelum diijab qabul. Saat mata bertentangan haikal mengukir sebuah ikrar bahawa tiada yang mampu  memisahkan mereka melainkan dengan ketentuan dariNya Yang Maha Esa.
"Tahniah, haikal cikgu ucapkan kepada kamu berdua..cikgu harap hubungan kalian akan bahagian hingga ke jannah..dan berjanjila pada cikgu..jaga dan didiklah raiqal sebaik2x umat yang mampu membanggakan keluarganya didunia dan akhirat. Anggaplah dan jaga dia seperti zuriat haikal sendiri jangan pernah bezakan status dirinya saat kalian dikurniakan zuriat sendiri nanti kasihilah dia seperti darah daging haikal sendiri. Berat rasa hati ingin melepaskan permata hati yang selama ini  menjadi milik abadi walau untuk mata yang cukup singkat tapi cikgu bersyukur ke atas nikmat yang diberikan. Alhamdulillah..majlis yang penuh berkah ini berakhir dengan selamat...terima kasih haikal sudi menjaga 2 permata hati cikgu...terima kasih.."luah cikgu daniel penuh perasaan dan diiringi jatuhnya😢airmata yang penuh berharga melepaskan insan tersayang pergi.
Raiqal sudah pun terlelap tentu dia penat diacah oleh sepupu dan saudara maranya😊 comelnya wajah dia tidur. Saat natasya asyik membelai raiqal yang sedang tidur.."assalammualaikum..permata hati beta..tengah buat apa tu?"sapa haikal penh kelembutan. Eeee gelinya aku..natasya dengan cepat2x terus bangkit dan membuat aksi penuh kegelian. Kelihatan haikal hanya berpeluk tubuh memandang ke arah isterinya yang ketika itu cuba untuk mengelakkan diri.
"Aih...sya buat apa tengah malam kat sapur nie...buang tabiat ke!"sergah ibu natasya dengan tiba2x. "Kusssss semangat..ibu ni..buat terperanjat sya jek la..ingat hantu mana tadi..""amboi2x lancar jek mulut tu yek..mengata ibu..apa ingat ibu tak dengar ke?tengah malam macam ni duduk kat tempat gelap macam toyol dah ibu tengok nasib baik ibu ni bukan penakut macam ko sya..kalau idak dah kena ketuk agaknya ko tadi.."isk..panjang lebar pulak mukadimah cik siti tanjung perak ni. "Dah cepat2x minum..haikal tinggal sorang2x dalam bilik..bagus sangat perangai tu sya..malam pertama layan suami macam tu..rugi2x..pahala sya.."😨😨😨 ibu ni suka tau buat natasya seram. Di kamar beradu haikal asyik menjeling jam..ke mana agaknya natasya..penakut betul..dia takkan paksa..kenapala cetek sangat pemikiran isterinya.
Haikal asyik tersenyum bila teringatkan aksi isterinya semalam..lucu. isk gelakkan aku la tu..almaklumla..kisah lucu pulak semalam macam mana agaknya aku boleh terrrrr ...😷😷😷
"Kal..yang dok tersenyum jek dari tadi kenapa?budak nie dah buang tabiat ke semalam..ibu tahulah kal..ibu lebih dulu makan garam.."luah ibu natasya sambil menjeling anaknya. "Isk..apa ibu nie..kan raiqal ada bersama..tak elok tau...mengata..kan sayang..nenek ni.."seloroh natasya. "Aa..kal..cepatla makan..ayah ada benda nak diberitahu..sya jugak"ujar ayah natasya kemudian.
Raiqal dibawa neneknya ke taman hadapan almaklumla ayah ada sesuatu ingin dibincangkan. "Sya..macam mana nak honeymoon ke?pasal raiqal tu tak payah risau abi dia pun boleh volunteer jaga semasa kamu nak honeymoon nanti."ucap ayah natasya bersahaja. 😲😲😲 isk ayah ni..cepatnya... "kal tak kisah ayah..keputusan di tangan sya."jelas haikal. Ayah natasya memandang natasya dan haikal silih berganti. "Ibu...tengok ayah ni main paksa2x pulak...eeee.. tak suka..ibu...!"rengek natasya sambil berlari anak mencari ibunya. Reaksinya itu membuatkan ayah dan menantu itu ketawa sebab lucu bila mekikirkan sikap natasya dah jadi ibu dan isteri pun masih nak bermanja lagi.

Cinta Monyet ( Complete 😀😍😘)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang