Baskin Robbin⇦⇧⇨⇩
"Hana let's talk." Darrel pandang aku dengan pandangan dia la.Tak tahu la nak tafsirkan macam mana.
"Tentang?." tanya aku.
"Kita." aku tersenyum sinis.
"Okay." aku angguk.
"I never married before Hana.You're my first."
"Saya tahu."
"You're my wife."
"Saya pun tahu tu.Sanggup kan semua orang tipu saya?."
"Hana..."
"No."
"Saya boleh jelaskan."
"Kalau awak jelaskan dari awal saya mungkin boleh terima Darrel.Tapi kenapa awak rahsiakan dari saya?"
Aku menghela nafas.
"Papa yang minta."
"Papa saya?." Darrel angguk.
"Papa." apahal pulak dia panggil papa aku papa jugak?.Panggil la daddy dia daddy.
Kau merepek apa ni Hana?.
"Semuanya berlaku bukan secara langsung Hana.Papa call saya sebelum pertemuan pertama kita Hana.Minta saya datang sesuatu tempat.Bila saya datang situ semua orang ada.Daddy,mummy,papa,mama,kak Nera..."
Aku jongket kening.Kak Nera?.Hello tolong sikit kak Nera tu dua tahun muda dari awak la Darrel.
"Okay Nera,Aria,abang Rien,Dennis,abang Rezel..."
Aku jongketkan kening sekali lagi.Abang Rezel?.Bukan umur abang Rezel 25 tahun ke?.
"Okay Rezel.Semua ada kat situ.Pelik juga.Reunion ke?.Tiba-tiba papa panggil saya.Dan suruh saya tanda tangan satu dokumen."
Kenapa Darrel mesti sign dokumen tu?.
"Papa suruh saya jaga awak Hana.Walaupun saya tak kenal awak.Entah.Entah kenapa saya setuju dan inilah yang jadi sekarang."
Darrel cuba usap pipi aku.Tapi aku jeling dia.Terus tak jadi dia buat macam tu.Dan yang aku pergi sign dokumen yang kak Nera bagi tu dah kenapa?.Patutlah masa abang Rezel kata ada tertinggal sampul coklat tu aku rasa aura pelik.Sampul tu ada...Ish.Malas nak sebut.Buat sakit hati.Semua orang tipu aku.
"Awak marah ke?." soalan tu memang minta penampar di kedua belah pipi betullah.
"Taklah.Saya memang suka kena tipu pun.Macam ni rupanya perasaan kena tipu." aku mengalirkan air mata selepas itu.Macam mana ni?.Aku tak pernah bersedia nak jadi isteri sesiapa pun.
"Hana don't cry." ujar Darrel.Bila Darrel cakap macam tu lagilah aku menangis.
"Saya nak balik." Darrel angguk.Dia tahu dia telah melukai hati gadis dihadapannya ini.Jika bukan ditempat awam sekarang ini pasti gadis itu didalam pelukannya kini.
"Hana for knowing you and meeting you.I’m so grateful.I’ll grow this much to always protect you." ucap Darrel sebelum aku melangkah pergi.
YOU ARE READING
Forever Love
RandomKita sering bertemu takdir dijalan yang kita cuba elak. Hana Quinaisha,gadis kacukan Taiwan Melayu yang memiliki paras rupa yang cantik dan comel.Baru berusia 21 tahun.Kerja?.Banyak kerjanya.Tidak tetap.Apa yang dia pasti cinta.Takkan mucul lagi dal...