Tiada siapa yang menduga semua ini bakal terjadi dalam hidupnya..tiada sesiapa yang meminta semua ini terjadi..semuanya berlaku diatas ketentuanNya...mungkin ada hikmah disebalik semua ini..
natasya tidak menyangka yang dia akan diduga sedemikian rupa..harapkan hujan sampai ke petang rupanya panas di tengahari...singkat sungguh kenikmatan itu dikurniakan untuknya..ia hadir seketika cuma..😢😢 sabarlah wahai hati..tabahlah menghadapi semua ini.
Natasya memujuk hati agar sedia menerima apa jua dugaan yang bakal tiba.
Perkhabaran yang dimaklumkan oleh keluarga cikgu daniel sebentar tadi amat memeranjatkan keluarga natasya..mungkin bukan jodoh mereka untuk sampai ke jannah..dia pasrah dengan apa jua ketentuannya.Saat dia diambang kejayaan yang bakal dia perolehi minggu depan dia dihidangkan dengan khabar duka. Cikgu daniel mengambil keputusan untuk berpisah sementara..
namun ibu tidak mahu ia terjadi..jika benar dia mengasihi dan menyayangi dia pasti cikgu daniel akan cuba mempertahankan ikatan yang terbina bukan seperti ini..ibu lebih rela jika anaknya dikembalikan secara baik..insyaAllah kata ibu..
jika benar ikatan yang terbina kukuh tiada yang mustahil bagiNya mempertemukan kami kembali.
Natasya merenung ke langit..airmata gugur satu persatu tanpa henti. Ibu natasya asyik berlenang airmata bila memikirkan kesudahan anaknya..tiada siapa menduga akhirnya..begini kesudahannya..sampai hati menantunya memberi kata putus tanpa berfikir panjang.
"Ayahnya..macam mana nie...ummi haikal nak datang melamar hujung minggu ni.."soal ibu natasya.
Ayah natasya hampir tidak percaya yang haikal masih menyayangi anaknya meskipun anaknya sudah menjadi janda.

KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Monyet ( Complete 😀😍😘)
De TodoErhmm...pagi yang cerah untuk memulakan rutin harian.Aiiieee...kenapa kasut sekolah aku boleh tak ada sebelah lagi nie...pelik bin ajaib bukan ke semalam aku letak baikk punyer kt depan pintu ni ke...sya bermonolog sendiri.Tengah sya elok je mencari...