"Atok.Auntie Hana datang tak masa majlis hari jadi Iesha nanti?." tanya Aeryn Iesha cucunya yang usianya akan memasuki 8 tahun sabtu ini itu.
"Datang.Atok dah telefon tadi." jawab Dato' Harris Azman.
"Yes seronoknya." cucunya itu melangkah pergi.Dato' Harris Azman mengukir senyum.Bella Quinnera menghampiri papanya.
"Papa jangan risau Nera dah uruskan segalanya.Nera dah suruh Hana datang.Papa tegurlah Hana nanti.Papa,Nera percaya Hana dah maafkan papa." Bella Quinnera meyakinkan papanya.
"Yalah." balas Dato' Azman Harris bersahaja.Bukan mudah untuk anak keduanya itu memaafkannya.Setelah peristiwa itu.Keluhan dilepaskan.
Satu tahun lalu anak keduanya Hana pernah bercinta dengan pekerja bawahannya,Fariz Akram.Ada juga anaknya itu mengatakan hasrat untuk berkahwin dengan Fariz Akram itu.Tapi dibantahnya.
Kerana dia tahu Fariz Akram itu bukanlah seorang yang jujur pun.Girlfriend keliling pinggang.Dah disiasatnya semua itu.Lantas dipaksanya Hana meninggalkan Fariz.Sebagai seorang anak Hana tidak membantah langsung.
Selepas itu dia dikejutkan dengan khabar anaknya itu ingin meninggalkan rumah.Tiada apa mampu dilakukan melainkan mengizinkannya.Mungkin anaknya itu memerlukan masa.
"Papa okay?." bahunya disentuh lembut anak sulungnya itu.
"Entahlah Nera papa tak tahu.Papa cuma harapkan satu je sekarang ni.Keluarga kita bersatu balik.Mama,Papa,Nera,Aria,dan Hana." dia ingin menantikan saat itu.
"Nera pun berharap yang sama papa.Hana..." air matanya mengalir.
"Papa bersabar ya.Bella nak tengok apa dah jadi dekat luar tu dulu." Dato' Harris Azman angguk.Bella Quinnera melangkah pergi dari situ.
YOU ARE READING
Forever Love
RandomKita sering bertemu takdir dijalan yang kita cuba elak. Hana Quinaisha,gadis kacukan Taiwan Melayu yang memiliki paras rupa yang cantik dan comel.Baru berusia 21 tahun.Kerja?.Banyak kerjanya.Tidak tetap.Apa yang dia pasti cinta.Takkan mucul lagi dal...