Tiada siapa yang menduga pertemuan mona dan rani di sebuah cafe yang jauh dari bandar. Apakah yang dirancang oleh mereka tiada siapa yang mengetahui.
"Akak rasa rancangan ni berjaya ke?"soal rani memecah kesunyian di cafe itu meski pun cafe itu adalah menjadi pilihan kebanyakan pelanggan.
"Jangan risaula..akak tahu apa yang akak rancangkan..gerenti ok punye la...percayalah.."jelas mona sambil menghirup nescafe segar.
" perangai budak tu sekarang ni..rani tengok makin bahagia je akak...macam tiada masalah...berbanding jejaka pujaan rani...kesian betul rani tengok..tak ceria seperti selalu...boleh tak jika kita tukarkan rancangan kita"luah rani dengan rasa penuh simpati.
"Hello....dear....sedar sikit ok...selama nie ada ke lelaki tu ambil kisah kehadiran rani..?!tak ada kan...so...for whattttt!!!?nak tunjuk simpati bagai...pleaseeeee...la"..gertak mona tanpa rasa bersalah. Rani sekadar mendiamkan diri bila digertak oleh mona..dengan wajah bengisnya saat itu menyebabkan wajah ayu itu bertukar dengan serta merta.
Sepanjang masa di rumah..rani kelihatan begitu gelisah untuk duduk diam...dia sering berulang alik...di dalam kamar tidurnya...entahla perasaan dia saat itu seperti tidak tenteram seolah2x memaksa dia untuk terus berfikir ...arghhhh gila macam nieee....!!!jerit rani di dalam hati.
Cikgu daniel pula terus diganggu oleh mona setiap masa dan saat...kenapa sahabatnya masih tidak faham keadaan itu..bila jodoh bukan untuk si dia..tapi tetap untuk memaksa dia terus menerima dia sebagai insan istimewa.
Manusia tidak pernah berubah menjadi yang lebih baik..stressss!!!!!jerit cikgu daniel perlahan...
Dari jauh cikgu shima terus memerhati tingkah laku sahabatnya yang jauh berbeza dari sebelumnya.Mona jauh berbeza dari sebelumnya...sentiasa ingin menyendiri...kawan2x yang lain pun ada menyuarakan kebimbangan mengenai perkara tersebut..namun tiada siapa pun yang tahu tentang keadaan yang sebenar.
"Shima...kenapa sejak kebelakangan ini aku tengok mona lain macam je.."yanti mula mengaju soalan yang sering menganggu fikirannya selama ini.
Aida sekadar menjadi pemerhati..
"entahla yan...memang pelik sikap dia sekarang ni..bila ditanya dengan mudah dia menengking..kadang2x aku rasa seperti penyibuk sahaja yalah kan ..asyik nak ambil tahu apa yang sedang berlaku kepada dia...korang perasaan kan..bila saat niel cuba untuk terus mengelak dari terus bertembung dengan mona...seolah2x ada sesuatu.."cikgu shima mengajukan kemusykilan."Aku rasa memang selama ini mona ada menaruh perasaan terhadap niel cuma korang faham kan niel jenis yang macam mana...memang dia jauh berbeza dari kita sewaktu di kampus ...perubahan niel..memang jauh berbeza..kan george?"soal andy mohon sokongan dari teman baiknya.
"Semua yang berlaku ini semenjak shima dan niel mula mengajar di institusi bantuan tu la...woi..korang rasa niel sudah jumpa buah hati ke?"george membalas dengan soalan kembali membuatkan teman2x mula berfikir ada logiknya juga firasat george.
"Wei...aku gerenti memang dia tengah syok kat budak sekolah la nieeee...budak2x comel tau...bila merajuk..aduiii memang.."
belum habis azmi meluahkan pendapatnya tidak semena2x pahanya dicubit.Main2x je membuatkan cikgu shima bertambah geram dan dengan mudah bertindak...orang semua tengah sibuk berfikir permasalahan dia boleh buat lawak yang tak berapa nak menjadi pulak..lelaki memang tak boleh harap...fikiran memang tak pernah ke jalan yang lurus..asyik nak melencong.
Natasya dan wilma pula sibuk dengan aktiviti sendiri..al maklumla rashid sibuk dengan aktiviti luar jadi masa yang ada diluangkan bersama sebaik2xnya.
"Sya...ko ok ke..?..ke ko memang dah putus sudah kasih sayang dengan haikal?.."soalan mengejut dari wilma membuatkan natasya terkesima untuk seketika.
"Sudahla wil..aku rimasla..asyik nak tanya soklan tu je..wei...cuba ko fokus dengan exam akan datang...biarlah mamat tu bahagia...dengan uztazaaaaaahhh tu.."jawab natasya sambil membuat memek mula yang kelihatan menyampah tahap dewa membuatkan wilma ketawa terbahak hodoh gila muka natasya saat itu..cantik lagi betty la fia kottt...😆😆😆 seloroh wilma di dalam hati.
Sedang asyik wilma dan natasya berborak di luar tapak perpustakaan awam tu...mereka tidak menyedari bahawa haikal dan daniel sahabat baiknya juga disitu.
"Ko ok ke ni kal..?risau betul aku tengok perubahan ko ni..mendadak sangat...dah tak macam dulu.."ujar daniel penuh kebimbangan. Keadaan haikal kebelakangan ini agak membimbangkan..kusut dan susut..tidak seperti dulu...terlalu jauh perbezaan.
"Entahla nil..perasaan aku terlalu kosong..seperti hilang arah tujuan..tapi kebelakangan ini ummi dan abah ada membawa aku berubat secara ruqiah..alhamdulillah..ada sedikit rasanya...jangan risaula nil...aku berserah kepadaNya..semoga dipermudahkan olehNya untuk aku terus menghirup keindahan alam maya ini.."
wajah lesu haikal membuatkan hati sahabat baiknya bertambah sedih.
Entah siapa yang berniat jahat...sedangkan sepanjang mereka bersama haikal tidak pernah menyakiti hati sesiapa..namun semua itu diluar bidang kuasa kita sebagai manusia..meski pun berbeza agama..daniel tetap menghormati haikal dan dia sentiasa mendoakan kebahagiaan sahabatnya.
Tanpa di pinta..haikal menoleh ke arah wilma dan gadis yang amat dirinduinya..seronok betul mereka bergelak ketawa..seolah2x dunia itu milik mereka berdua...
Daniel pun terpandang ke arah yang sahabatnya kusyuk merenung jauh. Ohhh..gadis itu..mustahil gadis itu melakukan onar...soal hati daniel sambil menoleh ke arah haikal yang turut tersenyum melihat keletah gadis yang pernah menjadi teman walaupun untuk seketika. Kasihannya sahabat ku...rintih daniel perlahan.

KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Monyet ( Complete 😀😍😘)
AcakErhmm...pagi yang cerah untuk memulakan rutin harian.Aiiieee...kenapa kasut sekolah aku boleh tak ada sebelah lagi nie...pelik bin ajaib bukan ke semalam aku letak baikk punyer kt depan pintu ni ke...sya bermonolog sendiri.Tengah sya elok je mencari...