bab 30 - how dare you..?

157 5 0
                                    

Cikgu daniel bersendirian di hotel mahsuri..semalam dia sengaja mengelakkan diri untuk berhadapan dengan natasya risau jika kesabarannya tidak mampu dibendung.

Pagi itu dia menghabiskan masa dengan merenung laut yang agak bergelora seperti memahami hatinya saat itu..meski pun beralun kecil..ia tetap mampu merubah permukaan pantai yang bersih itu.

Kenapa dia terus diduga dengan menyaksikan keakraban isterinya dengan bekas teman sekelasnya.

Sebelum ke pantai tadi pun dia dapat email dari orang yang tidak dikenali..gambar2x mesra mereka..sungguh mengundang syak wasangka sesiapa pun yang melihatnya.

Sakitnya hati saat terpandang gambar itu sukar digambarkan..siapakah lelaki itu pada isterinya..rupa2xnya bukan sekadar haikal tapi budak itu..
dia hanya mengenali rashid selama ini..arghhhh!!!!mudahnya dia menerima lelaki..sebagai teman..

dia tahu hari ini bermula isterinya bercuti sebelum masuk semester terakhir..mungkin sekarang dia dalam perjalanan balik..dia sengaja melewatkan waktu balik sedangkan cikgu shima dan murid2x  sudah pun balik semalam.

Dia sekadar ingin mencari ketenangan dijiwa..remuknya hati tiada siapa yang tahu..bagaimana dia ingin berdepan dengan isterinya menjadi tanda tanya.

"Assalammualaikum..ibu..ayah..sya balik nie..."laung natasya dari pintu.

"Weii...tak ada adap betul la ko nie...kenapa la menjerit..nasib baik mak cik sihat walafiat tau.."marah standley sambil mengheret beg natasya masuk.

Natasya perasan bahawa kereta suaminya masih tiada di garage..ehmm masih berkursus😐agaknya..natasya memujuk hatinya sendiri.

"Ya ampun budak 2 orang nieee...perangai mengalahkan budak...!!!ni dah kenapa macam ni...bangun...buat perangai tak senonoh.."pekik ibu natasya kuat bila melihat natasya dan standley berkongsi makan aiskrim.

"Opsss..mak cik..sori keterbiasaan pulak..relaks la mak cik...seram pulak kena...marah"seloroh standley tapi hampa bila disambut dengan tarik telinga.

"Korang berdua ni dah jadi hak orang...ya Allah kenapa tak hingat dunia ni..mana boleh macam ni lagi.."alamak dia dah mula dah...stesen radio tak berbayar ni..berlangsung dari petang semalam lagi..natasya dan standley sekadar memekakkan telinga sewaktu sarapan pagi.

Standley dibenarkan bermalam disitu oleh kerana abang long dan anggah balik bercuti.

"Adik kenapa tak dengar cakap ibu..tak elok korang berdua rapat seperti dulu..dah ada tembok pun...stand..jangan diikut sangat😒 perangai natasya ni..perangai memang tak macam isteri orang..niel pun abang long tak jumpa pun lagi..sibuk betul.."jelas abang long panjang lebar.

Angah dan ayah hanya sibuk bersarapan tanpa mempedulikan si ibu dan anaknya
berbalas pantun.

"Ibu ni..sya taula..siapa sya..takkan la sya nak buat dajaltun...isk.."

"eeee geramnya aku..
menjawab lagi yek..ibu tenyeh cili padi kat mulut tu kang..padan muka.."marah ibu natasya sambil menakutkan natasya dengan mengambil beberapa biji cili untuk diacah kepada natasya.

"Tenyeh mak cik..mulut memang tak ada insurans..memang lama dah teringin agaknya..."gelak stanley disambut gelak abang long.

Cinta Monyet ( Complete 😀😍😘)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang