♥88♥

5.1K 164 0
                                    

"Darrel saya tunggu awak." dari luar kedengaran suara gadis itu.

Tunggu?.Untuk apa?.Melihat tubuhnya sekali lagi?.Dahlah dia malu dengan kejadian tadi.Salahnya juga.Ingatkan gadis itu tak kan naik kebilik lagi.

Jadi dia bercadang untuk tidur dalam keadaan sedemikian.Tak selesa la.Sebab dekat apartmentnya dia memang tidur begitu.Bukan ada sesiapa juga.

Semalam pun sebab menghormati gadis itu.Yalah nanti dia berbuat begitu gadis itu akan menyangka hal yang bukan-bukan pula.

"Cepat la Darrel.Nanti mama marah pulak." ish.Panggil-panggil orang pulak.

10 minit kemudian

"Lamanya awak mandi." Darrel kedipkan matanya.

'Sebab malu Hana.Saya malu nak berhadapan dengan awak la.' desisnya dalam hati.

"Hmm..." kan tak tahu nak cakap apa.Sebab Hana la ni.

"Saya tunggu dekat luar.Cepat pakai baju." langkah aku bawa kepintu.

"Done?." tanya aku sebaik pintu terbuka.Darrel tak jawab.Yang aku tanya lagi dah kenapa?.Dah jelaslah dia dah pakai baju seluar bagai sekarang ni.

"Darrel?." Darrel pandang aku sekilas lepas tu dia ukir senyum.Apahal Darrel ni?.

"Dah.Jom turun." baru nak jawab.Eleh.Malu la tu.Comel.

Comel la Darrel bila malu.

"Mama suruh panggil Darrel je.Lamanya." ucap Datin Amira Quenevelyn sebaik melihat anak dan menantunya itu turun.

"Darrel mandi tadi.Jadi Hana tunggu la dia."

"Tunggu ke mandi sekali?." Ariana.

"Ariana Quinerica." Ariana jongket kening.

"Sudah-sudah tu mengusik kakak kamu Ariana.Mari sini sarapan.Darrel,Hana." nasib baik ada papa.Kalau tak sampai esok la tak habis.

Sampai je kat meja makan terus aku capai sandwich.Semua mata pandang aku?.Apahal ni?.Aku ada bunuh orang ke semalam?.

"Tak reti-reti nak hidangkan makanan untuk suami ke Hana Quinaisha?."

"Perlu ke?." satu cubitan hinggap dibahu aku.Sakitnya.Mama pandang aku macam nak tembus.Ni yang seram ni.

"Tak apa ma,Rel boleh ambil sendiri."

"Tak apa.Hana..." meleret nama aku mama sebut.

Fine.By hook or by crook kena buat juga.

Aku capai pinggan Darrel.Aku sendukkan bihun goreng dalam pinggan Darrel.Sebab bengang kena marah aku senduk lebih.

"Banyaknya kak Hana.Boleh ke abang Rel habiskan tu?."

Darrel melihat dalam pinggannya.Mak ai.Over banyak.Siapa nak habiskan semua tu?.

"Boleh.Asalkan abang Rel share dengan kak Hana,Aria yang tersayang ni."

"Saya..." belum habis cakap.Sesudu bihun dah masuk mulut aku.

"Sedap?." aku angguk.

"Rel tak kerja hari ni kan?."

Darrel angguk.

"Ikut papa hari ni boleh?."

"Pergi mana tu?."

"Kita main golf." boring.Bola putih kecil tu.Hurgh.

"Boleh.Rel free.Lagi pun Rel cuti 3 hari."

"Syarikat siapa jaga?."

"Ada Aiden."

"Wait,syarikat?.Syarikat siapa ni?." tanya aku.

"Syarikat saya la Hana."

"Awak ada syarikat sendiri?." Darrel angguk.

"Nama apa?."

"Darrel R Holding.Kak Hana tak tahu ke?." aku geleng.

Darrel tak pernah beritahu pun.Fine.Siapa la aku pada dia.Aku memang tak nak tahu pun.

Forever LoveWhere stories live. Discover now